Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Cara Menukar Ratings Pada Rod Pancing Kiraan Oz ke Gram Dengan Mudah

Ratings pada rod pancing kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan pada pemancing. Ada yang tidak pernah mengambil tahu mengapa adanya rating pada rod. Dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah yang seharusnya boleh di jangka tetapi terlepas pandang akibat tidak mahu mengambil tahu info yang diberi pada rod.

Jadi sebaiknya sebagai pemancing yang ingin mengejar kepuasan maxima mengambil tahu serba-sedikit berkenaan dengan rod yang dibeli adalah lebih bagus. Info rating pada rod ini akan membolehkan anda membuat keputusan bijak dalam proses memadankan setup yang lebih sesuai dengan segala akesesori yang anda guna / mahu beli.

Kadang kadang pergi ke kedai nak tengok rod dan apabila tengok lure rating kita tengok ada yang dlm kiraan g (gram) dan ada yg kiraan OZ. Apa pulak OZ ni. Pening-pening. Kalau kiraan g (gram) tu bleh faham lagi tapi bila tengok kiraan OZ dah mula pening berapa g (gram) lure rod ni boleh support. Kat sini ada sikit cara pengiraan berat lure OZ dan bagaimana nak convert ke g (gram).

Basic
1oz = 28.34g
1/2oz = 14.17g
1/4oz = 7.08g

Kalau rod tulis lure weight 1/32-3/16oz = 0.88-5.31g

Cara pengiraan untuk 1/32oz
28.34 ÷ 32 = 0.88g
Jadi 1/32 = 0.88g

Cara pengiraan untuk 3/16oz
28.34 ÷ 16 = 1.77g
Jadi 1.77 × 3 = 5.31g
So 3/16 = 5.31g

So, cara pengiraan ratings pada rod lebih kurang macam ni. Semoga bermanafaat. Nubis baru nak belajar memancing kalau ada salah dan silap harap di maafkan dan di betulkan.

Terima kasih.

Kredit: Rosli Othman

Exit mobile version