Our second Ultralight Anglers Event. We were invited by Pure Fishing Malaysia to handle Ultralight Gathering & Clinic at Syopz Sunway on 23rd of August 2014. The reason for this event is the follow up of the first event and simply to mingle around and do little bit of exposure on Ultralight Fishing.
More than 60 participants attended the event and the process of the talk went smoothly with lots of Q&A. It was a great exposure for us as well as for the anglers. We managed to pass around some basic ultralight fishing tips and tricks.
AGENDA
A. 7:00 – 9:00 – Free Time – Casting at Syopz Pond
B. 9:30 – 12:00 – Presentation by Kanicen Nix & Ahmad Aswadi. Topics covering:
1. Species.
2. Tackles.
3. Baits.
4. Knots.
5. Terminal systems.
6. Drag systems.
7. Accessories.
8. Q&A – Conversations.
9. Related Issues.
10. Our Mission & Vision as Ultralight Trend Setter.
11. New ultralight products introduction to the market by Abu Garcia.
12. New ultralight products introduction by Kanicen Nix. New Malaysian brand called Kanicen Nix.
These whole things covers theory, simple practical, & experience.
C. 12:30 – Dismissed.
EVENT INFO
Organizer: PureFishing Malaysia
Speakers Jemputan: Kanicen Nix & Ahmad Aswadi
Lokasi: Syopz Mall
Tarikh: 23 Ogos 2014
Masa: 7:30am – 1:00pm
Penyertaan: Percuma kepada Public
Group Yg Terlibat: FishingSifu.com dan Ultralight Anglers.
Event ni fokus kepada memperkenalkan Ultralight Fishing kepada anglers-anglers yang berminat dgn pancingan tali halus. Kini Ultralight Fishing telah menjadi satu fenomena di Malaysia hasil usaha Kanicen Nix dan Ahmad Aswadi selama 3 tahun.
Kanicen Nix yang dikenali sebagai Ultralight Trend Setter dan Ahmad Aswadi selaku Technical Master dalam Ultralight Fishing telah dijemput oleh PureFishing Malaysia untuk menjadi speakers jemputan.
Klinik Ultralight ini adalah lebih berdasarkan klinik santai dimana sesiapa sahaja dijemput hadir tidak kira jenis pancingan lain. Workshop ini lebih fokus kepada pengunaan ultralight setup dengan techniques yang bersesuaian.
Topik yang akan diajar adalah:
1. Pemilihan rod dan reel yg betul.
2. Padakan dengan tali yg sesuai.
3. Pemilihan Gewang dan Soft Baits yg sesuai.
4. Teknik yg sesuai dalam persembahan gewang/soft baits.
5. Rahsia dalam setup applications.
6. Keunikkan Ultralight Fishing.
7. Misi dan Visi Ultralight Trend Setter oleh Kanicen Nix.
Acara dimulakan oleh organizer PureFishing Malaysia iaitu Ming. Beliau memperkenalkan Kanicen Nix dan Ahmad Aswadi sebagai peneraju dalam bidang pancing Ultralight di Malaysia.
Kanicen Nix dan Ahmad Aswadi mengambil alih dan acara dimulakan dgn pengenalan kepada Rod yg bersesuaian dalam Ultralight. Disini kami menekankan pemilihan rod yang sesuai berdasarkan klasifikasi rod di mana 1-6lb adalah dikategorikan sebagai Ultralight. Ahmad Aswadi menerangkan apa itu sebenarnya ultralight diikuti dgn action rod, kesesuaian panjang-pendek rod dan rod power sebagai ilmu yg harus diketahui.
Kami meneruskan acara dgn topic kedua iaitu memahami reel yang dipilih. Reel yang dipilih harus bersesuaian dgn rod yg di beli supaya dapat merasakan “feel” yang maximum. Reel yang bersize 1000 dan kebawah adalah reel yg paling ideal utk ultralight fishing kerana ringan dan balance dgn setup yang bakal dipadankan. Reel yang dibeli harus dikenal pasti tali yang direkomen. Setiap reel yang dikeluarkan akan ada recommendation tali pada reel tersebut. Selagi ia memenuhi syarat ultralight iaitu 6lbs dan kebawah maka ia adalah paling sesuai dgn Ultralight Fishing. Tetapi di pasaran terdapat juga reel bersize 2000 dan 2500 yg dibuat khas untuk ultralight fishing. Reel-reel ini amat ringan tetapi amat mahal.
