Terdapat pelbagai pendapat mengenai tali PE dan Lbs akan tetapi sehingga sekarang tiada siapa dapat membuktikannya dengan fakta yang lebih tepat. Semuanya berdasarkan andaian yang dibuat tanpa sebarang bukti kukuh. Tetapi adakah andaian ini salah? Tidak sebenarnya kerana mereka membuat andaian berdasarkan info yang mereka dapat dari internet ataupun dari kawan yang mempunyai serba sedikit ilmu yang digunakan sekadar panduan.
FAKTA:
PE BUKAN LB.
PE 0.6 BUKAN 6LBS.
PE 1.0 BUKAN 10LBS.
PE ADALAH DIAMETER TALI BUKAN KEKUATAN TALI.
PE bermaksud Poly Ethylene dimana tali braided Dyneema atau Spectra diperbuat. Jepun menggunakan sistem pernomboran yang dikenali sebagai “gouw” yang mereka gunakan untuk saiz benang dengan diameter bertahun-tahun yang lalu. Mereka memindahkan sistem saiz yang sama untuk monofilament dan tali braided.
Cara mudah dan biasa digunakan oleh orang pemancing dalam menentukan penilaian PE adalah dengan hanya kali bilangan PE x 10 untuk mendapatkan kekuatan dalam poundage LB. Contohnya: PE5 x 10 = 50lb lebih kurang. Tetapi akan sentiasa ada beberapa pengeluar tali braided PE yang jauh melebihi dari kekuatan lb yang sebenar. Contohnya: YGK Ultra adalah contoh yang baik di mana ia PE 5 = 86lb dan PE 8 = 113lb. Tali PE mempunyai diameter yang sangat halus, licin dan ia juga sangat kuat walaupun diameternya lagi halus dari tali lb yang lebih kecil poundage darinya. Contohnya tali PE 1 (yang mempunyai kekuatan anggaran 10lbs) diameternya kadang-kadang lagi halus dari tali 3lbs dan selalu di labelkan sebagai contoh “equivalent to 3lbs diameter line” atau “2lbs diameter line” di mana ANTARA PUNCA utama wujudnya kekeliruan pada pembeli yang tidak faham maksudnya.
Hampir semua rod & reel Jepun diberi rating tali PE kerana mereka suka buat cara meraka dan tidak suka mengikut apa yang telah lama dipraktikkan oleh Europe (dunia luar). Perkara yang mengelirukan ialah maksud/tujuan sebenar PE adalah diameter tali BUKAN kekuatan tali. Jadi rod jigging dengan rating seperti PE 3-7 adalah sejajar dengan tali 30 -70lb tali braided yang biasa di dalam market tetapi tidak sesuai untuk tali PE yang berlainan brand kerana lain brand mempunyai lain kiraanya. Ia mungkin tidak memberi sebarang impact pada rod kasar yang mempunyai kekuatan yang amat kuat tetapi ia amat kritikal pada rod ultralight kerana rod ultralight adalah lebih sensitif dan halus buatannya. Langkah berhati-hati perlu diambil apabila membuat matching rod kepada tali PE. Rating PE yang sebenar perlu diambil kira dengan lebih tepat supaya tidak memudaratkan setup yang digunakan. Apa yang perlu anda tahu ialah Rating PE tidak berkaitan langsung dengan kehebatan lifting rod atau kekuatan sebenar tali. Ini adalah perkara yang berbeza.
Pemancing perlu memberi perhatian kepada kekuatan lb itu sebagai titik rujukan untuk mengelakkan isu yang tidak diingini. Apa pun kiraan dalam lb atau Kg masih lagi menjadi panduan yang penting ketika membuat pilihan untuk tali utama. Hari ini lb dan kg masih digunakan secara meluas di pasaran. Jika anda melihat terutamanya untuk produk yang dijual di pasaran Europe mereka masih menggunakan lb / kg untuk tali braided dan hampir tiada yang berpandukan diameter. Masalah utama dengan tali PE ialah kekuatan sebenar berbeza-beza daripada satu pengeluar dengan pengeluar yang lain dimana ada yang lebih halus atau tebal berbanding jenama lain.
Dalam pasaran Jepun mereka menggunakan diameter tali iaitu PE sebagai rujukan dan bukannya poundage lb yang biasa digunakan oleh Europe/US kerana mereka ingin membuat trend sendiri. Jepun kita semua sedia maklum tidak suka mengikut cara orang lain. Akan tetapi poundage lb masih digunakan pada kotak untuk tujuan pemasaran walaupun hampir semua reel dan rod masih lagi diletak, di nilai dan diukur menurut talian PE. Jadi amat penting anda sebagai pemancing menilai diri anda mahu mengikut style pancingan yang bagaimana. Jangan campur adukkan pemahaman dan cara pancingan anda yang menjadi punca perbalahan pendapat.
