Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Fishing Tips: Cara Memilih Saiz Hook Yang Sesuai Dari Treble Hook Ke Single Hook

Bagaimana kalau beli gewang yang datang dengan treble hook tetapi anda ingin menukarnya ke single hook? Bagaimana yang buat pemilihan yang sesuai?

Dulu-dulu nubis sentiasa keliru macam mana la nak cari saiz single hook yang sesuai dengan gewang yang kita beli dah siap ada treble hook. Jadi lepas lalu semua proses pening kepala dan pengalaman yang sentiasa mematangkan dekat sini ada sedikit tips macam mana nak beli single hook yang sesuai untuk untuk gewang kita.

Contoh seperti gambar di bawah. Jika gewang kita datang dengan treble hook tu cuba ukur berapa CM (centimeter) bukaan mata. Boleh ukur menggunakan pembaris atau tool-tool yang sesuai sebagai contoh seperti gambar dibawah. Selepas itu bolehlah mencari single hook yang lebih kurang sama CM (centimeter) bukaan mata dia dengan treble hook itu.

Gambar di bawah hanya sebagai contoh. Jadi pelbagai jenama ada di pasaran. Buatlah pemilihan dengan bijak dan sesuai. Ini kerana lain jenama lain saiznya. Apa yang anda boleh buat ialah memilih seakan-akan dengannya sudah memadai.

Apa pun ada beberapa kriteria lain yang perlu anda guna untuk rujukan semasa membuat pemilihan:

1. Ketahanan – memahami target anda
2. Ketajaman – elemen yang penting
3. Berat hook – amat penting mengetahuinya jika gewang anda kecil supaya tidak out of balance
4. Target spesis – penting untuk kesesuaian
5. Ketebalan – penting untuk target ikan

Harap-harap tips untuk menukar treble hook ke single hook ini dapat memberi inputs untuk anda membuat pemilihan saiz hook yang sesuai.

Terima kasih

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version