Adakah Lebih Rendah Poundage Rod Lagi Sedap?

Ramai ultralight anglers mengejar poundage rod yang lagi rendah. Ini kerana mereka merasakan lagi rendah poundage lagi sedap dan lagi hebat untuk digunakan. Betul ke?

Sebenarnya ia adalah pemahaman yang kurang tepat. Label poundage pada rod adalah sekadar panduan tali minimum dan maximum yang di rekomen untuk rod itu. Tidak bermaksud lagi rendah poundage rod lagi sedap rod itu. Sebenarnya kesedapan sesuatu rod adalah bergantung daripada beberapa faktor seperti:

1. Materials

Lain manufacturer lain materials yang digunakan untuk membuat rod. Tidak semua rod yang berpoundage 2-6lbs sama keras atau sama lembut. Ada rod 2-6lbs tapi dibuat untuk tujuan Bass fishing adalah keras dan liat kerana Bass fishing lebih kepada melayan ikan yang agak kuat dan suka bermain dikawasan yang bereba dan berbatu. Contohnya: Okuma Nemesis 2 yang mempunyai poudage 2-6lbs. Rod ini agak keras dan liat jika dibandingan dengan rod seperti St Croix Premier 2-6lbs kerana kedua-dua rod ini dibuat untuk tujuan yang berlainan. Nemesis 2 untuk Bass fishing manakala St Croix untuk Trout fishing.

solid-carbon-blank
solid-carbon-blank

Begitu juga jika anda bandingkan dengan rod yang sama ketegorinya seperti Kanicen Nix – Leebass berpoundage 1-6lbs. Walaupun kedua-duanya dibuat untuk Bass fishing namun kelembutannya berbeza.

Rod boleh diperbuat daripada pelbagai materials contohnya Bamboo, carbon fibre (graphite fibre atau carbon graphite) dan juga fiberglass. Setiap jenis materials yang digunakan adalah berdasarkan target ikan yang mereka hendak. Lain materials lain harga. Lagi tinggi graphite pada rod lagi sensitif dan ringan rod itu. Manakala rod fiberglass adalah lebih berat namun mempunyai aksi rod yang amat lembut.

hole-carbon-blank
hole-carbon-blank

Bagusnya sesuatu blank adalah berdasarkan materials rod dan berapa banyak budget yang anda ada. Lebih tinggi budget lebih bagus blank yang anda boleh miliki. Jangan sesekali membuat perbandingan blank rod yang murah dengan yang mahal kerana ia adalah amat berbeza. Bukan bermaksud blank murah tidak bagus tetapi blank mahal mempunyai kelebihan yang kita sendiri tidak dapat memahaminya secara general.

two_helical_holes_carbide_rods_blank
two_helical_holes_carbide_rods_blank

Ada pemancing yang kununnya agak bijak berkata Okuma Nemesis 2 yang berpoundage 2-6lbs itu sebenarnya adalah berpoundage 6-12lbs dan sebagainya. Mereka membuat andaian dan kesimpulan sendiri melalui goyangan pada rod.

Ternyata mereka ini TERLALU HEBAT!

Mereka ni Tuhan kot dengan goyang rod boleh tahu poundage rod 😛

Mereka patut jadi engineer kerja dengan company pembuat rod menggantikan engineer bertauliah yang dibayar puluhan ribu di kilang manufacturer.

Jangan terpengaruh dengan andaian sebegini. Recommendation telah diberi pada rod. Ikut sahaja. Tidak perlu memberi komen yang tidak berfakta.

2. Target Ikan

Hampir semua rod yang ada di pasaran dibuat berdasarkan target ikan.

Contohnya Pertama: Abu Garcia Bass Beat 2 yang dibuat untuk ikan Bass. Daripada nama kita seharusnya mengetahui bahawa rod ini adalah Bass fishing rod.

Contoh Kedua: Kanicen Nix – Leebass yang direka khas untuk perairan Malaysia dengan berkonsepkan Bass fishing yang boleh dijadikan sebagai rod belasahan untuk penggemar ultralight yang masih baru berkecimpung dalam dunia ultralight fishing.

Contoh Ketiga: Abu Fluret Trout Series berpoundage 2-6lbs yang bertujuan ikan trout. Ikan-ikan yang bersize tapak tangan seperti sikang, tarpon, tilapia dan sebagainya.

Ada rod bukan dibuat untuk target ikan. Rod seperti ini biasanya lebih kepada custom rod kerana ia mengikuti kehendak pembeli yang dibuat semata-mata untuk kesesuaian pada pengguna. Biasanya mereka lebih kepada accessories yang mahal untuk tujuan kepuasan diri. Namun ada penggemar custom rods yang memahami target fish mereka sebab itu mereka memerlukan custom rod mengikut spesifikasi mereka.

3. Aksi Rod

Terdapat pelbagai aksi pada rod walaupun ia dalam kelas line/power yang sama seperti ultralight. Aksi adalah seperti: Extra Fast, Fast, Moderate dan Slow. Adalah amat penting anda memahami diri anda dengan cara dan lokasi pancingan anda.

Ultralight-fishing-rod-action
Ultralight-fishing-rod-action

Kebiasaanya rod yang mempunyai aksi slow atau moderate adalah lebih kepada area fishing seperti Majorcraft Trapara, Majorcraft Finetail, Surecatch Zuna dan Shimano Scimitar yang dibuat daripada carbon fibre atau graphite composite blank.

