Memahami Klasifikasi Line atau Klasifikasi Rod Pancing Anda

Isu pemahaman klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod (line/rod classification) masih lagi diperdebatkan oleh sesetengah pemancing yang telah hanyut akibat kurang membuat kajian dan bacaan. Mengapakah ini masih berlaku lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan game ultralight fishing? Benci sangatkah anda dengan pemancing ultralight? Kenapa? Bukahkah kita sebagai pemancing harus neutral untuk mencuba segala jenis pancingan yang bertujuan keseronokan dan penambahan ilmu?

line-classification-klasifikasi-tali-utama

Sebelum anda membaca apa yang bakal saya share dibawah pastikan dahulu anda tanya soalan ini pada diri sendiri:

Soalan Pertama: “Fahamkah saya apa itu line atau rod classification?”

Soalan Kedua: “Adakah istilah UL di “US” “Europe” atau “Jepun” dan sebagainya lain dari Malaysia? Wujudkah istilah begini? Tunjuk bukti boleh?”

Ramai pemancing di tipu hidup-hidup kerana 2 perkara di atas. Mengapakah ini semua terjadi?

Mudah sahaja jawapannya:

1. Pemancing Kurang Membaca

Ini adalah faktor utama pemancing kita “MALAS MEMBACA” dan bulat-bulat percaya pada “CERITA” sesetengah orang yang bercakap 8lbs atau 10 lbs (dan sebagainya) itu adalah dalam kelas pancingan ultralight. Ternyata mereka ini tidak faham apa itu line/rod classification.

Perkara pertama yang anda harus tahu ialah sila click link dibawah ini FAKTA tentang classification ultralight rod bukan saya yang cakap tapi WIKIPEDIA. Sekarang tanya soalan ini “SIAPA KITA UNTUK SANGKAL WIKIPEDIA?”

https://en.wikipedia.org/wiki/Fishing_rod#Ultra-light_rods

Di mana ia mengatakan:

Ultra-light spinning and casting rods are generally shorter (4 to 5.5 feet (1.2 to 1.7 m) is common) lighter, and more limber than normal rods. Tip actions vary from slow to fast, depending upon intended use. These rods usually carry 1 to 6 pound (4.5 to 27 N) test fishing line. Some ultra-light rods are capable of casting lures as light as 1/64th of an ounce (0.4 g) – typically small spinners, wet flies, crappie jigs, tubes, or bait such as trout worms. Originally produced to bring more excitement to the sport, ultra-light spin fishing is now widely used for crappie, trout, bass, bluegill ,Roach, Perch, Bream,Pumpkin-seed, Tench and other types of pan fish.

Atas ini FAKTA ya bukan AUTA!

2. Wujudnya Otai Segera

Ini adalah fakta kedua dimana ramai yang teringin menjadi OTAI SEGERA (teringin menjadi SIFU, MASTER, dan macam-macam lagi gelaran) yang suka “CLAIM” akan sesuatu perkara tanpa membuat sebarang penyelidikan. Ilmu baru sedikit tapi bercerita umpama sudah memahami segala-galanya mengenai dunia pancingan. Umpama mereka ini engineer bertauliah yang mempunyai pengalaman 20 tahun. Dan info yang kunun-kunun fakta ini menjadi cerita dan bahan sebaran oleh pemancing-pemancing yang terpengaruh dan malas membaca.

Jika anda terjumpa otai-otai macam ni tanya 2 soalan ini pada mereka.

  1. Apa mereka sudah buat untuk pembangunan sukan memancing dinegara kita selain dari mengutuk dan menunjuk hebat?
  2. Apa bukti nya yang perkara yang mereka cakap itu betul? Tunjuk bukti boleh?

