Dalam dunia pancing, terminal tackle adalah peralatan yang sentiasa digunakan oleh setiap pemancing. Terminal tackle merujuk kepada perkakasan atau kelengkapan yang digunakan dihujung terminal tali pancing. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan umpan atau gewang anda dapat beraksi dengan baik seterusnya memudahkan proses untuk mendapatkan ikan.
Ramai pemancing salah faham dengan mengatakan bahawa terminal tackle ini adalah rod dan kekili yang sudah semestinya salah lagi menyesatkan (gurau-gurau saja hehe).
Terminal tackle merangkumi pelbagai komponen dan boleh digunakan mengikut jenis pancingan seperti freshwater, saltwater, fly fishing, ice fishing, target species, dan teknik pancingan yang berbeza seperti bottom, casting, jigging, trolling dan sebagainya. Antara peralatan terminal tackle yang biasa kita gunakan adalah seperti mata kail, pemberat / ladung (sinker), feeders, swivels, rigs, snaps, leaders, pelampung (floats), split rings, bait holders dan sebagainya.
Setiap terminal tackles yang dikeluarkan ada kegunaan dan perbezaan untuk jenis pancingan yang berlainan.
“Eh ada beza ke terminal tackle untuk freshwater dan saltwater?
Bukan dua-dua pun gunakan mata kail, snaps & swivels yang lebih kurang sama ke?”
Jawapannya betul tetapi ada beberapa aspek yang membezakan kedua-dua jenis terminal tackle yang sesuai digunakan untuk pancingan tersebut. Antara perbezaan utamanya ialah untuk pancingan saltwater, mata kail yang digunakan mestilah mempunyai corrosion resistant untuk mengelakkan ianya mudah karat. Selain itu, untuk pancingan bottom, sinker yang digunakan lazimnya lebih besar dan berat mengikut kedalaman air, kelajuan arus, target species dan kesesuaian setup.
Dalam dunia pancingan Ultralight pula, berat terminal tackle memainkan peranan yang sangat penting serta mestilah tidak melebihi berat yang boleh ditampung oleh sesebuah rod tersebut. Sebagai contoh rod yang anda gunakan mempunyai max lure 2-7 gram, jadi terminal tackle yang anda gunakan mestilah tidak melebihi 7 gram.
Ramai orang pandang remeh tentang hal ni dan akhirnya boleh menjejaskan aksi rod, tali mudah putus dan rod patah semasa membuat lontaran. Dengan menggunakan snaps yang kecil, sinker yang tidak melebihi max lure rod serta saiz jighead dan mata kail yang sesuai, ianya dapat membantu anda dalam melaksanakan cast dengan lebih baik dan gewang anda dapat beraksi dengan cemerlang tanpa perlu risau aksi rod akan terjejas dan risiko rod mudah patah.
Antara produk terminal tackle yang direka khas untuk pancingan Ultralight adalah seperti Jighead Pari, Kanicen Nix V-Snap, Ultralight Anglers Sinker serta banyak lagi.
faham artikel yg baiik
Terima kasih tuan 👍