Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Cara membuat line backing yang perfect

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu kaedah membuat line backing pada spinning reel. Antara sebab kenapa kita membuat line backing ialah:

1. Kita ada membeli tali panjangnya hanya 100 meter segulung, dan sekiranya tali ini dipasang pada reel, akan ada gap @ ruang yang ketara di bahagian spool kerana diameter tali yang halus. Selalunya ini berlaku pada reel yang mempunyai spool biasa atau deep spool.

2. Seandainya kita menggunakan tali braided, amat penting kita untuk membuat line backing bagi mengelakkan terjadinya line slip, iaitu tali di dalam spool akan bergerak sendiri ketika ditarik ikan, bukannya spool.

3. Tali yang dipasang sehingga maksimum pada spool, memberikan kelebihan dari segi kelancaran dan jarak lontaran gewang. Tetapi, sekiranya kita membuat lontaran dengan terlalu kuat, atau ketika dalam keadaan angin yang kuat, selalunya akan berlaku kekusutan @ birdnest pada mainline.

Jadi, tanpa membuang masa, mari kita lihat cara-caranya.

1. Sediakan satu spool kosong, atau botol minuman yang sudah tidak digunakan lagi. Tali monofilamen untuk dijadikan backing bersama spool, tali utama(braided) bersama spool/botol minuman, dan akhir sekali pastikan spool pada reel sudah dikosongkan.

2. Pasang tali utama dahulu pada spool dengan menggunakan ikatan arbor knot. Gulung sehingga habis.

3. Ini adalah contoh tali yang sudah dimasukkan tali utama. Perhatikan dengan teliti, ada gap di bahagian spool.

4. Sambungkan tali utama ke tali monofilamen(backing) dengan menggunakan ikatan FG knot. Gulung hingga spool pada reel penuh(jangan sampai terlebih).

5. Ini adalah contoh tali yang dimasukkan ke dalam spool sehingga maksimum. Nampak kemas, tapi kerja kita belum siap lagi.

6. Keluarkan semula tali pada spool dengan menggulung ke dalam spool/botol kosong sehingga habis.

7. Selepas itu, keluarkan semula tali yang digulung tadi ke spool yang lain. Gulung sehingga habis.

8. Kemudian, barulah kita masukkan semula tali ke dalam spool reel. Gulung sehingga habis.

9. Akhirnya, siap juga kerja kita. Inilah dia hasil line backing yang perfect!

Sekian dulu dari saya, InsyaAllah kita akan bertemu lagi di artikel yang akan datang.

Exit mobile version