Pancingan ultralight telah menjadi fenomena bukan sahaja di negara kita tetapi di serata dunia. Satu ketika dulu apabila ia diperkenalkan kepada pemancing di Malaysia ramai yang menganggap ia satu pancingan yang tidak akan dapat sambutan. Kini hampir semua pemancing membawa setup ultralight atau ringan kemana-mana sahaja beberapa sebab utama iaitu perairan kita makin kurang spot mancing yang padu dan kekurangan port-port ikan yang bersaiz besar.
Di samping penerimaan sukan ultralight yang makin meluas tidak hairanlah mengapa wujud pelbagai acuan dan pendapat masing-masing yang secara tidak langsung mewarnai dunia pancingan.
Jadi apakah sebenarnya ultralight fishing?
Untuk info lebih lanjut sila baca artikel kami yang terawal untuk pemahaman yang lebih lanjut di link ini:
https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/
Dan link ini pula topik-topik lain yang menyentuh dengan lebih detail:
https://www.ultralightanglers.com/category/pancingan-ultralight/
SEJARAH RINGKAS
Dalam artikel kali ini kami akan lebih menyentuh pada standard drag rules yang kami buat di Facebook group Ultralight Anglers. Kami akan menjawap pertanyaan dan kekeliruan ramai pemancing mengapa kami set rules untuk drag 6lbs = 2.7kg.
Apa yang pasti sebelum wujudnya rules drag yang kami buat ini ultralight fishing lebih kepada rod dan tali sahaja di mana 6lbs adalah rules of thumb untuk ultralight game. Drag tidak dijadikan sebagai salah satu perkara yang perlu atau diwajibkan mungkin atas faktor-faktor yang ada pada zaman itu. Dan kita bukan hidup pada zaman itu jadi tidak mungkin kita semua boleh tahu apa sebabnya. Apa yang diketahui drag ini bukan satu kepentingan ketika itu. Nanti kami akan terangkan mengapa.
Pada awal perjalanan group Ultralight Anglers di Facebook kami bermula dengan rules of thumb di mana kami membenarkan pemancing menggunakan drag reel yang tiada had. Ini kerana pada ketika itu tidak banyak / tiada langsung / sukar untuk kita jumpa reels di market yang memenuhi citarasa kita. Jadi kami membuat keputusan guna apa yang ada dan apa yang menjadi kebiasaan ramai ketika itu.
Sekitar 2012 (jika tidak silap) kami mula menukar rules ke 4kg kerana pada ketika ini telah mula wujud reels dengan drag yang lebih rendah dari sebelum ini. Pada awalnya kami mendapat tentangan ramai namun kami tetap teruskan juga kerana kami telah mula menyedari KITA ADA KUASA untuk membuat demand. Sehinggalah sekitar 2014 (jika tidak silap) kami menukar rules kepada 3kg kerana kami sudah agak yakin market akan mengikut kehendak kita dan ini membolehkan kami mewujudkan satu game ultralight dengan standard kami sendiri iaitu dengan drag 3kg kebawah atau lebih tepat 2.7kg = 6lbs.
Ketika ini kami mendapat tentangan yang lebih kuat dan amat hebat dari pelbagai sudut lebih-lebih lagi dari seller-seller yang tidak puas hati kami buat demikian kerana majoriti seller menjual reel drag yang 4kg dan ini menyakitkan hati mereka mungkin kerana banyak stock yang tidak terjual. Apa pun ini bukan salah kami. Ini adalah kesilapan mereka majoriti mereka ini sekadar seller tidak pernah memancing menggunakan setup ultralight dan tidak sedar apa yang penting dalam game yang perlu mengutamakan balance dan matching.
DRAG REEL STANDARD BARU YANG LEBIH PADU – 2.7kg (6lbs)
Masa Depan Pancingan Ultralight Setting Up The Trend maka wujudlah satu standard baru untuk drag reel / rules of thumb baru yang kami sendiri buat untuk ultralight fishing. Ingat ya, drag 2.7kg ini adalah standard yang kami sendiri yang buat untuk menjadikan game ultralight fishing lebih feel, padu, lebih seronok, lebih karen, lebih gigil, lebih stim, lebih matching dan balance.