Disini pemilihan tali juga memainkan peranan untuk mendapatkan feel yang maximum. Kami menerangkan tali-tali yg sesuai utk ultralight fishing dimana ia juga bermula dari 6lbs dan kebawah. Kami menerangkan tali yang telah lama kami guna adalah terdiri daripada brand Berkley Fireline Crystal. Tali ini telah diuji dengan sepenuhnya dan mendapat kepujian dari kami sebagai anglers. Terdapat juga tali dari pengeluar lain juga tidak kurang hebatnya. Pemilihan tali adalah berdasarkan pengalaman dari hasil pengunaan sendiri.
Ikatan yang bersesuaian juga diselitkan dalam topik tali ini. Kebanyakkan Ultralight Anglers mengalami pengalaman yang menyedihkan apabila mereka tidak mengunakan ikatan yang sesuai. Kami menerangkan kepada yang hadir bahawa ikatan FG Knot adalah paling sesuai jika betul caranya.
Ramai juga meluahkan drag yang paling sesuai apabila melawan ikan. Kami menerangkan setiap ikan mempunyai drag yang berlainan. Jika setiap anglers melalui proses penurunan poundage yang betul iaitu dari tali yang kasar contohnya 20lb kemudian turun sedikit demi sedikit ke 15, 12, 10, 8 dan 6 maka pengalaman yang betul akan diperolehi. Disinilah proses yang sebenarnya untuk memahami drag system yang betul apabila melawan ikan yang dicari. Ramai anglers tidak melalui proses ini kerana terlalu gelojoh.
Selepas itu kami juga menghuraikan topik pemilihan gewang-gewang dan soft baits yang sesuai dng ikan yang dicari. Setiap pemancing harus memahami habitat dan diet ikan sebelum memulakan pancingan. Dengan cara itulah hasil yang lebih positive akan diperolehi. Pemilihan size dan berat gewang yang sesuai juga harus di ikut supaya tidak memudaratkan mana-mana setup yang digunakan. Setiap rod akan tertulis Lure Weight yang harus diikuti.
Selepas habis menerangkan topik-topik yang harus diketahui oleh pemancing-pemancing Ultralight kami membuat sesi Soal-Jawap supaya mereka yang masih was-was dapat mengambil peluang untuk menujukan soalan kepada kami. Segala soalan kami tangani dgn jayanya dan telah memberi kepuasan kepada yang bertanya.
Sebelum mengakhiri acara Kanicen Nix mengambil peluang untuk menerangkan misi dan visi Ultralight Anglers. Kanicen Nix menerangkan:
Misi kami ialah untuk mendidik semua pemancing kepentingan “Matching dan Balancing” dalam Ultralight Fishing untuk mendapatkan Maximum Satisfaction melalui cara pancingan yang betul dan beretika.
Visi kami pula adalah untuk menjadi Ultralight Trend Setter dalam industry memancing.
Kanicen Nix juga menerangkan bahawa kini ahli Ultralight Anglers telah melebihi 4000 orang. Ahli-ahli nya yang aktif setiap hari adalah punca group ini tersebar dgn jayanya. Diharap group ini akan menjadi antara group yang amat disegani satu hari nanti.
Kanicen Nix juga menerangkan bahawa setiap strategi yang digunakan untuk memajukan group ini adalah telah diplan dgn cara yang paling sesuai. Strategi pertama adalah “Viral” dimana 3 tahun lamanya di ambil untuk memperluaskan market Ultralight fishing di Malaysia. Kini ia telah berjaya. Kini Strategi ke 2 adalah Education iaitu Mendidik ultralight anglers cara pancing yang betul. Disini “Matching dan Balancing” memainkan peranan yang penting.
Semua ini hanya akan berjaya dgn bantuan dari semua pihak; pemancing, pengeluar dan media.
Kanicen Nix mengakhiri acara dgn memberi Free Gifts Soft Baits keluaran atas brand “Kanicen Nix” kepada yang hadir.
At the end of the day it was great exposure for us and glad that Pure Fishing invited us. We make lots of friends 🙂
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.