Aksi rod akan mempengaruhi feel setiap pengguna. Tidak semua pemancing suka moderate action kerana mereka merasakan ia terlalu lembut dan menyusahkan mereka hendak cast lure yang ringan dan untuk mendapatkan distance. Dan tidak semua pemancing suka rod yang agak keras kerana mereka mengejar bending/lengkungan pada rod apabila melayan ikan.

Aksi rod extra fast dan fast adalah lebih sesuai untuk mereka yang suka bermain dengan gewang dan yang suka membuat strike mengejut untuk hook rate yang lebih tinggi. Kebanyakkan penggemar sukan ultralight memilih fast action kerana mereka ingin strike rate yang lebih tinggi.

leebass-lengkungan-stabil
leebass-lengkungan-stabil

Ada pengguna rod extra fast dan fast action yang suka bending sehingga ke thumb (reel seat) apabila melayan ikan. Mereka amat berbangga apabila rod tersebut mampu bending sehingga ke reel seat area. Adakah ini betul? Bagus? Sesuai?

Jawapannya adalah TIDAK sama sekali.

Jika anda menggunakan rod fast action atau extra fast ia tidak seharusnya bending sehinnga ke reel seat kerana ia akan memudaratkan rod yang diguna. Sepatutnya lengkungan harus bermula di area penyambung 2 bahagian rod (ditengah-tengah) dan bawa ke atas secara logik. Jika anda mengejar bending sehingga ke reel seat atau thumb maka gunalah rod moderate atau slow action.

4. Panjang Rod

Ada yang mengatakan lebih panjang rod lebih sedap dan lebih panjang rod lebih jauh boleh kita bole cast. Kedua-dua pendapat ini adalah kurang tepat atas sebab-sebab seperti dibawah.

Kesedapan panjang rod bergantung kepada lokasi dan target ikan. Jika anda perhatikan trout rod biasanya direka lebih panjang dari bass rod kerana trout rod digunakan untuk mencari ikan-ikan sebesar tapak tangan untuk mendapatkan aksi lentukan.

Kebiasaannya rod seperti ini mempunyai diameter tip dari 1.2mm dan kebawah. Ia tidak seharusnya digunakan untuk bertarung dengan ikan monster. Ikan monster biasanya kita harus menggunakan rod seperti bass rod. Setiap rod mempunyai danger zone, power zone dan tension zone.

maxima-action-rod-yang-wajar
maxima-action-rod-yang-wajar

Lokasi juga memainkan peranan yang penting. Tidak semua lokasi kita boleh menggunakan rod yang panjang jadi anda harus sesuaikan dengan diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda suka mancing ditempat yang sempit ataupun boating. Rod yang panjang bukan pilihan yang sesuai.

Ada yang berkata rod panjang boleh cast lebih jauh. Pendapat ini bukan salah tetapi kurang tepat. Jika rod yang direka itu mempunyai aksi extra fast atau fast action maka lontaran jauh memang praktikal. Akan tetapi jika rod itu mempunyai moderate atau slow action maka lupakan niat anda untuk membuat lontaran jauh kerana kelembutan rod akan membantutkan teknik untuk menghayun rod.

5. Lure Weights / Berat Gewang

Lure weights adalah faktor yang paling utama sedapnya sesuatu rod. Lebih rendah spesifikasi lure weights pada rod biasanya lebih sensitif rod itu. Contohnya: Majorcraft Trapara 1-3lbs moderate action yang mempunyai poundage 1-3lbs mempunyai casting weight dari 0.8g ke 3g. Rod ini adalah semi-parabolic lebih kepada carbon fibre technology. Sebab itu ia mempunyai aksi yang amat lembut. Rod seperti Okuma Nemesis 2 mempunyai lure weights dari 2g ke 10g. Dari sini anda boleh membuat kefahaman rod ini akan lebih keras dan liat kerana mampu membuat balingan gewang yang berat.

Kesimpulan

Berharap dengan informasi diatas anda mampu membuat pemilihan rod yang berdasarkan jiwa dan target ikan anda. Amat penting jika anda memahami apa itu Matching dan Balancing untuk memastikan kepuasan menggunakan sesuatu rod itu dapat dicapai. Jangan sesekali menggunakan rod yang berpoundage rendah tetapi tali yang lebih tinggi dari rod.

Jika rod anda 1-6lbs maka gunalah tali yang berada dalam lingkungan itu. Jangan gunakan tali lebih dari itu kerana ia adalah kurang sesuai jika anda mengejar istilah “LAGI SEDAP”.

Jika misi anda ialah ringan dan sensitif, graphite adalah di sarankan. Dan jika anda mencari rod yang tahan lasak dan jangka hayat yang lama maka blank composite atau fiberglass adalah pilihan yang sesuai.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Rod Lembut vs Rod Keras?

Arguement tentang rod lembut poundage tinggi dengan rod keras poundage rendah memang umpama isu CNR …

4 comments

  1. hai saya nak tnya , carbon fibre dgn solid carbon yang mna lebih tahan? atau sdp diguna

  2. Tuan tumpang tanya rod okuma nemesis fast action ka?okuma nemesis 2-6lb panjang 6 kaki 6 ..fast action atau moderate?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.