Bagaimana Membuat Pemilihan Reel Spinning dan Bait Casting Yang Sesuai Untuk Ultralight Fishing?

Process pemilihan reel juga amat penting supaya ia dapat memberi kepuasan ketika berlawan dengan ikan. Dengan wujudnya reel ultralight yang lebih modern dari aspek kelancaran, kelajuan, gearing, kelasakkan, kemajuan dalam line roller, drag yang lebih smooth membuatkan pemilihan reel jadi lebih mencabar.

kanicen-nix-ultralight-anglers-grenti-strike-sebarau-micro-spoon

Apakah aspek yang penting apabila membeli reel ultralight?

1. Harga

Harga amat penting jika anda masih belajar dan tidak mempunyai wang saku yang cukup. Jika anda menginginkan reel yang bagus maka simpanlah duit dalam jangka masa supaya dapat membeli reel yang anda rasa dapat memberi kepuasan.

Kebiasaannya harga sesuatu reel bergantung kepada teknologi dan materials yang digunakan. Lagi bagus materials nya maka lagi tinggi harganya. Akan tetapi terdapat juga reel yang berteknologi dan berkualiti tinggi pada harga yang amat bagus. Dan tidak lupa ada reel yang harga amat tinggi kerana jenama.

Tidak kira apa pun reel yang anda ingin cari sesuaikanlah dengan budget yang ada.

2. Target Ikan

Amat penting apabila memilih reel untuk target ikan yang dicari. Sesuaikanlah reel dengan jenis ikan yang biasa anda mancing. Kita tidak mungkin semampu orang lain memiliki puluhan reel untuk berlainan target ikan namun kita mampu menyesuaikannya.

Size kecil untuk ikan yang kecil dan size besar untuk jenis ikan yang mempunyai daya lawan yang kuat.

3. Size Reel Ultralight

Size 1000 kebawah adalah size yang amat sesuai untuk Ultralight fishing dan antara saiz reel yang paling banyak drag nya bawah 3kg (sepatutnya jika hendak disesuaikan 100% maka drag tidak seharusnya melebihi 2.7kg namun ini bukan mudah jadi 3kg adalah yang paling hampir dengan 6lbs +-). Ia juga ringan, balance dan memudahkan kita sebagai pemancing untuk membuat lontaran (casting). Reel kecil dan ringan juga mengurangkan tekanan kepada pengguna apabila memancing untuk jangka masa yang lama. Ingat terma “ultralight” adalah bermaksud ringan. Size yang kecil dan ringan juga memudahkan kita memadankan dengan setup lain seperti rod dan tali. Dan kebanyakkan saiz 1000 dan kebawah adalah yang paling ideal untuk di sesuaikan dengan rod dan tali. Apa pun anda harus ingat bahawa tidak semua reel saiz bawah 1000 berada dalam drag yang sesuai dengan 6lbs. Anda harus peka dan membuat kajian supaya ia balance dan matching dengan setup yang anda guna.

Paling mudah untuk membuat pemilihan reel ialah berdasarkan drag dalam KG. Carilah reel yang mempunyai drag tidak melebihi 3kg kerana maxima untuk game ultralight ialah 6lbs iaitu 2.7kg adalah yang paling hampir. Namun, ini harus disesuaikan dengan poundage tali yang anda guna contohnya jika anda menggunakan tali 2lb dimana ia hanya 0.9kg maka reel yang lebih sesuai harus digunakan jika ikut pada logiknya. Namun disebabkan sukarnya untuk mendapatkan reel yang lebih ideal untuk setiap game berdasarkan setup jadi kita cuba sehabis baik mengikut kesesuaian dan budget. Apa yang penting maxima 6lbs adalah syarat utama.

Anda juga harus tahu bahawa ada size reel yang lebih besar seperti size 2000 yang juga di kategorikan sebagai ultralight reel contohnya Shimano Cardiff C2000HGS. Ia mempunyai teknologi yang lebih tinggi dan direka khas untuk kegunaan ultralight fishing. Ia ringan dan kebiasaannya mempunyai shallow spool. Apa yang penting anda harus baca recommended line di spool dan pastikan ia menepati specs ultralight 6lbs.