3. Puak Benci-Membenci

Selagi kita masih berpuak inilah yang akan terjadi pada industri pancingan kita. Selagi kita anggap diri betul dan hebat selagi itulah kita akan ada puak-puak dan hanya bertujuan benci-membenci antara satu sama lain. Ada beberapa group yang sanggup menggunakan perkataan “BOIKOT Kanicen Nix”, “BOIKOT Ultralight Anglers” dan bermacam-macam virus lain turut disebarkan. Sedangkan mereka ini tidak pernah sekali pun bersua muka mahupun duduk berborak semeja.

Masalah orang kita ialah “tiada orang lain boleh lebih dari mereka” dan “mereka sahaja yang betul orang lain salah”.

Perlukah kita hidup benci-membenci? Adakah agama kita mengajar kita supaya membenci orang lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu?

Apa faedahnya?

MEMAHAMI KLASIFIKASI TALI UTAMA / KLASIFIKASI ROD (Line or Rod Classification)

Perkara pertama untuk memahami apa itu line classification (klasifikasi tali utama) ialah memahami apa itu Power Line Rating. Pernahkah anda tahu line rating di bawah ini? Power line rating adalah poundage pada sesuatu rod seperti dibawah ini. Rod keluaran US/Europe biasanya menggunakan lure weight namun rating ini biasanya digunakan pada masa dahulu sebelum wujudnya tehnologi seperti sekarang dimana poundage rod kini dijadikan sebagai panduan yang lebih mudah.

1) Ultralight (UL)
– Tidak melebihi 6lbs.
– Contoh: 1-3,1-4,1-5,1-6,2-4,2-5,2-6, 3-6,4-6

2) Light (L)
– Tidak melebihi 12lbs.
– Contoh: 2-8,2-12,3-8,4-8,4-12,6-12,4-10,1-7,1-8 dan sebagainya

3) Medium (M)
– Tidak melebihi 18lbs.
– Contoh: 6-15,8-14,8-16,8-17,10-18 dan sebagainya

4) Medium-Heavy (MH)
– Tidak melebihi 25lbs.
– Contoh: 8-20,10-25,10-20,15-25 dan sebagainya

5) Heavy (H)
– Tidak melebihi 30lbs.
– Contoh: 10-30,15-30,18-30,20-30 dan sebagainya

6) Extra-Heavy (XH) 25-50lbs
– Tidak melebihi 50lbs.
– Contoh: 25-50,30-50,20-50 dan sebagainya

7) Ultra-Heavy (UH) above 50lbs
– Melebihi 50lbs dan sebagainya

Tidak percaya?

Sila rujuk St. Croix yang telah berada di market ratusan tahun dalam pembuatan rod. Lagi sekali siapa kita untuk sangkal mereka mereka yang bertaraf dunia?

Sila refer for more info:
http://www.stcroixrods.com/products/freshwater/avid-series-spinning/

Dan rujuklah mana-mana pengeluar yang besar seperti G-Loomis, Megabass, atau brand yang biasa kita guna seperti Majorcraft mereka juga menggunakan power rating yang sama. Bukan rating orang yang kunun-kunun hebat setahun jagung dalam market berkata di US “2-8, 3-8, 4-10” dan sebagainya adalah UL. Sejak bila wujud perbezaan antara line rating US dan Malaysia?

Dan banyak pemancing menerima info tahyul ini bulat-bulat gara-gara rod itu dilabel “UL” oleh pengeluar. Begitu mudah kita dikaburkan oleh penjual yang mengejar duit. Ternyata mereka ini tidak memahami apa itu line/rod classification. Main hentam saja kunun-kunun mereka betul. Lagi bijak ada yang berkata di US 3-8lbs atau 4-8lbs adalah dikategorikan sebagai ultralight. Bila suruh tunjuk bukti diam. Sejak bila ada istilah perbezaan mancing UL di US, Malaysia dan Jepun?

Ikut logik dari wikipedia pun sudah memadai. Ia telah melebihi class ultralight dan juga melebihi line rating.

