Bat

Pemancing biasa yang baru terjebak dalam dunia Ultralight Fishing. Oh indahnya~

Review: Softplastic Kanicen Nix Geli-Geli

Bila orang terdengar atau terbaca perkataan geli-geli, mungkin gambaran yang sedikit lucah atau kelakar akan terpampang di minda sesetengah orang. Tahniah kepada mereka yang tidak terfikir akan benda-benda sedemikian kerana berada dalam kelompok yang sangat ‘rare’ atau jarang-jarang ada. Apa pun, itulah yang menerjah pemikiran saya apabila Kanicen Nix memberitahu saya produk terbaru beliau selepas ini akan diberi nama Geli-geli. …

Read More »

Teknik Memancing Ikan Tamok

Ikan Tamok? Nama saintifik bagi ikan ini ialah Ellochelon vaigiensis. Dikenali sebagai Tamok(Bahagian Selatan Semenanjung Malaysia), dan Loban(Bahagian Utara Semenanjung Malaysia). Ramai yang beranggapan bahawa ikan ini merupakan ikan yang sama bagi spesis ikan Belanak. Mitos yang mengatakan ikan Tamok adalah ikan Belanak yang telah berubah saiz menjadi besar adalah tidak benar. Bentuk fizikal kedua-dua spesis ini berbeza dan dapat …

Read More »

Teknik ‘Jika Rig’ untuk memikat Haruan culas

Lazimnya, pemburu haruan akan menggunakan soft frog, jump frog, dan swimbait seperti Zman Minnowz untuk menjerat spesis ini di negara kita. Ada juga yang menggunakan teknik Texas rig, Carolina rig yang saya kira agak efektif sekiranya haruan berada dalam keadaan culas. Saya ingin kongsikan satu lagi teknik khas untuk memikat haruan yang culas kali ini iaitu teknik Jika rig. Untuk …

Read More »

Review: Rod Kanicen Nix Sengat [Spinning]

Selepas jenama Kanicen Nix mengeluarkan rod edisi terhad mereka, Leebass, dua tahun lalu, kini mereka hadir lagi dengan memperkenalkan sebuah lagi produk terbaru mereka, Sengat. Sengat hadir dalam dua versi iaitu versi Spinning dan Baitcast(BC). Untuk review ini, saya akan menulis tentang versi spinning. Nama Sengat diambil daripada pengalaman pengasas Kanicen Nix, iaitu saudara Kanicen sendiri yang telah disengat tebuan …

Read More »

Review: Weebass Mini 2016

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk membuat ulasan penuh tentang reel ultralight bersaiz 500 iaitu Weebass Mini 2016. Reel ini merupakan keluaran Weebass, sebuah syarikat yang berasal dari negara jiran kita, Thailand. Reel ini merupakan reel pertama mereka yang disasarkan untuk pemancing ultralight. Berikut ialah spesifikasi ringkas reel ini: Body material: Graphite Spool material: Aluminium Gear ratio: 5.2:1 Ball bearings: 4+1 …

Read More »

Kawal perasaan teruja ketika memancing

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua anglers. Pertama sekali, minta maaf kerana lama sangat saya tak menulis artikel. Macam biasalah, sibuk dengan kerja dan memancing. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya rasa kita perlu amalkan ketika memancing. Tips ini sangat penting untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini yang saya akan huraikan sebentar lagi. Kita lihat dulu …

Read More »

Teknik Lontaran untuk Accuracy – Bahagian 3

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bahagian ke-3 artikel ini. Kali ni, saya ingin berkongsi tentang faktor luaran yang mempengaruhi ketepatan lontaran kita, iaitu angin. Sememangnya kita tidak dapat mengawal angin. Kita cuma dapat kawal tindakan kita terhadap angin yang datang. Maafkan saya seandainya ayat saya agak mengelirukan, tapi harap bersabar kerana saya akan cuba sehabis baik untuk memberikan penjelasan. Angin …

Read More »

Teknik Lontaran untuk Accuracy – Bahagian 2

Saya ingin menyambung artikel saya tentang teknik lontaran untuk accuracy @ ketepatan yang saya sudah tulis sebelum ni. Teknik yang akan saya kongsi pada artikel kali ini lebih praktikal. Sebenarnya, teknik ini telah lama digunapakai oleh para pemancing trout di Jepun. Kebanyakan mereka menggunakan kekili spinning untuk memancing trout kerana gewang yang digunakan untuk memancing ikan trout bersaiz kecil dan …

Read More »

Kepentingan mengetahui keadaan air pasang surut laut

“Air pasang pagi, surut pukul lima. Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga…” Waktu saya masih remaja dahulu, saya menyangkakan yang air laut sentiasa akan pasang pada waktu pagi, dan akan surut pada pukul lima, setiap hari! Namun, hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja baru saya sedar yang waktu air laut pasang dan surut berubah setiap hari. Saya juga baru …

Read More »

Cara membuat line backing yang perfect

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu kaedah membuat line backing pada spinning reel. Antara sebab kenapa kita membuat line backing ialah: 1. Kita ada membeli tali panjangnya hanya 100 meter segulung, dan sekiranya tali ini dipasang pada reel, akan ada gap @ ruang yang ketara di bahagian spool kerana diameter tali yang halus. Selalunya ini berlaku pada reel yang mempunyai …

Read More »