Boleh baca artikel ini sebagai info tambahan:

  1. https://www.ultralightanglers.com/bagaimana-memadankan-tali-pancingan-dengan-reel-anda/
  2. https://www.ultralightanglers.com/apa-itu-matching-dan-balancing-dalam-setup-pancingan/

Contoh-contoh reel yang kebiasaanya menjadi pilihan pemancing ultralight ialah:

Shimano Reels

1. Model: AX ULSA 500 / Harga: RM 90++ / Drag: 2kg
2. Model: Sedona C2000HGS / Harga: RM200-RM220 / Drag: 3kg
3. Model: Sienna FD 500/1000 / Harga: RM90-RM150 / Drag: 3kg
4. Model: Sahara 750FB / Harga: RM235-RM265 / Drag: 2.6kg
5. Model: Stradic 1000FJ / Harga: RM445-RM480 / Drag: 2.6kg
6. Model: Stradic Ci4+ 1000FBHG / Harga: RM700 / Drag: 3kg
7. Model: Stradic Ci4+ 1000FB / Harga: RM670-RM740 / Drag: 3kg
8. Model: Stradic Ci4+ 1000FA / Harga: RM500-RM600 / Drag: 3kg
9. Model: Stradic FK 1000 / Harga: RM480 / Drag: 3kg
10. Model: Stradic Ci4+ c2000s / Harga: RM600-RM780 / Drag: 3kg
11. Model: Soare Ci4+ 500S / Harga: RM800-RM1200 / Drag: 3kg
12. Model: Soare Ci4+ C2000SSPG / Harga: RM800-RM1200 / Drag: 3kg
13. Model: Soare Ci4+ C2000PGSS / Harga: RM350-RM450 (second) RM800++ (NEW) / Drag: 3kg
14. Model: Soare 1000s / Harga: RM350-RM650 / Drag: 3kg
15. Model: Ultegra 1000/1000s / Harga: RM450-RM780 / Drag: 3kg
16. Model: BIOMASTER C2000HGS / Harga: RM600-RM900 / Drag: 3kg
17. Model: Cardiff C2000HGS / Harga: RM950-RM1200 / Drag: 2kg
18. Model: Stella 1000PGSDH / Harga: RM1000+ / Drag: 2kg
19. Model: Nasci c2000s / Harga: RM380-RM480 / Drag: 3kg
20. Model: Symetre 500FL / Harga: RM220-RM260 / Drag: 3kg
21. Model: Nexave 1000FD (NEW) / Harga: RM120-RM140 / Drag: 2kg
22. Model: Sedona SE1000FI / Harga: RM200-RM220 / Drag: 3kg
23. Model: Nasci 1000s / Harga: RM370-RM380 / Drag: 3kg
24. Model: Sahara 500HG (JDM) / Harga: RM230 / Drag: 2.5kg
25. Model: FX/AX 1000FB / Harga: RM50-RM70 / Drag: 2kg
26. Model: Aernos 1000FB / Harga: RM210-RM230 / Drag: 3kg
27. Model: Elf C2000S / Harga: RM230-RM240 / Drag: 3kg
28. Model: Sienna 1000FE / Harga: RM150-RM170 / Drag: 3kg
29. Model: ALIVIO 1000FD / Harga: RM95 / Drag: 2kg
30. Model: Catana 1000FC / Harga: RM155-RM180 / Drag: kg
31. Model: Sedona 500FD / Harga: RM130-RM150 / Drag: 3kg
32. Model: Sahara SH500FE / Harga: RM220-RM260 / Drag: 2.5kg
33. Model: ELF 1000S / Harga: RM300-RM450 / Drag: 3kg
34. Model: Aernos XT 1000S / Harga: RM220-RM240 / Drag: 3kg
35. Model: Nexave 1000FC / Harga: RM180 / Drag: 3kg
36. Model: Nexave 1000RC / Harga: RM200 / Drag: 3kg
37. Model: Nasci 500HG / Harga: RM-RM / Drag: 2.5kg
38. Model: Aernos XT(model lama) / Harga: RM135 / Drag: 3kg
39. Model: TwinPower1000PGS (2015) / Harga: RM900-RM1180 / Drag: 3kg
40. Model: TwinPowerC2000S (2015) / Harga: RM900-RM1180 / Drag: 3kg
41. Model: Biomaster 1000 (2004) / Harga: NA / Drag: 3kg
42. Model: Biomaster 1000s (2011) / Harga: NA / Drag: 3kg

