Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Betul Ke Ultralight Fishing Tiada Kaitan Dengan Drag?

Betul ke ultrlaight fishing tiada kaitan dengan drag?

Jika soalan ini ditanya puluhan tahun yang lepas mungkin ia boleh diterima tetapi pada zaman sekarang di mana teknologi dan peralatan semakin moden, persoalan ini mungkin boleh dipertikaikan untuk tujuan KEMAJUAN DAN PEMBAHARUAN.

Jom kita bercerita sedikit supaya ia lebih mudah untuk difahami.

Membaca Amalan Mulia – Refresh Balik

Standard 6lbs rules of thumb untuk ultralight fishing diwujudkan oleh pemancing ultralight dari Eropah, atau lebih tepat lagi dari France, seawal 1930 an. Anda boleh download buku terbitan awal bercerita berkenaan ultralight fishing di sini: https://www.ultralightanglers.com/the-origins-of-ultralight-spinning/

Anda juga boleh refer artikel yang ditulis oleh penulis lain di sini: http://www.anglerwise.com/2011/03/24/what-is-ultralight-fishing/

Boleh baca artikel penuh kami mengulas lebih lanjut berkenaan ultralight fishing di sini:

What is Ultralight Fishing?

Pada Masa Kini

Jawapan paling mudah ialah DRAG AMAT BERKAIT RAPAT DALAM ULTRALIGHT FISHING.

Ini kerana dalam pancingan ultra ringan atau ultralight game, drag adalah antara elemen terpenting secara keseluruhan. Tanpa drag bagaimana anda mahu membuat hook up dan sekali gus mengawal ikan? Kita memerlukan setup yang sesuai dipadankan dengan rod dan tali yang sesuai supaya dapat mengawal ikan. Tahukah anda apa fungsi drag?

Ultralight direka untuk target spesis yang sesuai dengannya. Sasaran untuk game ultralight biasanya 30cm kebawah sahaja namun di Malaysia dan sekitarnya saiz yang besar menjadi pilihan. Sebab itu kami mewujudkan peraturan max drag 2.7kg kebawah untuk memastikan tidak ramai mengalami masalah patah rod dan sebagainya. Emosi juga antara salah satu faktor mengapa kami membuat perubahan pada drag rules. Tidak semua pemancing berkemampuan dan tidak semua pemancing mampu mengawal perasaan apabila terjadi perkara yang diluar jangkaan.

Bukan itu sahaja tujuan kami mewujudkan rules baru dalam drag setting. Anda boleh membaca artikel dibawah ini untuk info yang lebih lanjut dimana kami set trend baru dalam pancingan ultralight supaya ia lebih balance dan matching di samping memberi keseronokkan yang lebih padu.

Masa Depan Pancingan Ultralight: Setting Up The Trend

Adakah anda di antara pemancing yang tidak mahu menyokong pembawakan idea terbaru iaitu rules drag dalam ultralight dari Malaysia yang kini telah menular ke dunia luar? Adakah anda tidak mahu Malaysia menjadi contoh kepada negara luar?

Anda kena mula sedar kita (Malaysia) cuba wujudkan scene pancingan ultralight yang lebih padu dari sebelum ini. Adakah anda masih mahu berdebat dengan perubahan fenomena ini atau mahu menyokong supaya pancingan ultralight bertambah seronok dari sebelumnya?

Market telah berubah ke arah standard yang kami wujudkan kerana mereka sedar ada PERMINTAAN dan ada KESERONOKKAN yang amat berlainan sekali dari sebelum ini. Apabila ada permintaan yang tinggi dan market menjadi gila dengan sesuatu maka terjadilah satu FENOMENA. Inilah dikatakan PEMBAWA TREND dan Malaysia adalah negara yang memulakan trend drag 2.7kg kebawah yang diwujudkan oleh orang kita sendiri, dari Malaysia iaitu Kanicen Nix.

Perkara Yang Perlu Di Fahami

Kita harus mula faham bahawa terdapat klasifikasi dalam pancingan iaitu ultralight, light, medium dan heavy. Setiap game ada elemen yang penting untuk menjadikannya lebih seronok kerana ia menjadi penyeri kepada dunia memancing. Contohnya jika kita main heavy cover tapi guna reel drag yang tidak kuat maka ia tidak seimbang dengan target ikan yang dicari di mana anda akan mengalami kesukaran dalam mengawal ikan tersebut. Di sini akan ada kerugian dalam pelbagai bentuk. Begitu juga dengan ultralight. Kita harus memahami target ikan sebelum membuat pemilihan setup yang sesuai.

