Gewang Hard Baits dan Soft Baits Yang Killer Untuk Tarpon – Ikan Bulan

Tarpon telah menjadi salah satu target ikan yang paling digemari oleh pengemar-pengemar sukan ultralight fishing. Sikapnya yang licik membuang gewang dan suka membuat aksi akrobatik membuatkan pemancing menjadi teruja. Tarpon atau dikenali sebagai ikan Bulan di negara kita dikategorikan sebagai “sport fish” yang complete kerana ia suka melompat, membuat libasan kepada gewang secepat kilat, pandai melepaskan diri apabila terkena gewang dan antara ikan yang amat laju renangannya.

Tarpon dinegara kita adalah jenis Indo-Pacific. Size yang terbesar pernah didaratkan dianggarkan dalam 4kg – 5kg itu pun melalui teknik menjaring. Size-size sebesar ini amat jarang sekali dijumpai. Size yang biasa didaratkan dengan teknik pancingan adalah seberat 100g – 1.5kg yang panjangnya dari 20cm ke 45cm.

Bagaimanakah cara terbaik untuk mendaratkan Tarpon?

Cara terbaik menjerat sang Tarpon adalah dengan memahami dietnya, kawasan permainannya, dan memahami perangainya. Diet Tarpon kebiasaannya adalah anak-anak ikan sebesar 5cm dan kebawah dan ini bergantung kepada size ikan tarpon yang dicari. Diet sebesar 5cm dan kebawah adalah size yang paling ideal untuk diet mereka. Jika lagi besar kebiasaannya ikan Tarpon yang bersize mega sahaja akan membahamnya. Bukan bermaksud size Tarpon yang kecil tidak membaham umpan yang besar namun peratusnya adalah amat kurang.

Grenti Strike - Tiny - Curly Grub
Grenti Strike – Tiny – Curly Grub

Kawasan permainan biasanya adalah muara, tali air, air payau dan kini Tarpon juga telah ditemui di lombong-lombong dan air sungai yang bercantum terus ke muara dan laut. Dikatakan Tarpon telah mula berhijrah ke kawasan air tawar kerana faktor makanan yang sesuai dengan diet mereka.

Gewang apakah yang paling sesuai untuk menjeratnya?

Disini kita boleh kategorikan umpan kepada dua bahagian iaitu Hard Baits dan Soft Baits.

1. Hard Baits

Terdapat pelbagai gewang hard baits yang bersize 5cm dan kebawah dikatakan killer untuk Tarpon. Antaranya ialah:

– Ofmer Wonder 50
– Abu Tormentor
– Abu Rocket
– River2Sea Bubble Popper
– River2Sea Rover Pensel
– Yozuri Altima Pins Minnow
– Storm Flutterstick
– Spoon – Tarponish
– Baby Cima
– Rapala UL Minnow
– Zerek Mini Pop
– Hinomiya Popper
– Storm Wild Eyes Minnow
– Yozuri Pin Minnow
– Storm Gomoku Micro Walk
– Storm Gomoku Micro Popper
– Eupro Popper
– Rapala Skitter Pop

Bagaimanakah cara mengayakannya pula?

Cara terbaik untuk mengayakan gewang adalah dengan memahami bagaimana renangannya. Seeloknya anda test drive dahulu untuk memahaminya dengan lebih tepat. Lain jenis lain cara, lain brand lain juga gaya renangannya. Apa yang pasti jika anda berimaginasi maka pelbagai teknik boleh diolahkan dengan satu jenis gewang sahaja. Ikan predator seperti Tarpon kebiasaan akan menggemari renangan anak ikan yang sakit kerana instinct binatang ia merupakan target yang paling mudah.

