Fluorocarbon boleh digunakan sebagai shock leader (kebiasaannya) atau untuk tali utama bergantung kepada beberapa faktor dimana ia di cipta untuk 2 sebab utama iaitu sebagai tali pancing atau sebagai shock leader yang disambungkan pada tali utama anda. Kedua-duanya dibuat bukan dengan proses yang sama dan seharusnya digunakan untuk tujuan ia dibuat.
Fluorocarbon amat kuat tetapi keras dan akan membentuk mengikut spool anda pada cuaca yang sejuk. Dengan adanya masalah-masalah seperti ini pengeluar tali mula mencipta tali fluorocarbon yang lebih flexible dan kurang keras yang boleh digunakan pada reel dan memudahkan semasa memancing.
Kini fluorocarbon line materials boleh didapati hampir majoriti kedai pancing kerana harganya lebih murah dari 100% fluorocarbon leader. Line materials biasanya mempunyai rating 80%, 70%, 60% malahan sehingga 30% fluorocarbon. Tali jenis ini sebenarnya lebih sesuai digunakan untuk reel bukan sebagai leader namun pemancing kini lebih flexible menggunakan tali sebagai leader kerana harga lebih murah dan dalam ultralight game ia akan membantu dalam menangani size ikan yang lebih besar dari menerima impak yang kuat kerana ia akan “memberi” disebabkan adanya memory sedikit.
Fluorocarbon leader materials pula bukan fishing line (tali pancing). Perbezaan kedua-dua jenis tali ini harus difahami supaya tahu membuat pemilihan berdasarkan keperluan. Fluorocarbon leader materials adalah pilihan kebanyakkan pemancing yang tahu fungsinya. Cara pembuatannya juga berbeza dengan fluorocarbon fishing line dimana ia lebih tebal, keras dan lebih tahan geseran. Kebiasaannya ia digabungkan dengan tali braided kerana braided lebih mudah dilihat oleh ikan.
Apakah Kelebihan dan Kekurangan Fluorocarbon Line?
Kelebihan Fluorocarbon
1. Fluorocarbon leader sangat bagus untuk membuat strike lebih cepat kerana ia tidak meregang.
2. Fluorocarbon hampir tidak kelihatan dalam air, menjadikannya ia amat sesuai untuk memancing di dalam air yang sangat jernih, apabila mencari ikan dengan penglihatan yang sangat baik atau yang culas akibat tekanan.
3. Fluorocarbon adalah berat dan tenggelam dengan mudah. Ia amat membantu dalam pancingan bottom dan juga bagi mereka yang menggunakan gewang/soft bait selaman dalam.
4. Fluorocarbon tahan lasak dari asakan ikan, cahaya matahari dan toksin berbanding tali monofilament atau tali braided.
5. Fluorocarbon amat tahan geseran walaupun menerima geseran yang melampau berbanding dengan tali mono atau braided.
Kekurangan Fluorocarbon
1. Fluorocarbon adalah berat maka ia kurang sesuai digunakan untuk gewang top water kerana akan menganggu aksi gewang.
2. Fluorocarbon line pula biasanya amat licin jadi ikatan knot yang kemas dan kuat adalah amat penting untuk mengelakkan ia terlucut.
3. Fluorocabon amat mahal.
4. Fluorocarbon amat sukar untuk dilihat jadi ia menjadikan sukar untuk memastikan kedudukannya.
Ada pemancing memilih tali mono sebagai leader kerana ia lebih murah. Adakah ini salah? Tidak sebenarnya walaupun ia memberi banyak kekurangan dan menjadi antara faktor utama anda tidak mendapat sebarang strike. Jika ikan berapa dalam mode makan maka ia tidak menjadi isu kerana ia akan menyerang tanpa naluri lain tetapi jika tidak peratus anda mendapat ikan akan menjadi kurang atau langsung tiada. Anda juga boleh gunakan tali mono sebagai leader di kawasan air yang berlumpur, kotor, berkeladak atau kawasan dimana airnya sukar untuk dilihat kerana di situasi begini biasanya ikan agak sukar melihat. Tetapi jika tiada sebarang ketukan maka tukarlah kembali kepada fluorocarbon leader.
Harga 100% fluorocarbon shock leader adalah amat mahal jika di bandingkan dengan fluorocarbon line atau monofilament line ini kerana proses pembuatannya yang lebih sukar dan memerlukan kepakaran serta teknologi yang sesuai. Ia dijual dari harga RM30 (common brand) ke RM200 (branded) untuk 100% fluorocarbon shock leader di mana harga jualan bergantung pada panjangnya. Kebiasaannya fluorocarbon shock leader ia dijual dari 15 meter sehingga 50 meter bergantung pada brand. Jika panjang satu gulung lebih dari 50 meter biasanya ia bukan shock leader tetapi lebih pada tali fluorocarbon yang digunakan untuk reel. Jadi pastikan anda membeli yang betul. Diameter fluorocarbon tidak tentu kerana ia bergantung pada pengeluar dan untuk apa ia direka cipta. Setiap benda dalam pancingan sebenarnya di reka cipta untuk sesuatu tujuan. Fahami tujuan ini sebelum membuat pembelian supaya anda dapat memaksimakan prestasinya.
Dibawah adalah contoh-contoh fluorocarbon shock leader / leader materials yang menjadi pilihan pemancing-pemancing yang boleh anda guna. Apa pun ukur poket anda semasa membuat pemilihan fluorocarbon leader supaya ia sesuai dengan tujuan pancingan anda. Note: Kami akan sentiasa update page ini dengan info latest berkenaan dengan fluorcarbon.
Kesimpulan
Sains disebalik pembuatan fluorocarbon adalah satu kejayaan sangat besar dalam bidang kejuruteraan. Kejayaan membuat tali pancing yang mempunyai indexs hampir sama dengan air yang hampir tidak kelihatan oleh ikan adalah satu pencapaian yang amat dibanggakan.
Fluorocarbon line atau leaders materials agak mahal harganya jika dibandingkan dengan tali pancingan biasa namun peratus tangkapan telah meningkat sejak wujudnya tali fluorocarbon dan fluorocarbon shock leaders.
Apa pun ia terpulang pada anda dalam membuat pemilihan yang sesuai dengan pancingan dan ukurlah poket anda sebelum membuat pembelian.
Nota:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.