Contoh: Jika anda mendapat reel USDM anda akan melihat pada spool reel itu tali di rekomen dengan poundage lb (lb/yd) tetapi jika anda mendapat satu reel JDM anda akan melihat maklumat atau rating PE/mt.
Apakah itu PE rating? Di bawah adalah carta yang saya buat dengan berpandukan carta dibuat oleh YGK yang merupakan salah satu jenama dunia yang terkemuka dalam brand braided. Pada dasarnya nombor yang sepadan dengan diameter tertentu yang sepatutnya menjadi standard (beberapa turun naik antara jenama akan sentiasa berlaku). Perkara yang baik adalah jika tali PE 0.8 sama dengan diameter 0.148mm. Bagaimana pula dengan kekuatan sebenar? Ia bergantung kepada jenama, tetapi kebiasaanya ia dari poundage 12 hingga 14 secara purata.
Sejujurnya tidak kisahlah anda mahu guna PE ataupun lb kerana apa yang penting ialah poundage tali itu sesuai dengan setup yang anda guna supaya dapat kepuasan yang maxima dengan memastikan setup itu “Balance dan Matching”. Yang penting jika menggunakan reel/rod JDM tali PE kebiasaannya dijadikan sebagai ukuran untuk memasukkan berapa panjang tali boleh memenuhi reel itu. Dan untuk pengetahuan anda reel sebenarnya dijual supaya anda dapat memasukkan tali yang sesuai dengan panjang yang sesuai mengikut diameter atau lb yang sesuai. Sebagai contoh: Jika anda mempunyai reel yang boleh dimasukan tali PE 2 sepanjang 200 meter. Jadi tali yang sesuai ialah tali PE 2 sepanjang 200 meter dimana anda akan mengisi reel anda sebagaimana ia disarankan. Ia lebih mudah dan berkesan tanpa pembaziran tali atau memasukkan dengan tali backings.
Gambar-gambar dibawah menunjukkan bukti kukuh bahawa tiada tali PE yang standard kiraannya dalam lb. Jika anda perhatikan tali PE 0.6 mempunyai kiraan poundage lb yang amat berbeza.
Kesimpulan
Tidak kira tali apa yang anda guna PE mahupun Lb yang penting ialah anda memahami setup pancing yang anda gunakan. Tiada guna jika anda tidak memahami konsep Matching dan Balancing apabila mancing lebih-lebih lagi untuk pancingan ultralight. Tidak guna anda tidak memahami power dan line rating apabila memancing lebih-lebih lagi dengan setup ultralight yang amat sensitif. Bukalah hati anda sedikit. Elakkan menerima info yang dibuat secara andaian kerana ia biasanya tidak membawa sebarang info positif untuk pancingan yang lebih seronok lebih-lebih lagi untuk ultralight game.
Ada yang membuat andaian bahawa tali PE 1 adalah sama dengan 10lbs akan tetapi ADAKAH ITU kebenarannya jika tiada satu standard yang boleh digunakan sebagai panduan? Ia cuma di andaikan sebegitu kerana mudah untuk memberi penerangan kepada mereka yang baru terjebak / tidak memahami dalam penggunaan tali PE tetapi sebagai pemancing anda harus ambil tahu kerana jika anda tidak memahaminya maka ia akan memudaratkan setup yang digunakan.
Jadi bolekah tali PE 0.6 dianggap 6lbs? Cuba tanya diri selepas anda baca artikel ini.
Apa yang penting ialah anda memahami konsep pancingan yang ingin anda ceburi. Tali PE kebiasaanya digunakan oleh mereka yang suka dengan jigging tetapi bukan bermaksud ia tidak sesuai digunakan untuk pancingan casting. Tali PE kiraan diameter digunakan untuk tali braided. Lagi halus diameter sesuatu tali PE bukan bermaksud ia mempunyai poundage (Lb) yang lagi rendah. Ia cuma dijadikan lebih halus kerana kesesuaian untuk sesuatu reel supaya dapat dimasukkan lebih panjang dan direka untuk tujuan memberi kelebihan pada pemancing yang mencari tali halus tetapi yang mempunyai kekuatan yang lebih. Ini adalah salah satu sebab Jepun suka dengan tali PE kerana ikan meraka amat peka/culas pada tali yang kasar.
Note:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.