Kepada pemancing-pemancing yang baru mahupun lama bukalah hati sedikit dan cuba buat sedikit research (kajian) sebelum membuat sebarang cerita yang kunun-kunun fakta. Anda harus faham apa itu Rod/Line Classification. Contoh di atas adalah hanya untuk reference sahaja. Zaman sekarang kita sudah diberi Internet 24 jam. Rajinkanlah diri buat sedikit kajian. Bukan susah pun. Jangan percaya pada pengeluar yang mengaburkan mata anda semata-mata untuk melariskan jualan rod mereka yang sudah lama tersimpan dalam gudang mereka akibat tidak terjual.

Maaf jika ada terkasar bahasa. Tapi ini sahaja cara yang terbaik untuk membuat pemancing yang terpesong faham fakta sebenar dan tahyul. Ingat ya kawan-kawan konteks artikel ini adalah lebih pada klasifikasi line atau rod bukan tujuan menembak pemancing-pemancing yang menggunakan untuk game heavy atau sebagainya. Usah memesongkan tujuan artikel ini dengan cerita lain. Kita hendak faham apa itu classification dalam tali dan rod. Itu sahaja.

KESIMPULAN

Sepatutnya kita berbangga ada rakyat Malaysia yang berusaha menaikkan nama Malaysia di persada yang lebih mencabar setanding dengan pemancing luar. Kini Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand dan banyak negara lain sudah mula mengikuti trend kita. Ya masih jauh kita dari negara-negara lain yang lebih maju seperti US, Europe dan Jepun namun kita telah buat satu trend yang boleh diikuti oleh semua pemancing di luar negara. Kita yang set trend dan kita yang set rules. Ini yang lebih penting bukan agenda sendiri yang tidak membawa apa-apa faedah. Bukankah lebih bagus untuk kita ada rules yang boleh diikuti untuk tujuan memancing lebih extreme mencari kepuasan maxima? Dari mancing cacamarba dalam pancingan ultralight (maaf bukan menghina sesiapa) tanpa hala tujuan.

Yer betul saya setuju dengan pendapat “Duit aku suka hati aku lah. Aku nak macam mana dengan setup pancing aku, suka hati akulah”. Kami tidak pernah cakap tidak boleh.

Rules ini kami buat sebab kita (Malaysia) menjadi Trend Setter untuk pancingan yang berkonsepkan rules 6lbs dan bertujuan untuk mereka yang hendak mencari pengalaman yang extreme untuk kepuasan yang maxima. Itu sahaja. Jika anda tidak suka itu hak anda. Teruskan cara anda. Kami tidak ada masalah. Tetapi jika anda ingin memahami apa itu ultralight fishing sila fahami dulu apa itu line classification / rod classification iaitu klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod atau lebih dikenali sebagai POWER LINE RATING. Ini adalah sama tidak kira spinning atau bait casting dan yang paling penting TIDAK KIRA di US, EUROPE, JEPUN atau mana-mana pelosok di dunia ini. Jika asas pun anda tidak faham maka tiada guna kita bercerita panjang lebar.

Saya berbangga kerana saya berusaha sedaya upaya untuk memajukan sukan ini di Malaysia dengan bantuan rakan-rakan yang kebanyakkannya tidak pernah bersua muka. INI TREND KITA dan saya berbangga kerana menjadi Trend Setter (pencetus trend) dan yang paling penting SAYA ANAK MALAYSIA! Lebih baik bergabung dan bekerjasama menaikkan martabat Malaysia di dunia dari berpolitik seperti OTAI SEGERA yang tujuan mencari nama tanpa fakta yang sebenar.

kanicen-anak-malaysia

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Apakah Ukuran Drag Yang Betul Untuk Reel Bagi Pancingan Ultralight?

Mekanisme drag pada reel direka untuk membolehkan anda menetapkan berapa banyak daya tahan ikan yang …

20 comments

  1. Assalamuaalaikum,tuan. Ada beberapa soalan yang mungkin keluar sikit dari topik artikel ni. Bagi tuan, pemilihan rod ni adakah mengikut cara pancingan kita? Contoh, saya nak pakai rod yg khas utk crankbait besar, deep approximately 2m or 3m dive, saya harus @ wajib pakai rod yg line rating dia besar,10-25lb ke atas,etc. Betul ke tuan?. Bagaimana pula dgn jerkbait?topwater bait? Rod mana yg sesuai?