————-

Daiwa Reels

1. Model: Revros 1003R/2000R / Harga: RM150-RM200 / Drag: 2kg
2. Model: Crest 1000 / Harga: RM155-RM175 / Drag: 2kg
3. Model: D-Spin 500B / Harga: RM55-RM75 / Drag: 2kg
4. Model: BG 1500 / Harga: RM300 / Drag: 2kg
5. Model: Laguna / Harga: RM130-RM160 / Drag: 3kg
6. Model: Steez type 1 ( 1025 ) / Harga: RM1600 / Drag: 2kg
7. Model: Sweepfire 500B / Harga: RM80-RM105 / Drag: 3kg
8. Model: Presso Iprimi 1503 / Harga: RM600-RM800 / Drag: 2kg
9. Model: Certate 1003 (2016) / Harga: RM1800-RM2200 / Drag: 2kg
10. Model: Certate 2004 (2016) / Harga: RM1200-RM1500 / Drag: 2kg
11. Model: Certate 2506 (2016) / Harga: RM1250-RM1500 / Drag: 3kg
12. Model: Certate 2506 (2016) / Harga: RM1270-RM1500 / Drag: 3kg
13. Model: Luvias 1003 (2015) / Harga: RM900-RM1100 / Drag: 2kg
14. Model: Luvias 2004 (2015) / Harga: RM910-RM1100 / Drag: 2kg
15. Model: Luvias 2506 (2015) / Harga: RM950-RM1100 / Drag: 3kg
16. Model: 14 Presso 1025 / Harga: RM1450-RM1550 / Drag: 2kg
17. Model: 14 Presso 2025 / Harga: RM1300-RM1450 / Drag: 2kg

————-

Quantum Reels

1. Model: Smoke 10 / Harga: RM540-RM690 / Drag: 3kg

————-

Ryobi Reels

1. Model: Mini Power 500 / Harga: RM160-RM200 / Drag: 3kg
2. Model: Kiki 500/800 / Harga: RM135-RM165 / Drag: 3kg
3. Model: Spiritual 500 / Harga: RM140-RM150 / Drag: 3kg
4. Model: SMURFS 500/800 / Harga: RM100-RM130 / Drag: 3kg
5. Model: Krieger 1000 / Harga: RM160 / Drag: 2.5kg
6. Model: Spiritual DX 800 / Harga: RM155-RM165 / Drag: 3kg
7. Model: Virtus 1000 / Harga: RM100-RM130 / Drag: 3kg

————-

Ajiking Reels

1. Model: Atom II / Harga: RM65-RM75 / Drag: 2.7kg
2. Model: Supra 500 / Harga: RM75-RM85 / Drag: 2.5kg
3. Model: Barramundi / Harga: RM115-RM130 / Drag: 3kg

————-

Weebass Reels

1. Model: Mini 2016 / Harga: RM90-RM100 / Drag: 3kg

————-

Okuma Reels

1. Model: Safina Noir SFR10 / Harga: RM50-RM95 / Drag: 3kg
2. Model: Ceymar c-10 / Harga: RM80-RM130 / Drag: 3kg

————-

Abu Garcia Reels

1. Model: 300U / Harga: RM145-RM165 / Drag: 2.6kg
2. Model: Ultracast II / Harga: RM150-RM170 / Drag: 2.9kg
3. Model: Cardinal II STX 1000S / Harga: RM200-RM220 / Drag: 3kg
4. Model: Cardinal 100U / Harga: RM160-RM200 / Drag: 3kg
5. Model: Abu Cardinal STX5 & STX10 / Harga: RM160-RM180 / Drag: 3kg
6. Model: Silver Max 1000H / Harga: RM150 / Drag: 3kg
7. Model: Cardinal SX5 & SX10 / Harga: RM120-RM140 / Drag: 3kg
8. Model: Promax 2000 / Harga: RM190 / Drag: 3kg
9. Model: Promax 1000 / Harga: RM150 / Drag: 3kg
10. Model: Blackmax MBAXSP10 / Harga: RM140 / Drag: 3kg

