Malaysia Tarpon @ Ikan Bulan

Spesis ini memang sinonim dengan pemancing ultralight. seakan tidak lengkap rasanya jika gagal menjinakkan “gamefish” ini. ikan bulan bukan sahaja terkenal dengan aksi akrobatik yang memukau, bahkan boleh menewaskan mana-mana pemburunya. kebanyakan pengilat gagal akibat “faulhook” kerana kegopohan dan terlalu terburu-buru ing menewaskannya. pelbagai aspek perlu diambil kira jika ingin menumpaskan spesies ini dengan menggunakan setltraligt. kemahiran dan kreativiti perlu ada dalam memahami sifat ikan bulan. ikan yang dianggap lesen bagi penggemar ultralight ini tidak mudah mengalah walaupun sudah hampir landed.ramai yang berputih mata akibat terlalu yakin untuk menewaskannya dengan pantas. spesies ini banyak mengajar kita memahami pentingnya “drag setting” yang betul.  jika set mahal manapun kita guna, itu bukanlah jaminan memperoleh lesen idaman ini. kita perlu ingat prinsip 50-50, iaitu situasi “draw” antara kita dengan mangsa. 10% kecuaian kita akan memberi kemenangan kepada mangsa.

Jpeg

Antara sikap luar biasa yang ada pada ikan bulan ialah “culas ” atau “jual mahal”. Keadaan ini kerap berlaku dan sukar menghentam gewang atau softplastic. Walaupun banyak boiling depan mata tapi lontaran kita pasti tak dilayan. Waktu ini kita perlulah kerap menukar umpan tiruan. Jika softplastic tak dijamah tukarlah kepada micro poper , masih tak berjaya tukarlah gewang minnow , dan jangan lupa gunakan jig mikro 3gram ke bawah. Tapi jangan terkejut jika saat ikan bulan frenzy, campaklah apa sahaja pasti disembat.Jpeg

Waktu aktif ikan bulan adalah seawal pagi selepas subuh hinggalah matahari semakin tinggi kira-kira pukul 9. Waktu ini sangat sesuai menggunakan softplastic berwarna putih, glow dan luminous. Softplastic Elastico KN Gerenti Strike sangat sesuai . Gaya renangan Elastico yang bersahaja dengan gedik ekor seakan anak udang berserta gelombang lembut mudah memukau sangbulan . Elastico yang dipersembahkan dengan karuan perlahan diselangi “slowjerk” sangat efektif . Gabungan sp Elastico dan jighead saiz halus dan berat bawah 2g dengan pemberat berbentuk muncung terus mencantikkan lagi gaya Elastico. Jighead jenama fireeagle menjadi pilihan saya.
20141128_051733

P_20141118_172357 Kemunculan produk tempatan atas hasil usaha Kanicen Nix yang benar-benar mujarab memang perlu dicuba memandangkan spesies ini gemar umpan tiruan bersaiz mini. Pertama kali saya mencuba Elastico di Miri, Sarawak memang tak menjangka keberkesanannya sangat tinggi hinggakan saya dan anak bertubi-tubi dihentam sang bulan.
P_20141118_172411

Softplastic Elastico yang menghasilkan “small wave” adalah sebab kenapa bulan tergoda. Lagipun Elastico memang mudah diaplikasi untuk semua lubuk dan dengan teknik yang mudah. Jika terlihat ada boiling sang bulan, lempar sahaja Elastico berhampiran boiling tersebut. Biarkan tenggelam seketika dan karau perlahan diselangi jerk secara lembut seakan udang berenang. Saya selalu guna formula 3:2, iaitu 3kali pusingan karauan diselangi 2kali jerk

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.