    Line rating yg tertera dkt rod tu,utk line apa? Mono?fluoro?braided?. Sebab, adakah kita sebagai pemancing harus @ wajib @ tidak wajib mengikut line rating tersebut? Adakah setiap rod tu direka khas dengan mengikut line rating tersebut? Saya ada rod 10-25lb, jadi sya mesti pakai line 10 hingga 25lb, adakah begitu tuan?

    Pitching @ flipping rod utk heavy cover condition, mmg mempunyai line rating besar dan lure rating yg besar. Apa yg saya tak fhm, line rating dia,contoh, 10-30lb. Tapi Pro Angler ( US or Japan), pakai braided line sampai 60lb or 65lb. Kenape dia tak ekot spec line rating dkt rod tu?

    Maaf tuan. Ini hasil ‘kajian’ yg saya tak phm sampai sekarang. Harap tuan dpt memberi jawapan. Hehe. Sekian terima kasih.

    • Wslm bro,

      Macam ku kenal org nie. Hehehee… 😉

      Soalan 1: Bagi tuan, pemilihan rod ni adakah mengikut cara pancingan kita?

      Yer bro. Benda nie sebenar mmg mengikut cara pancingan kita. Setiap org ada cara pancingan sendiri dan kesesuaian pada diri sendiri. Bukan perlu pon kt nk mancing ikot cara org. Contohnye rules UL yg saya buat nie. Bukan perlu pon nk ikot. Cara sendiri adalah cara terbaik untuk enjoy mancing. Cara org lain jika nk ikot tgk pada kesesuaian. Benda ni pon sebenarnya kalo nk ikot kene tengok pada kesesuaian based on target fish. Ramai org main taram semua rod guna tok mancing semua jenis ikan. Tp tak boleh salahkan mereka sebab masings ade bajet yang agak sesak seperti saya sendiri.

      Walaupun saya cakap mengikut cara pancingan sendiri pe yg kt perlu tahu ialah apa tujuan mancing tu. Kalo takat nk sonok2 maka bantai macam mana pun hak sendiri. Kalo rasa nk pancing carik kepuasan maka cara pancingan tu kene realistik sikit supaya dapat carik kepuasan based on apa yang kt pakai. Di sinilah pemilihan rod tu menjadi salah satu faktor utama dan setup plus accessories yang lain menjadi satu kaedah yang bole/perlu/wajib/tidak wajib (terpulang pada diri sendiri yg mana satu) melibatkan faktor seperti “balance and matching”.

      Soalan 2: Contoh, saya nak pakai rod yg khas utk crankbait besar, deep approximately 2m or 3m dive, saya harus @ wajib pakai rod yg line rating dia besar,10-25lb ke atas,etc. Betul ke tuan?. Bagaimana pula dgn jerkbait?topwater bait? Rod mana yg sesuai?

      Benda ni subjective bro sebab setiap rod ada tujuan ia dibuat untuk sesuatu game. Contohnya: Rod Jerkbait biasanya (kebiasaannya yer) mempunyai handle yang panjang seperti single hand cast style. Mengapa? Kerana ia memudahkan pengguna. Contohnya rod G-Loomis Jerkbait, Daiwa Procaster, dan mcm2 lagi. Tetapi tak salah pun kt nk pakai rod lain untuk tujuan yang sama sebab perkara ini lebih pada kesesuaian pada pemancing itu sendiri. Berbalik pada soalan pertama bro tu. Cuma ia di rekomen sebab lebih sesuai sahaja. Tapi tidak salah kt nk pakai apa pun.