————-

Tokushima Reels

1. Model: TY800 / Harga: RM80-RM90 / Drag: 2.5kg
2. Model: TM800 / Harga: RM80-RM90 / Drag: 3kg

————-

Tica Reels

1. Model: Cetus SS500 / Harga: RM80-RM120 / Drag: 3kg
2. Model: Cetus SE500 / Harga: RMRM150 / Drag: 3kg
3. Model: Cetus GCA 800 / Harga: RMRM130 / Drag: 3kg
2. Model: Cetus SB500 / Harga: RMRM130-150 / Drag: 3kg
2. Model: Cetus LE500 / Harga: RMRM50-80 / Drag: 3kg
2. Model: Cetus LF500 / Harga: RMRM50-80 / Drag: 3kg
2. Model: Cetus GV500 / Harga: RMRM50-80 / Drag: 3kg

————-

KEWL Reels

1. Model: Eevee 800 / Harga: RM75-RM85 / Drag: 3kg

————-

Pioneer Reels

1. Model: PT SR-500L / Harga: RM60-RM75 / Drag: 3kg

————-

Pflueger Reels

1. Model: 500 Microspin / Harga: RM70-RM90 / Drag: 3kg
2. Model: Trion / Harga: RM160 / Drag: 3kg
3. Model: Purist / Harga: RM280 / Drag: 3kg
4. Model: President Limited Edition / Harga: RM295 / Drag: 3kg

dan bermacam-macam lagi reel yang mampu milik.

Bagi peminat-peminat yang ingin menjadikan Bait Casting reel (BC) sebagai finesse fishing untuk game Ultralight mungkin reel-reel dibawah ini lebih disarankan:

1. Daiwa Presso (Max Drag – 2lb)
2. Shimano Cardiff DC 50s/51s (Max Drag – 2.5kg)
3. Shimano Stephano Finnese (Max Drag – 3kg)
4. Daiwa Pixy Yellow (Max Drag – 3kg)
5. Daiwa Pixy Red (Max Drag – 3kg)
6. Daiwa Pixy Silver Mica (Max Drag – 3kg)
7. Daiwa Dynastar 150L (Max Drag – 3kg)
8. Abu ambassadeur 1500c (Max Drag – 3kg)

dan bermacam-macam reel lain yang mampu untuk melontar gewang-gewang yang ringan yang mempunyai drag maxima 2.7kg dan kebawah yang menepati maxima ultralight specs iaitu 6lbs.

Ramai mempertikaikan isu BC dan UL. Sila faham terma yang sesuai untuk UL. UL adalah lebih kepada spinning dan BFS ialah terma untuk BC yang juga membawa maksud penggunaan gewang / setup yang rendah untuk sesuatu target ikan atau penggayaan gewang. BFS adalah di sesuaikan dengan target ikan yang di cari di negara yang mengeluarkannya. BFS boleh bermacam-macam poundage yang tidak termasuk dalam klasifikasi line 6lbs. Tetapi ultralight tetap berada di klasifikasi line poundage 6lbs dan kebawah tidak kira BC atau Spinning. Sila faham dan hadam. Di Malaysia mereka menggunakan terma BC BFS sebagai BC UL juga (ramai yang masih confuse dengan terma BC BFS dengan BC for UL game). Sepatutnya tidak boleh campur adukkan dan membuat spekulasi yang tidak membawa apa-apa faedah.

