Tips Memikat Ikan Seluang Menggunakan Teknik Casting

Mungkin tidak ramai tahu kita boleh memikat ikan seluang dengan teknik casting. Masih ramai juga yang tertanya-tanya bolehkah. Telah banyak pemancing ultralight dapat memancing ikan seluang atau dikenali sebagai Rasbora SPP. Ada yang kata luck dan ada yang mencuba sendiri menggunakan pelbagai teknik termasuk casting.

Spesies rasbora ini bersifat omnivora. Makanan mereka pelbagai dari zooplankton, lumut, crustacea kecil sejenis kutu air, serangga kecil, cacing tanah dan malahan telur spesies mereka sendiri.

Tahukan anda Ikan seluang melakukan penghijrahan biasanya pada musim hujan atau musim tengkujuh sekitar hujung tahun.. Penghijrahan spesies rasbora spp ini dari sungai berkedalaman paras air yang dalam ke hulu – hulu sungai berarus perlahan serta potensi kawasan membiak dan keselamatan telur terjamin.

Umpan utama digunakan adalah micro spoon yg berukuran 3 – 4 cm yang berat dalam lingkungan 1.5 – 2 gram. Berwarna emas, silver, pink dan lain – lain warna yang terang berkilat menarik minat mengikut kebersesuaian kondisi air. Boleh digayakan dengan aksi karauan perlahan mahupun laju mengikut aliran arus atau melawan arus. karauan yang kosistem secara berterusan dan lokasi balingan umpan di tempat sama menyebabkan spesies ini tertarik untuk mendekati umpn. Kebiasaan strike berlaku ketika karauan umpan berhenti seketika atau sedang beralun cantik didalam air.

Untuk tips teknik pancing ikan seluang sila click link dibawah ini:

http://www.kanicen.com/amir-jufri-mengilat-kawanan-rasbora-spp-pulang-ke-halaman/

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.