      Line rating biasanya adalah panduan untuk tali yang sesuai utk kt gunakan pada sesuatu rod tp perkara ini pun subjektif sbb ia hanya panduan sahaja. Nak pakai lebih terpulang. Pakai lebih pandai2 lah adjust drag dan sebagainya untuk mengelakkan isu2 yang tidak di ingini. Tp potensi dtgnya masalah tetap ada.

      Jika nk sesuaikan pada gewang pula tgk pada lure weight sbb setiap rod telah di uji untuk sesuatu tujuan dan kegunaan yang sepatutnya. Dan lure weight biasanya akan di label pada rod. Lure weight ni adalah faktor yang paling penting. Ini menunjukan kekuatan tip rod untuk menghantar lure yang dipakai ke destinasi casting kt. Bile lebih berat lure yang di pakai maka perlu tahu bahawa potensi utk rod itu patah tip nya (or bahagian lain) adalah amat tinggi kerana berat yang di sarankan tidak diikuti. Mungkin tidak patah sekarang tp akan ada kesan rekahan dalam blank rod. Ramai yang tidak sedar perkara ini kerana tidak pernah dididik atau diberi ilmu sampai macam ni dulu. Sebab itu byknya kontrovesi dalam perbezaan dan pemahamam ilmu antara satu sama lain. Ramai akan cakap betul ke? Apa pun itu terpulang pada setiap individu untuk menerima atau menolaknya. Bagi saya cuba fikir kereta Myvi yang sepatutnya digunakan di jalanraya di asak masuk kedalam hutan apa jadi?

      Apa pun lagi sekali saya ulang, tidak salah namun kesesuaian nya adalah tidak begitu ideal. Ini kerana setiap rod ada power, action dan tujuan ia di buat. Jadi game nye adalah lebih sesuai dari kt bantai main guna semua rod utk semua game. Lebih ketara dalam ultralight game sebab rod ul lebih sensitif dan halus. Patah rugi wooo…. hehee 🙂

      Soalan 3: Line rating yg tertera dkt rod tu,utk line apa? Mono?fluoro?braided?

      Ini pun terpulang pada rod designer yang design rod itu dan pengeluar untuk game yang macam mana mereka buat rod itu. Ada yang buat khas untuk mono sahaja seperti Abu Garcia Ajing Custom dimana rod yang berpoundage 1-3lb yang bertujuan untuk game Ajing. Jika ada yang pernah pegang rod ini mungkin akan terkejut dengan kekejungan rod ini walaupun berpoundage 1-3lbs tapi bagi saya ia adalah perfect rod untuk game ajing. Mono atau braided hanya direka untuk kesesuaian lokasi pancingan, target fish dan accessories yang diguna pada rod. Kekuatan tetap sama dengan cara line testing yang berbeza. Ada game kt perlu guna mono kerana ikan terlalu sensitif contohnya main bottom di laut. Guna braided alamatnya orang sebelah sahajalah yang naik ikan kerana angin yang ada memberi getaran pada tali braided manakalao mono tidak. Tali ni subjektif. Ikut pada game dan feel sendiri. Bagi saya kesesuaikan target fish dan lokasi menjadi faktor utama.

      Nk lagi tepat mungkin sesuai dengan soalan bro, 1kg besi dengan 1kg kapas adakah sama berat?

      Tujuan soalan ini ialah ramai suka pertikaikan isu braided dan mono dari segi faktor kekuatan. Percaya cakap saya bro soalan atas ni ramai yang cakap besi lagi berat. :). Inilah masalah utama orang kita. Tidak faham.

      Soalan 4: Sebab, adakah kita sebagai pemancing harus @ wajib @ tidak wajib mengikut line rating tersebut?

      Wajib atau tidak wajib itu terpulang pada pemancing. Bagi saya lebih elok kerana kalo untuk game ultralight ia akan memudaratkan lebih pada setup kerana setup yang halus dan blank yang nipis. untuk game heavy mungkin tidak begitu ketara kerana rod untuk game lain adalah lebih tebal dan dengan saiz ikan kita yang kini makin mengecil ia tidak menjadi isu yang besar pada mereka yang menggunakan setup yang lebih besar.