Sila baca perbezaan BFS dan Ultralight di sini:

https://www.ultralightanglers.com/memahami-ultralight-fishing-vs-finesse-fishing/

Ramai otai-otai yang mampu membuat lontaran gewang kecil seberat 2g menggunakan BC yang mempunyai drag 7kg, 12kg dan sebagainya tapi adakah ia jatuh kepada klasifikasi line 6lbs? Tidak sama sekali. Anda harus faham maxima untuk UL ialah 6lbs dan ini termasuk drag maxima 2.7kg (kebiasaannya drag tidak akan mati dan akan masih keluar apabila ditarik ikan yang setanding). Ya, anda boleh control drag (adjust drag) anda walaupun 7kg tetapi pastikah anda tidak akan menggunakan thumb jika ikan melarikan diri kedalam reba? Tipu jika anda biarkan sahaja tanpa thumb. Jadi dimana logiknya 6lbs itu jika anda thumb? Dan tidak semua orang mempunyai emosi dan otak yang sama. Tidak semua tahu bagaimana hendak adjust drag supaya sesuai.

Cuba tanya diri sendiri sesuai ke masuk reel BC yang mempunyai drag 7kg dengan line 6lbs dan rod maxima 6lbs? Balance ke? Matching ke? Jika anda ingin mengejar kepuasan yang maxima maka pastikan ia mengikut spesifikasi supaya ia balance dan matching sebaik mungkin. Ramai yang confuse dengan terma UL dan BFS. BFS adalah amat luas sekali dan setiap BFS reel di reka khas untuk sesuatu target ikan dan untuk penggayaan sesuatu gewang. Jangan campur-adukkan dengan ultralight. Jika anda ingin menggunakan reel BC maka pastikan ia mengikut spesifikasi ultralight iaitu maxima 6lbs tidak kira pada line recommendation atau/dan drag.

4. Matching & Balancing

Reel yang dibeli haruslah disesuaikan dan serasi dengan rod yang dibeli dan tali yang di beli. Pastikan anda memahami segala spesifikasi pada reel tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli. Kebiasaanya anda harus memahami line recommendation yang diberi supaya ia sesuai dengan game yang anda cari. Memang kita mampu membuat balingan gewang yang ringan dengan banyak reel-reel lain (tidak kira spinning atau BC) namun jika skala drag reel itu lebih dari 6lbs maka peratus untuk putus tali atau patah rod adalah amat tinggi. Ini juga tidak menepati ultralight iaitu 6lbs jadi tiada matching dan balancing dalam setup ini.

Ada yang bercakap “habis tu takkan saya nak guna reel size 1000 main laut dalam yang memerlukan tali 300 yards…”

Jawapan saya untuk jenis orang yang begini ialah fahami konsep ultralight. Guna akal dan fikiran. Sesuaikan game anda. Sebab tu matching dan balancing selalu diperkatakan untuk memberi anda informasi supaya memahaminya. Jika hendak masukan tali 300 yards maka sesuaikan reel nya. Reel saiz 1000 ada yang sesuai dan mampu memuatkan tali 300 yards. Reel saiz 2000/2500 juga ada banyak yang sesuai. Ingat “fahami konsep ultralight” dan sesuaikan dengan game anda.

spinning-reel-combination
spinning-reel-combination

5. Jenis Reel

Anda juga harus tahu tujuan membeli reel itu. Adakah ia bertujuan game freshwater atau saltwater atau kedua-duanya sekali. Ini amat penting dalam penjagaan reel kerana tidak semua reel yang sesuai untuk semua kegunaan jenis air.

Setiap reel harus dijaga dengan baik. Tidak semua reel sesuai untuk semua kegunaan akan tetapi jika anda peka dalam penjagaan maka tidak salah menggunakannya untuk semua lapangan pancing. Pemilihan reel untuk sesuatu game adalah amat penting kerana kombinasi reel lah yang akan memberikan anda kepuasan atau sebaliknya. Apa yang penting ialah ia seharusnya memudahkan untuk anda membuat lontaran gewang-gewang ringan tanpa sebarang kesukaran dan masalah.