Menggunakan gewang top water seperti Pencel dan Popper juga amat berkesan jika kawasan permainan ikannya amat agresif. Pop sebijik-sebijik amat digalakkan untuk memikat Tarpon. Untuk Pencel pula renangan cepat atau perlahan-lahan dan pause (berhenti sekejap) adalah amat menyelerakan. Begitu juga dengan minnow floating dan sinking. Kayuhan laju, slow dan pause sekejap boleh digunakan kerana Tarpon amat menggemarinya. Kebiasaan time pause sekejap itulah dia akan menyambar denga rakusnya.

abu-tormentor
abu-tormentor
baby-cima
baby-cima
grenti-strike-tarponish
grenti-strike-tarponish
rapala-ultralight-minnow
rapala-ultralight-minnow
river2sea-bubble-pop
river2sea-bubble-pop
river2sea-rover
river2sea-rover
storm_flutterStick
storm_flutterStick
storm_gomoku_pencil
storm_gomoku_pencil
storm_gomoku_popper
storm_gomoku_popper
yozuri_pins_minnow
yozuri_pins_minnow

2. Soft Baits

Soft Baits adalah trend pada masa kini kerana ia lebih menyerupai ulat, anak-anak ikan kecil dan yang pasti ia jauh lagi murah dari gewang hard baits. Jika putus costnya tidak begitu menyakitkan jika dibandingakan dengan hard baits. Terdapat pelbagai gewang soft baits yang amat sesuai untuk Tarpon. Antaranya ialah:

– Grenti Strike – Tiny curly grub yang bersize 2.5cm adalah antara size umpan yang amat sesuai untuk diet Tarpon.
– Grenti Strike – Elastico bersize 5cm mempunyai vibration dan buih kecil semasa renangan.
– Grenti Strike – Curlee grub dan Candy paddle tail bersize 3.5cm & 4cm juga amat sesuai untuk diet Tarpon.
– Grenti Strike – Bersaiz 5cm dan renangan ala-ala sotong hidup membuatkan bulan amat geram padanya.
– Grenti Strike – Worms 3.6cm amat sesuai digabungkan dengan teknik drop shot.
– Berkley Power Grub – Antara produk yang biasa digunakan.
– Berkley Shad – Fire Tiger antara produk yang efektive memikat Tarpon.
– Berkley Power Minnow Split Tail – Soft Baits berupakan anak ikan sepanjang 5cm.

Bagaimanakah cara mengayakannya pula?

Penggunaan soft baits sebenarnya tiada batasan. Tidak ada teknik yang sepatutnya begini atau begitu. Anda perlu creative dan inovatif untuk mengubah-suai kaedah pancingan. Tidak semestinya grub digunakan untuk kayuhan biasa dengan mengharapkan ekor grub akan memikat ikan yang dicari. Kita juga boleh menggunakan teknik jerk laju, jerk slow atau jerk sesekali mampu menundukkan Tarpon.

Apa yang anda harus tahu ialah tidak semua ekor grub lembut dan mempunyai action yang lembut. Ada grub yang di reka keras ekornya untuk tujuan sesuatu. Jadi anda harus memahaminya terlebih dahulu sebelum cuba mengayakannya mengikut kefahaman sendiri.

grenti-strike-tiny-curly-grub
grenti-strike-tiny-curly-grub
grenti-strike-curlee-tail-grub
grenti-strike-curlee-tail-grub
grenti-strike-elastico-paddle-tail
grenti-strike-elastico-paddle-tail
berkley-powerbait-power-minnow-split-tail
berkley-powerbait-power-minnow-split-tail
Berkley Power Grub
Berkley Power Grub
berkley-ripple-shad
berkley-ripple-shad

Kesimpulan

Imaginasi adalah elemen yang paling penting apabila memancing. Kurang daya imaginasi umpama anda makan sesuatu dengan tidak berperasaan. Gewang hard baits dan soft baits telah direka untuk tujuan sesuatu. Anda harus memahaminya terlebih dahulu supaya tahu cara penggunaan yang terbaik. Setelah memahaminya technical detail akan gewang yang beli kemudian anda juga perlu memahami bahawa tidak semestinya sesuatu gewang hanya boleh digayakan dengan satu gaya sahaja. Ia bergantung kepada creativity anda. Fakta yang harus anda tahu ikan menyerang mangsa mereka berdasarkan diet yang sesuai jadi lebihkan masa anda mencari jawapan yang sesuai untuk ikan yang dicari.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.