      Benda ini sebenarnya agak sensitif untuk sesetengah pemancing kerana perlu ke ikot. “Rod aku, reel aku… aku punya pasal la. Siapa kanicen utk ckp aku kene buat macam ni macam tu”… Itulah yang biasa saya dengar. Ini pun boleh menjadi isu. Dalam artikel mungkin kedengaran saya tegas tetapi mereka lupa konteks perbualan artikel saya ialah ultralight. Mereka ini sepatutnya tidak compare ultralight dengan heavy game. Jauh berbeza. Jangan compare besi dan plastik dari segi kekuatan. Tapi ramai yang begitu singkat pemikiran terus membuat spekulasi macam-macam tanpa memahami konteks perbualan.

      Bagi saya kalo ikot pada kesesuaian game. Contohnya: Kalo main kat port heavy cover tidak perlu kot. Lebih baik kt sesuaikan dengan game nya tetapi pastikan drag dalam setting yang sesuai. Jika tidak nescaya rod boleh patah atau carbonnya crack di bahagian dalam. Ya tak nampak tapi lama-kelamaan jikaa diulang ia tetap akan patah. Masa tu salah siapa? Manufacturer ke? Majority salahkah manufacturer tetapi tidak sedar akan kesilapan diri. Guna tali lebih besar dari poundage rod tidak salah cuma akan memudaratkan setup sahaja. Mungkin bukan on-the-spot tapi untuk jangka masa panjang kt tidak sedar reel atau rod rosak akibat cara kt guna.

      Bukan bermaksud rod akan patah terus kalo pakai line yang lebih besar poundagenya tetapi akan memudaratkan dan boleh mengakibatkan ia patah juga satu hari nanti kalo tak kat tangan sendiri tangan rakan yang pakai atau buyer yabg beli rod itu. Masa ni salah siapa? Ini pasti. Saya pernah tgk perkara ini terjadi beberapa kali kat kawan-kawan. Patah depan mata lepas tu maki hamun manufacturer (brand) sedangkan kesilapan mereka jaga rod itu terang-terang saya nampak. Jadi rating telah diberi lebih elok di ikot. Tali putus boleh beli. Rod patah sakit jiwa. 🙂

      Jadi pendapat peribadi saya ialah guna ikut rating yang telah di beri supaya kt dapat mengelakkan isu-isu yang tidak perlu. Takkan takut kalah pada ikan kot? hehehe… 😉

      Soalan 5: Adakah setiap rod tu direka khas dengan mengikut line rating tersebut? Saya ada rod 10-25lb, jadi sya mesti pakai line 10 hingga 25lb, adakah begitu tuan?

      Line rating diberi untuk tujuan panduan sahaja. Ikut atau tidak terpulang sebab benda nie subjektif untuk setiap pemancing. Lebih elok ikut sebab itulah maxima untuk sesuatu rod. Lagi berbalik pada kesesuaian soalan pertama bro. Kesesuaian ni luas. Kesesuaian pada confident diri nk pakai tali rendah poundage nya, kesesuaian pada lokasi pancingan, kesesuaian pada bajet pemancing (kt bukan kaya nk sedekah gewang selalu), kesesuaian pada ilmu yang pemancing itu ada dan kesesuaian pada setup yang dibeli untuk tujuan mencari kepuasan yang lebih extreme. Perkara ini berhubung kait dengan soalan 4 atas ni.

      Soalan 6: Apa yg saya tak fhm, line rating dia,contoh, 10-30lb. Tapi Pro Angler ( US or Japan), pakai braided line sampai 60lb or 65lb. Kenape dia tak ekot spec line rating dkt rod tu?

