Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Fishing Safety Tips: Melakukan Servis Refill Cartridge & Gas PFD Jenis Waist

Keselamatan amat penting bagi kita sebagai pemancing yang sentiasa bermain dengan air. Kebanyakkan pemancing tidak begitu peka akan keselamatan semasa memancing dan dalam sedar tidak sedar makin banyak malapekata yang kita dengar kebelakangan ini. Adakah nyawa tidak bernilai sehingga tidak sanggup membeli jacket keselamatan?

Personal Flotation Devices (PFD)

Benda penting untuk keselamatan nyawa kita mohon jangan abaikan keselamatan kerana ia wajib dijadikan perkara pertama dalam kehidupan kita yang berhobi mancing seperti kita.

PFD direka untuk mengapungkan anda jika berlaku insiden ketika memancing menggunakan boat. Ada 2 jenis PFD iaitu jenis Auto Manual dan Manual. Jadi apakah perbezaan antara kedua-duanya?

Fungsinya sama dan cara penggunaannya sama sahaja cuma berbeza pada auto dan manual. Auto akan bertindak sendiri tanpa memerlukan apa-apa tindakan dari kita dimana apabila katridge terkena air dan mula memberi trigger pada pin jarum cucuk gas cO2 di mana gas akan memasuki pelampung dan kembang manakala manual pula ia memerlukan tindakan kita dengan menarik picunya (trigger) secara manual.

Sentiasa memeriksa PFD sebelum anda hendak pergi memancing menaiki bot. Jika tidak pandai berenang di syorkan memakai PFD jenis jacket kerana ia akan membantu anda. Jika anda seorang perenang yang baik anda boleh gunakan jenis waist (pinggang) yang mungkin lebih simple. Namun, amat digalakkan memakai jenis PFD jenis jacket kerana ia adalah lebih baik dan malang datang tanpa sebarang notis.

Artikel kali ini akan menunjukkan bagaimana kita melakukan servis refill catridge & gas PFD jenis waist.

Lihat video penuh di youtube channel:

https://youtu.be/XHCfnQpW1xE
https://youtu.be/XHCfnQpW1xE
https://youtu.be/XHCfnQpW1xE

1. Pastikan jahitan masih elok, material tidak rosak, buckle boleh di buka dan tutup dengan baik.
2. Jika terdapat sebarang kerosakan sila hantar kepada pengeluar untuk pemeriksaan selanjutnya.
3. Buka PFD dan periksa bahagian dalam.
4. Floating makanisem iaitu terdiri daripada silinder gas Co2, operating head, auto katridge.
5. Tanda hijau di auto katridge dan cuba selak untuk memeriksa ia masih dalam keadaan baik.
6. Jika ada yang rosak sila tukar yang baru.
7. Buka silinder gas co2 dan timbang beratnya. Jika berat kurang dari yang sepatutnya sila tukar silinder gas yang baru. Ada kemungkinan gas telah bocor. Gas yang saya gunakan untuk waist PFD saya adalah 24grams di isi gas co2 seberat lebih kurang 110g. Lihat gambar di bawah perbezaan berat gas yang ok dan gas yang telah di gunakan.
8. Buka katridge check jika tanda hijau telah tiada. Jika naik sila tukar katridge. Periksa juga expiry date yang terdapat di katrigde. Selalunya pengeluar akan memberikan tarikh expired dan perlu di tukar. Ada yang jenis kena tukar seketul ada yang boleh refil sahaja. Rujuk gambarajah refil katridge yang masih baik dan yang telah digunakan.
9. Buka selak pastikan selak masih dalam keadaan baik. Tarik tali manual dan lihat di dalam operating head akan mengerakkan pin jarum di dalamnya.
10. Buka pelampung kembungkan pelampung anda secara manual dengan meniup paip yg terdapat di pelampung. Pastikan tiada kebocoran dan pelampung dapat menahan angin yang berada di dalamnya.
11. Periksa wisel pastikan berfungsi.
12. Kebanyakkan pelampung ada reflector pastikan ia dalam keadaan baik.
13. Kempiskan kembali pelampung PFD anda dengan membuang angin di hujung peniup dengan menggunakan tudung yang di sediakan.
14. Pasang kembali katridge dan pastikan ianya di kedudukan yang sepatutnya. Tanda hijau.
15. Pasang silinder gas dan ketatkan.
16. Pasang selak.
17. Lipat kembali pelampung dan kemaskan.
18. Simpan PFD anda di dalam suhu bilik jangan letak di tempat panas kerana boleh membuatkan gas meletup sendiri dan merosakkan material pelampung dan material luarannya.

Anda juga boleh mencuci PFD jika kotor cuma pastikan gas telah dibuka terlebih dahulu.

Berharap ilmu ringkas ini dapat memberi anda sedikit tips cara-cara untuk servis PFD anda. Jenis jacket dan waist sama sahaja cara servisnya cuma perbezaan saiz sahaja. Harga set refill termasuk silinder gas, katridge dan selak selalunya bergantung kepada jenama. Jenis yang saya gunakan set dia berharga lebih kurang rm75.

SILA JAGA KESELAMATAN ANDA SEMASA MEMANCING. Pakai life jacket / jacket keselamatan tidak kira murah atau mahal, pandai berenang atau tidak pandai kerana nyawa bukan boleh ditukar ganti.

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version