Tergerak hati ingin menjawap dengan lebih detail soalan dari salah seorang rakan Facebook saya apabila dia private message saya mengenai pemakanan ikan. Soalannya berbunyi:
Lagi 1 nak tanya. species tempat saya ni memang banyak haruan. saya ada cuba sp saja. guna jig 3gm. spoon. tapi sambutan tiada kalau ada pun jarang sangat. tapi bila guna spinner ja mmg killer. soalan saya adakah habitat pemakanan setiap lokasi berbeza?
Ada peribahasa mengatakan “Lain Padang Lain Belalangnya” dan ini adalah betul sama sekali. Lain kawasan dipengaruhi bermacam-macam perkara yang kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi dibawah adalah elemen yang boleh saya fikirkan buat masa ini untuk menjawap soalan mengenai habitat pemakanan ikan:
1. Diet
Tidak semua penghuni adalah sama di setiap kawasan. Jadi sebelum anda memulakan pancingan cuba perhatikan sekitar lokasi tu; tengok jenis anak-anak ikan yg ada dan kaler anak-anak ikan tu. Untuk permulaan cuba guna umpan yg seakan-akannya.
2. Saiz
Saiz umpan adalah perkara yg amat penting apabila anda memburu ikan. Tidak semua ikan suka gewang yang bersaiz besar sebab itu lain tempat lain cara pemakanannya. Contoh kawasan yang ikannya culas. Peratus kita memakai gewang yang besar besar kemungkinan tidak akan mendapat sebarang layanan namun jika anda adjust saiz besar ke saiz yang lebih kecil dari saiz kebiasaan. Kenapa? Salah satu sebab ialah wujudnya isu seperti ikan terlalu stress. isu2 seperti stress kene kacau… jaring… n mcm2 isu lain.
3. Kaler
Kaler umpan adalah amat subjektif sebenarnya. Ada orang cakap ikan tidak kenal kaler dan saintis pun cakap macam tu. Pada saya kaler memainkan peranan dari segi pencahayaan/pantulan (reflection). Sebab itu ada jenis ikan yang suka dengan gewang yang kilat-kilat dan ada jenis ikan yang hanya lebih aktif pada cuaca yang lebih terang. Dan kaler gewang juga memainkan peranan dengan air yang berbeza. Lain kaler umpan/gewang lain reflectionnya di dalam air yang berlainan kaler. Apa pun ini adalah pendapat melalui pengalaman sendiri dengan ujian lapangan dengan cara saya sendiri.
4. Air
Lain kawasan lain kaler airnya kerana faktor-faktor seperti pembangunan, hujan, hutan, jenis tanah dan pelbagai faktor alam lain yang boleh mempengaruhinya. Lain kawasan lain juga suhu airnya. Dan yang pasti lain kawasan lain keladak/jernih/kotor/dalam airnya. Perkara ini harus diteliti untuk kesesuaian umpan/gewang.
5. Teknik
Ini adalah perkara kebanyakan anglers tidak pernah peduli. Mereka menganggap termasuk saya dulu dimana teknik memujuk semua ikan sama sahaja. Tapi sebenarnya lain tempat lain cara pujuk. Lain ikan lain cara pujuk. Jangan asik guna teknik yang sama jika ikan tidak menunjukan sebarang respond. Disinilah kita harus mempunyai kepelbagaian teknik dan ini hanya boleh diperolehi apabila anda berani mencuba dan mempelajari teknik-teknik yang berbeza. Pengalaman inilah yang akan mengajar kita untuk memahami kesesuaian dalam teknik apabila ikan culas atau pasif.
Semua perkara diatas adalah berhubung-kait dan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi gunakan cara anda menganalisa untuk disesuaikan dengan cara pancingan anda. Lain orang lain akalnya.
Untuk panduan yang lebih lengkap sila baca:
https://www.ultralightanglers.com/tips-memancing-di-kolam-lubuk-tasek-yang-kecil/
Kesimpulan
Ramai yang berpendapat “gewang ini killer toman”, “katak soft frog ini killer haruan”, “soft bait ini killer peacock bass”, “gewang ini killer tarpon” dan “gewang ini pula killer pelbagai jenis ikan” namun saya kurang setuju sedikit dengan pendapat ini. Bagi saya apa yang menjadikan “killer” ialah pengalaman kita memahami beberapa faktor yang mempengaruhinya iaitu:
- Strike Zone / Habitat: Tidak semua ikan makan pada kedalaman yang sama dan tidak semua ikan yang sama jenis makan pada kedalaman yang sama. Dan walaupun sama jenis ikan tetapi di lokasi yang berlainan ia mempunyai habitat yang berlainan. Lain tempat juga mempunyai kedalaman air yang berbeza dan lain cara memujuknya. Anda harus memahami di mana ia berada dan ini hanya boleh diperolehi apabila anda sentiasa mencuba pelbagai jenis gewang dan sentiasa membuat ujian lapangan supaya ilmu ini menjadi fakta. Pengalaman adalah kunci bertapa cepatnya anda memahami ini.
- Saiz Gewang: Saiz gewang yang sesuai dengan dietnya amat penting kerana ikan bergerak berdasarkan naluri dan apabila ia mengenali size kebiasaan mangsa nalurinya akan memproses ia sebagai makanan. Lagi satu faktor ialah apabila gewang yang digunakan akan nampak seperti mengancamnya (atau anak-anaknya).
- Suhu Air: Ikan akan menjadi aktif dan pasif berdasarkan suhu air. Tidak semua ikan suka dengan suhu yang panas dan tidak semua ikan aktif di suhu yang berbeza. Ini akan mempengaruhi segala faktor diatas dimana Strike Zone dan Saiz Gewang akan berubah mengikut situasi suhu air.
- Teknik: Lain orang lain teknik. Lain orang lain minatnya. Lain orang lain caranya walaupun menggunakan gewang yang sama tetapi “pengalaman dan kebiasaan” akan mengubah segala-galanya. Untuk memahami ikan anda harus memahami semua perkara di atas dan kemudian cuba dan terus mencuba mencari teknik yang paling sesuai untuk memujuknya. Walaupun kita menggunakan setup yang sama dan umpan yang sama ia tidak bermakna kita mempunyai teknik karauan dan momentum yang sama. Lebih banyak anda mancing lebih tinggi ilmu yang anda akan perolehi kerana semua ini memerlukan pengalaman dengan cara pancingan sendiri bukan cara orang lain.
- Enjoy: Ini adalah kunci kejayaan untuk memahami segala faktor-faktor diatas. Tidak kira bertapa hebatnya anda atau bertapa luasnya pengalaman anda. Tidak kira bertapa “OTAI” nya anda. Jika anda tidak menikmati setiap sesi pancingan maka ia tetap tidak akan memberi sebarang result. Ia pernah terjadi pada saya apabila gugup / gemuruh mencari toman on ultralight. Sehingga di tegur oleh rakan-rakan. Teguran ini telah mengubah mindset dari gugup menjadi tenang.
Jika anda merasakan ada yang perlu ditambah. Silalah komen disini supaya ilmu dapat disebarkan untuk kebaikan rakan-rakan yang lain.
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.