      Macam yang sy ckp kat atas. Ikut pada kesesuaian. Mereka guna semua itu ikut style masing-masing. Tidak salah kalo rasa nk pakai. Takde pun rules dlm dunia cakap benda ini tidak boleh. Hak sendiri ikut cara sendiri dan kesesuaian. Ada org pakai poundage beso-beso sebab nk pam ikan sekuat yang boleh, takot kalah pada ikan, takot ikan tak dpt naik dan nk elak putus. Pro angler guna semua ini biasanya tujuan pada tournament sebab nak ikan utk kejar kemenangan dan tujuan untuk promosi (commercial purpose) untuk followers mereka. Jika tidak dapat yakinkan followers iaitu pembeli bro rasa mereka nak belikan produk mereka? Tapi dalam real life mereka kt tidak tahu apa sebenar mereka praktikkan untuk kejar kepuasan mereka.

      Contoh paling sesuai adalah diri saya sendiri. Sejak saya main BC balik lepas lebih 8 tahun bersara ramai yang tanya betul ke kanicen main bc. Saya pun pelik kerana saya bukan tak main heavy game contoh slow pitch, bc landbase guna tali kasar cuma tak tunjuk sahaja. Semua gambar saya simpan. Saya main macam-macam game sampai ada jenis pancingan orang kt pun belum try lagi. Tapi perlu ke kt kecoh-kecoh perkara yang kt rasa tidak perlu untuk public tahu? Jadi dari sini kt nampak org buat macam-macam andaian sebab they are not beside me. Jadi kt tidak tahu apa yang orang lain buat dalam life mereka selagi kt tidak kenal mereka personally.

      Bagi saya rod adalah lebih penting dari setup yang lain sbb kalo patah bukan boleh di sambung macam tu jer. Tali putus bole beli baru sebab tak mahal. Reel rosak bole tukar spare parts tp rod patah? Ke tong sampah la jwpnye. Lagi frust kalo rod tu peberet kt dan tak bole jmp lagi kat market.

      Kesimpulan

      Apa pun sebenarnya no rules nk mancing macam mana pon. Ikut style and cara masing-masing. Yg ptg kt enjoy mancing sebab mancing adalah hobby kt. Lain org lain cara. Lain org lain game. Lain org lain kesesuaiannya. At the end of the day kt mancing je pun. Rules yang kami buat adalah tujuan pada game yg kami create max 6lbs yang bertujuan mencari game yang extreme untuk tujuan kepuasan yang maxima. Kami mencabar diri untuk memperhalusi segala-galanya supaya dpt lebih thrills. Ini yang saya pertahankan dan ini yang saya perjuangkan. Saya tidak pernah kondem game lain. Ultralight is the game yang I enjoyed very much and its the trend yang I made it popular with the helps of friends. So I will protect it with the right info and manners.

      Kalo ade terkasar arap maaf. Dlm artikel nampak kasar but real life I’m too far from it. 🙂

      • Terima kasih atas jawapan tuan. Saya sebenarnya agak perfectionist dlm sesuatu hal. Dan boleh juga dikatakan agak serius dan enthusiast di dalam sukan pancingan. Dengan level beginner yg ada, saya bertuah dpt jumpa web ni dan jumpa org yg benar2 dpt jawap jawapan saya dengan lebih details. Terima kasih tuan sekali lagi.

        Dengan kesimpulan yg tuan buat,saya boleh jadikan panduan atau jawapan utk kawan2 yg akan serius dlm sport pancingan ini.

        Tq. Heheh.

        • Hehehe… sama2 bro. Pape pon ilmu sesat yang saya bagi ni best efforts. nk lebih details kene face to face. Lebih mudah lebih clear. Tak semua saya tahu. Saya cuma share pe yg saya tahu sahaja. Mungkin ade silap sana sini but its best effort bila type kat sini.

          Thanks for the support 🙂

      • Assalam tuan ada tak article tentang cara2 setup gewang/lure secara detail contohnya mcm pemilihan ring dan sebagainya

  2. Salam bos. Maaf sy masih lgi kosong dlm ilmu UL nie. Sy ada satu petanyaan. Sekiranye kite pkai line poundage yg kecik lepas tu kite dapat ikan yg besar or lebh berat dary kekuatan tali. .adakah boleh belaku putusnye tali n rod patah. .