Jadi mengapa kami buat rules baru untuk drag reel ini? Ini antara faktor-faktor yang asas sebagai rujukan untuk anda:
1. Balance dan Matching
Balance dan matching perlu diutamakan kerana sebab itu rod pancing diberi rating sebagai rujukan. Jika rating pada rod itu tidak penting mengapa perlu letak rujukan itu betul? Jadi persoalannya ialah tali maxima 6lbs, rod maxima 6lbs jadi mengapa perlu kita melanggar ratings 6lbs untuk reel? Mengapa tidak kita selaraskan biar lebih seronok game UL?
2. Lebih Cabaran
Realiti ikan makin kecil dan niat kami ialah nak jadikan game UL lebih cabaran. Jadi untuk dapatkan cabaran yang lebih kami perlu ubah untuk memastikan ia menepati standard yang lebih memberi kepuasan. Jadi apabila setup balance (maxima 6lbs) dengan semua accessories yang digunakan adakah anda rasa ia tidak seronok? Perlu ke kita sebagai pemancing takut kalah pada ikan sebesar 2 jari dengan menggunakan reel drag yang lebih besar dari 2.7kg? Nak ikan atau nak feel game UL?
3. Lebih Feel
Apa yang pasti kami telah “MEREKA CIPTA” satu standard dan pembawakan yang lebih extreme dan lebih feel dalam ultralight fishing. Cuba tanya pada diri setup yang balance dan matching game UL akan lebih karen, lebih feel, lebih gigil, dan lagi stim betul atau tidak? Ya kami tahu tanpa balance dan matching ikut lantak game akan jadi best juga tetapi mengapa anda tidak mahu mencuba standard yang kami buat? Takut? Ego?
Meh saya bagi beberapa contoh yang boleh buat anda berfikir sejenak.
Contoh 1:
Rod: 1-6lb
Tali: 6lb
Reel: 4kg?
Mengapa tidak balance kan sahaja reel sekali biar 6lbs supaya kita tidak perlu membuang masa sangat adjust drag untuk bagi sesuai? Anda rasa anda ada masa nak ukur drag setiap kali mancing? Mengapa tidak balance kan sahaja dan tidak perlu amik risiko / buang masa nak adjust drag bagai. Jika terlupa sekali pun kita masih selamat sebab drag yang kecil (tidak kuat) tidak akan memberi sebarang tekanan lain kepada setup kita. Jadi mengapa nak juga buang masa? Mengapa nak juga pakai reel drag besar? Penting diri sebab tidak mahu membeli atau takut kalah pada ikan? Dan anda rasa adakah semua pemancing boleh kawal ke emosi mereka? Meh tengok contoh lain pula.
Contoh 2:
Kereta: Kancil
Enjin: Civic 2.0
Anda rasa kombinasi di atas tu sesuai ke? Memang la boleh adjust (ntah macam mana sumbat enjin tu tak pasti la tapi inilah sikap orang kita semua bolehkan aja) / atau mungkin ada pomen yang hebat boleh modify bagai tapi persoalannya sesuai ke kuasa enjin Honda Civic dengan body kereta kancil tu? Balance ke? Apa agaknya akan terjadi? Dan anda rasa ini sesuaikah?
4. Melindugi Setup Pemancing
Realiti – Tidak semua pemancing ada kemampuan. Dan tidak semua pemancing boleh membeli set mahal-mahal atau boleh beli beberapa set lain. Kadang-kadang terpaksa membayar secara ansuran, ikat perut, kerja extra time semata-mata mahu membeli rod yang mereka idamkan. Tetapi patah akibat faktor-faktor seperti rod mereka tidak balance dengan tali atau pun reel atau kedua-duanya sekali.