Apakah Yang Penting Dalam Pemilihan Reel?

Bagi saya jika untuk game ultralight saya akan pastikan perkara pertama ialah DRAG YANG LANCAR dan KEKUATAN DRAG TIDAK MELEBIHI dari kekuatan rod dan tali supaya saya tidak perlu mengambil risiko over pressure pada rod yang boleh mengakibatkan patah. Di sini saya akan memilih reel yang dragnya tidak lebih dari 2.7kg kerana tidak perlu risau akan kesilapan semasa membuat setting pada drag semasa bertarung dengan ikan.

Walau bagaimana pun, bagi mereka yang menggunakan rod berkekuatan 1-3lb, yang dipadankan dengan tali antara 1-3lb, dan reel yang mempunyai max drag 3kg, adakah setup anda balance? Ada yang berpendapat setup ini tidak balance, TETAPI, setup ini tetap berada dalam kategori Ultralight di mana ia akan melindungi dari merosakkan setup anda.

Kami sememangnya menuju ke arah mewujudkan reel yang mempunyai drag yang lebih sesuai dengan setup. Mana tahu satu hari nanti akan wujud reel-reel yang mempunyai drag lebih rendah yang sesuai digabungkan dengan rod yang ada di pasaran. Semua ini bergantung pada PERMINTAAN dan PEMBAWAKAN yang kami tengah usahakan. Ia perlukan masa bukannya boleh dibuat dalam 1 hari. Kami mengambil 10 tahun untuk membawa UL scene ini yang bermula dari drag sistem yang open ke rules drag sistem 2.7kg. Mengapa perlukan masa? Rasanya anda boleh fikirkan sendiri.

Nak belajar tentang drag setting anda boleh baca artikel ini:

Apakah Ukuran Drag Yang Betul Untuk Reel Bagi Pancingan Ultralight?

Isu-isu yang berkaitan peraturan max drag 2.7kg dan ke bawah

1. Boleh adjust drag – Ada segelintir pemancing yang beranggapan peraturan max drag 2.7kg yang ditetapkan oleh group Ultralight Anglers adalah tidak relevan. Pada mereka, kekuatan drag pada reel boleh diubah, jadi tidak timbul isu rod akan patah, tali akan putus dan sebagainya. Malangnya, mereka LUPA untuk mengambil kira walaupun reel ultralight yang mempunyai max drag 2.7kg dan kebawah, setting drag yang diset hanyalah 20 hingga 30 peratus sahaja dari kekuatan drag maksimum bagi reel tersebut kerana itulah setting terbaik untuk memastikan drag lancar dan berfungsi dengan efisyen. Dan mereka juga LUPA ada rintangan lain seperti geseran dari cincin rod, panjang tali yang keluar, geseran pada air, umpan dan lain-lain yang boleh menyebabkan drag lebih kuat dari yang di anggapnya betul. Bacalah artikel di atas untuk lebih fahaman.

2. Beli ja reel yang max drag lebih, apa ada hal kan? – Benar, anda bebas untuk menggunakan apa sahaja reel yang mempunyai max drag lebih dari 2.7kg. Tetapi, tanya balik diri anda, kenapa anda join group Ultralight Anglers? Bukankan anda ingin belajar teknik pancingan Ultralight yang sudah pun kami tetapkan peraturannya?

Ingat, masing-masing ada hak untuk beri pendapat. Tetapi, biarlah pendapat anda itu berlandaskan ilmu dan bukannya logik peribadi anda semata-mata. Sebenarnya, halatuju group Ultralight Anglers telah pun berada di landasan yang betul. TIDAK ada group di negara lain yang betul-betul mengikut apa yang telah dibuat oleh kita di Malaysia.

Kesimpulan

Jadi untuk menjawap persoalan “Adakah drag berkait rapat dengan pancingan Ultralight”?

Jawapannya ialah YA, amat penting dan berkait rapat.

Akhir kata, fahamilah niat sebenar group UL Anglers ditubuhkan, iaitu untuk mendidik para pemancing untuk mendalami ilmu pancingan Ultralight. Tidak mengapa kalau anda masih belum dapat mengikut 100% apa yang kami cuba bawa. Tetapi, berilah peluang kepada diri anda sendiri untuk belajar dan memahami niat sebenar group ini ditubuhkan.

Terima kasih.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version