    • hi bro,

      Jika betul caranya (teknik dan pengalaman) dan rezeki menyebelahi kita maka tidak mungkin akan putus atau mengalami isu patah rod.

  3. as salam tuan,

    terbaik penerangan,
    umur dh byk ilmu pancing br seciput

    kalo ad soalan bdak darjah 1, jgn marah ye tuan 🙂

  4. di daerah saya hanya tersedia rod berbahan fiberglass yang tidak mencantumkan keterangan kapasitad line maupun lure. bolehkah digunakan dalam setingan ultralight fishing? karena saat ini saya sudah memiliki reel maguro scuilla 500

    • Hi bro,

      Maaf lambat reply. Busy dengan mancing. Hahaha.

      Tidak boleh bro sebab rod fiberglass adalah lebih liat dari carbon. Memang aksi nye macam rod ultralight tapi rod di katakan ultralight bukan berdasarkan bertapa lembut nya rod itu. Ultralight di rating dari segi power. Contoh: Rod jigging yang lembut banyak terdapat di pasaran. Ada yang lebih lembut dari rod ultralight namun ia tidak dikatakan ultralight kerana ratingnya adalah pada kekuatan/power rod itu. Ramai mempunyai pemahaman rod lembut adalah ultralight. Pemahaman ini adalah silap bagi saya. Harap dapat membantu 🙂

  5. Terbaik bro..teruskan usaha murni anda.Abaikan kata2 yg negatif. Biasalah…jari kita pun ada panjang pendek.Semoga tuan maju jaya . Kita mempunyai minat yg sama iaitu memancing.

  6. Assalam tuan.. nk tanya sikit.. sy baru nk masuk UL ni…nk tanye apa beza contoh rod kluaran storm adventure/discovery 2-6 lb atau okuma nemisis 2-6 lb dan lain2… adakah rod itu di cipta untuk kesesuaian ikan2 tertentu… mcm rod sengat lebih kepada ikan tarpon atau mcm mana.. tq tuan

    • Apa yang kami perasan rod adventure/discovery 2-6 lb atau okuma nemisis 2-6 adalah dari blank yang sama. Kalo tak silap mereka ini da venture / running under same dealer. Kedua dua rod ni lebih pada nk target market low end. Dia org takda nak target ikan apa-apa. Just lebih pada jual dan untung.

      Rod Sengat pula lebih pada custom tapi dikeluarkan secara mass production. Hampir semua part kami custom ikot RND dan kesesuaian yang telah kami buat hampir 2 tahun lamanya. Ini bukan claim but facts. Boleh check semua gambar kami dengan rod prototype yang telah kami start buat on-field-testing. Dan design adalah 100% milik kami. Tujuan kami buat Tarpon ialah untuk menunjukkan kt rakyat Malaysia mampu membuat rod kategori macam Jepun dan Europe. Tapi boleh je mancing ikan apa pun yang sama kelas dengan nya. Info lebih lengkap mengenai rod Sengat boleh di baca di http://www.kanicen.com

      Harap dapat membantu 🙂

  7. As salam tuan.
    Harap tuan boleh jelaskan.
    Rod rating 2-4lb.
    Guna line mono 4lb max. Ini sya faham.
    Kalau line braid. Nak ikut diameter?? atau pounds??
    Sebab mono dan braid diameter xsama. Dan braid pounds lebih besar.

    • Wslm bro,

      Ikut pound. Kalau ikut diameter tak jadi apa nanti sebab ada tali 20lbs diameter dia halus mcm mono 2lb / 4lb. Jenis-jenis line mcm ni biasanya kat kotak selalu tulis line diameter equivalent 2lbs mono macam tu tapi kekuatan dia tetap 20lbs. Antara punca orang ramai confuse.

      Kena faham maxima 6lbs tak kira mono atau braided.

      Mekasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.