Jadi niat kami lebih kepada MELINDUNGI / protect pemancing di mana tidak semua tali pancing di pasaran ikut rating lebih-lebih lagi seller yang suka ambil brand dari luar dan jual di sini. Ada seller yang direct guna brand tersebut dengan harapan ratingnya betul dan ada yang rebrand / tukar label / tukar rating kerana ingin membuat duit tanpa memperdulikan rating gara-gara permintaan game ultralight (bukan semua seller). Jadi andaikata anda membeli brand-brand tersebut tanpa ketahui semua ini dan tali pancing itu sebenarnya lebih kuat dari yang di label pada kotak dan kebetulan anda juga menggunakan drag reel yang lebih dari yang di sarankan apa yang agaknya akan terjadi? Tahukah tidak semua pandai dan tahu apa itu rules of thumb dalam drag setting? Tahukah anda emosi setiap pemancing adalah berlainan? Takkan lah benda ini tak tahu kan?
Tali putus boleh sambung. Reel rosak boleh beli parts dan repair. Tapi rod patah anda rasa mahu sambung? Kesian pada yang ikat perut / yang kurang berkemampuan beli rod hasil dari simpanan duit mereka. Yang berpengalaman pun boleh buat silap ini kan pula pendatang baru dalam sukan ultralight. Sedarlah kita ini manusia yang sentiasa lakukan kesilapan.
Contoh seperti yang saya pernah cakap sebelum ini. Kita di ajar jangan membuang sampah merata-rata tetapi kita masih lakukan kenapa agaknya? Kita tahu dan sedar itu salah tapi masih nak buat juga. Rasa-rasa sebab apa? Makanan boleh bawa berat-berat time menuju ke lokasi pancing tetapi mengapa selepas makan (sudah tentu lebih ringan) tetapi malas nak bawa balik sampah tu dan buang terus kat situ.
Bagi saya benda ini lebih pada amalan yang tidak boleh / sukar di buang. Seperti merokok. Tahu sebab apa? Sebab MINDSET. Sebab EGO. Sebab ada sikap “tidak apa lah”. Sebab sikap “takpa bagi pengutip sampah buat kerja sikit”. Sebab tidak ada orang yang menegur. Sebab dah keras hati. Sebab itu kita tidak peduli apa terjadi pada dunia yang kita hidup ini.
Jadi anda rasa seller-seller / brand-brand yang bermotifkan sales pentingkan rating yang betul atau lebih baik buat duit? Lagi sekali saya ulang bukan semua seller / brand macam ini dan saya tidak merujuk kepada sesiapa.
4. Ikan Kecil / Ikan Besar Drag Kecil Masih Mampu. Bukti Ada
Perlu ke drag besar seperti 4kg / 5kg / 6kg untuk ikan-ikan besaiz 2 jari atau ikan-ikan besar tapak tangan atau lebih tepat ikan untuk ultralight game yang tidak lebih dari 30cm?
Saya telah banyak kali membuktikan drag kecil mampu naikkan ikan besar. Tarik ikan besar bukan untuk menunjuk atau seperti yang dikatakan oleh orang-orang tentu yang mengutuk. Niat saya lebih pada didikan dan membuktikan saya boleh buat kerana saya ada usaha dan hati saya besar untuk mencuba dengan membuang semua ego yang ada. Sebagai bukti tengok video-video ini (dan jangan lupa subscribe channel kami yer. Hahaha alang-alang :P):
Video 1:
Video 2:
Video 3:
Yang penting ialah ilmu dan skills. Niat saya naikkan ikan besar ini bukan untuk mengajar UL anglers memancing ikan besar tetapi untuk menunjukkan bahawa setup halus dengan drag rules yang saya buat MAMPU menaikkan ikan besar. Tapi AMAT PENTING TAHU CARA CNR YANG BETUL JIKA ANDA AMALKAN CNR. Jika ada mempertikaikan UL bunuh ikan cakap dengan mereka yang bunuh ikan ialah sikap dan ilmu anda sendiri bukannya teknik pancingan.
Jadi persoalannya sekarang ialah ikan kecil perlu ke drag besar? Ingat UL untuk ikan kecil BUKAN ikan besar. Saya racun ikan besar untuk tujuan meracun orang mencuba tetapi saya SENTIASA BERPESAN risiko tanggung sendiri dan UL BUKAN untuk ikan besar. Hasil dari racunan itu perhatikan sendiri berapa ramai pemancing terjebat mencuba pancingan ultralight dan berapa ramai telah mula faham UL untuk ikan kecil. Lagi balance setup pancing itu lagi syok kita melayan ikan.