6. Drag

Drag system adalah salah satu element yang terpenting dalam reel. Jika drag tidak smooth ia tidak akan memberi kekemasan apabila mengendalikan ikan. Kebiasaan drag yang tidak bagus akan mengakibatkan tali mudah putus kerana terdapat force (tekanan) tidak sekata yang boleh membuatkan tali putus dengan kejutan.

Drag yang licin (smooth) juga memainkan peranan amat penting apabila berlawan dengan ikan dengan aksi rod dan kekuatan tali tanpa memutuskannya. Drag setting yang sesuai mampu memberi tandingan yang hebat dalam masa yang sama ia tidak memudaratkan rod, reel atau line.

Drag yang smooth dan balance (seimbang) dengan kekuatan rod dan tali mampu memberi kepuasaan yang maximum apabila berlawan dengan ikan. Sebab itu amat penting mencari reel yang mempunyai drag yang smooth walaupun telah di kunci maxima. Elakkan menggunakan reel yang mempunyai drag yang tersangkut-sangkut apabila diketatkan sepenuhnya. Ini akan memberi bebanan pada rod dan tali yang biasanya mengakibatkan tali putus dahulu. Dalam situasi yang lebih bahaya rod anda mungkin menerima kejutan (tekanan yang tidak seimbang) dan boleh mengakibatkan ia patah.

7. Spool

Amat penting membeli reel mengelakkan spool yang dalam dan sempit. Spool yang dalam dan sempit boleh menyebabkan kurang keseronokkan apabila membuat lontaran. Menambahkan masalah ia juga mungkin akan membuatkan line tangle (berbelit) kerana tali yang keluar dari spool tidak lancar. Ini boleh mengakibatkan tali putus. Kebanyakan reel size 500 dan kebawah akan memberi isu-isu sebegini namun jika anda mampu mengawal cara casting anda maka tidak menjadi isu.

Spool yang paling seronok untuk lontaran adalah shallow spool. Akan tetapi sehingga masa kini kebanyakkan reel yang mempunyai shallow spool amat mahal. Jadi disini kita harus bertolak ansur dan memadankan dengan reel yang spoolnya tidak begitu dalam seperti reel-reel yang kami syorkan di atas. Yang penting ia mampu memberi kepuasan.

8. Gears & Bearings

Kelancaran sesuatu reel bergantung kepada gears dan bearings yang digunakan dalam reel tersebut. Disinilah perbezaan utama apabila berlawan dengan ikan. Bearings lah yang membuat action reel licin dan gearing nya pula menghubungkan handle kepada spool untuk membuat pusingan yang lancar.

spinning-reel-parts
spinning-reel-parts
spinning-reel-gears
spinning-reel-gears

Jika boleh pastikan beli reel yang tidak mempunyai gears plastik. Tidak kira bertapa mahal reel itu anda tetap tidak seharusnya berpuas hati dengan investment reel yang mempunyai gear plastik.

Kesimpulan

Untuk menjadi seorang pemancing yang berjaya dengan hasil tangkapan yang bagus kombinasi reel, rod dan tali haruslah diperbetulkan. Jika anda ingin memburu ikan Tarpon a.k.a Bulan maka setup yang digunakan sesuaikannya lah supaya mendapat hasil dan mendapat kepuasan yang maxima. Setup sehalus 6lbs dan kebawah adalah paling ideal untuk membuat Indo-Pacific Tarpon. Mengetahui apa yang perlu apabila membeli reel adalah amat penting untuk kepuasan sebenar.

Contohnya reel A memang mampu melawan ikan bersaiz mega akan tetapi tali yang digunakan putus berkali-kali. Ramai tidak sedar bahawa tidak semestinya tali yang memberi masalah, kadang-kadang drag reel yang tidak smooth juga memberi kesan dan tekanan yang membuatkan tali putus dengan mudah. Reel B yang mempunyai drag yang smooth mampu memberi tandingan dan mendaratkan ikan bersaiz mega kerana kelebihan di situ. Apapun ini adalah contoh.