STANDARD KITA
Jadi kawan-kawan yang membaca artikel ini cuba fikirkan sampai bila kita perlu ikut orang lain? Tidak baguskah orang MALAYSIA yang bawa satu standard baru, bawa pembawakan yang lebih padu dalam ultralight fishing yang kini telah di ikuti oleh banyak pemancing? Tak rasa bangga ke? Perlu ke kita serang atau mempertikaikan dengan niat yang tidak bertujuan memajukan? Yang itu anda fikir sendiri. Hahaha… 😛
TEKNOLOGI DAN DEMAND
Dahulu teknologi tidak wujud kot dan mungkin sebab itu brand-brand besar tidak mengeluarkan reel yang drag nya kecil. Jadi mereka mengeluarkan reel yang lebih versatile supaya pembeli boleh menggunakannya kat mana-mana game tanpa membeli yang lain dan pengeluar pula sesuaikan saiz reel ikut pada game sahaja. INI ASAS, COMMON SENSE. Mereka berfikir lebih baik mengeluarkan reel yang ada demand dari reel yang tiada demand dan tidak boleh dijual. Contohnya dengan apa yang terjadi sekarang. Pemancing UL lebih membeli drag reel 3kg ke bawah gara-gara rules yang kami buat. Apa agaknya jadi dengan reel-reel drag lebih besar dari 3kg ni? Jawapannya permintaan drop dan sales menjadi kurang. Tak percaya? Tanya pemilik kedai anda akan dapat jawapannya.
Kini berlainan sekali kerana sudah wujud teknologi dan PALING PENTING DEMAND TELAH ADA. Kalau bukan sebab usaha kami dalam group uLTRALIGHT ANGLERS anda rasa brand-brand di pasaran hendak buat ke reel drag 3kg ke bawah? Di sebabkan kami paksa ikut rules inilah TERJADINYA semua ini. Sebab PERMINTAAN telah ada. Jadi mereka tiada cara lain terpaksa menerima. Dan disebabkan ada rules ini lah menjadikan game ultralight lebih seronok dan mencabar.
PERSOALAN BIASA
Kenapa Daiwa, Abu Garcia, Shimano dan brand-brand besar masih mengeluarkan reel yang drag nya besar tetapi saiz reel yang kecil? Mudah je. Jepun kan suka orang ikut cara mereka. Jepun kan hampir pelopor dalam segala teknik pancingan. Jadi mereka akan create produk berdasarkan game dan ikan mereka. Tambahan pula pemancing di Malaysia ini lebih suka tengok aksi-aksi orang Jepun dalam segala aspek. Bila orang Jepun je teruja lain macam. Kat sekolah pun cikgu ajar pandang timur. Lupa ke? Hahaha…
Lagi satu sebab ialah permintaan drag besar reel kecil masih banyak di luar sana, lebih banyak dari reel drag kecil. Jadi pengeluar akan membuat reel yang permintaannya lebih supaya dapat menjual semua stock yang ada. Ini common sense. Takkan kita nak jual barang yang tiada permintaan betul tak? Di Malaysia permintaan reel drag 3kg ke bawah terlalu banyak sebab itu mereka ikut apa yang kita mahu. Inilah yang saya maksudkan DEMAND BASED ON TREND. TREND INI diwujudkan oleh seorang manusia dan market menerimanya apabila ia memberi mereka satu kelainan dan lebih menyeronokkan dari sebelum ini. Dan paling penting TREND ini wujud apabila majoriti pengikut menerimanya sebagai satu standard yang boleh guna pakai dan ia digelar sebagai “RULES OF THUMB”.
Ingat. Market akan buat produk based on demand. Dulu orang tak pandang UL. Masuk kedai tanya rod dan tali UL pun belum tentu ada. Siap kena perli lagi. “Lu mau mancing udang ka”. Apatah lagi tanya reel 3kg ke bawah lagi teruk kena perli. Tetapi sekarang hampir semua kedai jual. Yang duduk perli-perli kutuk kami pun menjual juga. Hampir semua kedai bercerita pasal UL. Hampir semua orang secara tiba-tiba jadi hebat pasal UL. Dan sekarang pemancing pergi trip kemana-mana pun majoriti mesti bawa rod UL sebagai backup sebab ikan makin kurang dan ikan kita makin mengecil. Dan UL game adalah penyelamat dari kumpaw atau salah satu cara yang ideal untuk memberi mereka sedikit kepuasan merasa tarikan ikan kecil tetapi terasa seperti monster.
Jadi persoalannya; kenapa kita tidak boleh menjadi pencetus dalam sesuatu game? Orang Jepun jer boleh ke? Kita tak boleh? Salah ke? Atas dasar apa kita di larang? Kita tidak ada otak ke? Mereka sahaja pandai?
Jika anda masih ingat masa kami mula-mula start group ultralight anglers; kami tidak kisah pasal drag. Balun la apa pun, yang penting rod dan tali kena 6lbs maxima. Selepas itu kami membuat perubahan ke 4kg lepas market buat banyak reel 4kg. Dan tidak lama selepas itu kami push market lagi dengan menukar rules di dalam group ke ke 3kg dan kini telah menukar ke 2.7kg. Dan apa yang terjadi sekarang? Hampir semua orang menjual reel 3kg. Dan ada yang menjual reel 4kg pun tiba-tiba boleh tukar jadi 3kg sebab mereka tahu reel itu tidak boleh dijual. Sekarang reel drag 3kg bersepah di dalam market. Siapa punca semua ini?
Dan ada brand yang lebih bijak telah tahu 2.7kg = 6lbs jadi awal-awal lagi mereka telah prepare reel dengan drag lebih rendah dari 2.7kg contohnya Daiwa Revros. Bijak kan? Jadi kami tak bijak ke? Hahaha tanya je…
Jadi kenapa tidak ada banyak artikel bercerita pasal drag 2.7kg (6lbs) untuk ultralight fishing ini? Sebab ini rules baru / standard baru / pembawakan baru / rules of thumb yang baru di cipta oleh saya sendiri. Dan KITA (MALAYSIA) PENCETUS STANDARD INI. JADI ANDA SEHARUSNYA BANGGA.
Nasihat saya pada semua yang baca artikel ini support lah usaha kami untuk menjadikan pancingan ultralight lebih feel / lebih padu / lebih seronok dengan standard baru ini. FAHAMI MISI KAMI. FAHAMI NIAT KAMI. Jangan asik negatif.
HALA-TUJU
SEKARANG standard yang dibuat oleh orang MALAYSIA telah diguna pakai di serata negara jiran. Dan nak beritahu bukan negara jiran sahaja malahan ia telah merebak ke South America, Europe dan negara-negara lain. Mereka telah mula terapkan dalam ultralight fishing mereka. Intai-intai la sikit jangan asik terperuk dalam satu bumbung. Baru akan bukak mata tu jauh mana dah sebenarnya usaha kami ni.
Jadi apa kata be positive sikit. Be supportive sikit. Majukan orang kita dari menjatuhkan mereka.
LUAHAN HATI
Ramai kaki UL sekarang wujud rasanya sebab apa? Ramai sekarang jatuh hati dengan game ultralight sebab apa? Ramai sekarang tergila-gilakan game ultralight sebab apa? Ramai sekarang ikut rules di group ultralight anglers sebab apa?
Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pendidik dan kini tanggungjawab rakan-rakan (pembaca) pula untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan sama-sama membantu / menyokong membawa trend ini ke destinasi yang lebih jauh.
AKHIR KATA
Ingat… Standard baru rules of thumb drag 2.7kg ini KITA adalah TREND SETTER. Kita ADA HAK untuk menjadi pencetus. Itu yang saya buat dan alhamdullilah telah berjaya tetapi masih belum habis lagi perjalanan ini. Kini saya mahu memperluaskannya. Jika anda ingin orang kita lagi maju support lah. Rules of thumb orang Malaysia telah menjadi ikutan banyak komuniti di luar negara. Ia telah menjadi satu standard yang di terima ramai. So enjoy it kawan. Jangan pening-pening.
Terima kasih
Nota:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.