Membuat pilihan yang bijak untuk jenis ikan yang ditarget dan lokasi pancingan adalah faktor yang paling penting. Memahami target ikan dan air adalah untuk memudahkan memilih reel yang paling sesuai. Pastikan segala setup lain seperti rod dan line sesuai dengan reel. Konsep Matching dan Balancing harus diambil kira sepenuhnya untuk mendapatkan kepuasan yang maxima.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Betul Ke Ultralight Fishing Tiada Kaitan Dengan Drag?

Betul ke ultrlaight fishing tiada kaitan dengan drag? Jika soalan ini ditanya puluhan tahun yang …

17 comments

  1. Scorpion antares reel dr shimano shallow spool.. Adakah ia sesuai utk lontaran gewang kecil..

    • Hye bro… sesuai jer… hampir semua reel bc sesuai utk lontaran gewang kecil jika kena caranya… tapi jika hendak disesuaikan dengan ultralight line classification pastikan drag sesuatu reel atau recommended line maxima ialah 6lbs. Baru jika dipadankan dengan tali dan rod berpoundage 6lbs dan kebawah disesuaikan dengan maxima drag reel bc dlm 6lbs akan mendapat kepuasan dan matching yg sesuai dgn setup.

  2. Hi, nk taye BC Kuying Thunder boleh di category kan UL ke? dlm fb kuying malaysia describe drag 3kg. cari offical website Kuying xde, cuma dlm FB n dealer dia yg ckp 3kg. so any advice, otai2 UL, is this real and can be list in UL?

    • Not sure bro. We checked also no info as well. Need to ask the manufacturer directly. If website did not say anything we dont accept it 🙂

  3. salam nk tnye ye..
    1. mesin+rod ap y sesuai utk casting di laut..bole main di sekitar pulau n di alur kapal?
    2.kalau kedalaman utk 200-300meter mesin+ rod ape y sesuai?
    3. utk budget y rendah.. tp berkualiti..
    harap tuan membalas nye…
    insan baru mengenal pancing..:)

    • Maaf tuan. Blog ini lebih pada ultralight fishing. Apa yg tuan tanya lebih pada big game fishing. Mungkin tuan boleh refer pada kedai kerana mereka lebih mengetahuinya.

      Mekasih 🙂

  4. Bro umpng pacu untuk casting ape bro blh bgi suggestkn x

    • salam bro

      SP putih dan fluorescent yang biasa saya pakai. Kaler oren pon laku. Spoons pon bole. Tp apa yang penting ialah teknik karauan kerana pacu tidak suka karauan laju. Jadi tune untuk mendapatkan karauan yg sesuai utk memikat pacu harus bro cuba. Biasanya sangat perlahan.

      Mekasih

  5. As salam bro, gear sy shimano Biomaster 8000PG . Kat badan gear tu ada tulis
    NYLON ( NO.-m ) 5-275 . 6-220 . 8-160.
    PE ( NO.m ) 2.5-360 . 3-390 [330] . 4-300 . 5-230 . 6-180.
    Soalan sy line lbs Saiz apa yg sy gunakan sbb skrg ni sy guna line 80lbs.

    • Salam bro,

      Setiap reel ada diberi drag rating jadi adjust tali based dgn kekuatan drag. Rating yang diberi pada body biasanya reference untuk diameter tali yang boleh kita masukkan. Contoh: Ada tali yang berpoundage sama 50lbs dikatakan P3 diameter nya 0.28mm tapi ada tali P3 diameter nya 0.22. Jadi diameter ni tujuannya lebih pada reference untuk pengguna berapa panjang anggaran tali boleh masuk ke sesuatu reel. Arap dapat bagi idea kat bro 🙂

  6. Hai.takda ke reel untuk bc

  7. hello bro..saya cume nak tanya saiz bearing weebass mini 2016 klu bro boleh bagtahu itu saja

  8. Helo master,nk tanye cikit sy bru berjinak2 ul,,
    Rod lmebaru 2-5lb
    Spinning abg sorron stx 20( tulis 8lb je tepi spool)
    Main fins 6lb, leader 10lb varnis
    Sesuai ke tidak…sb mesin tu 8lb tq sifu

  9. hi bro, sy ada reel abu cardianal 3. adakah reel ini boleh diketegorikan UL reel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.