Isu pemahaman klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod (line/rod classification) masih lagi diperdebatkan oleh sesetengah pemancing yang telah hanyut akibat kurang membuat kajian dan bacaan. Mengapakah ini masih berlaku lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan game ultralight fishing? Benci sangatkah anda dengan pemancing ultralight? Kenapa? Bukahkah kita sebagai pemancing harus neutral untuk mencuba segala jenis pancingan yang bertujuan keseronokan dan penambahan ilmu?
Sebelum anda membaca apa yang bakal saya share dibawah pastikan dahulu anda tanya soalan ini pada diri sendiri:
Soalan Pertama: “Fahamkah saya apa itu line atau rod classification?”
Soalan Kedua: “Adakah istilah UL di “US” “Europe” atau “Jepun” dan sebagainya lain dari Malaysia? Wujudkah istilah begini? Tunjuk bukti boleh?”
Ramai pemancing di tipu hidup-hidup kerana 2 perkara di atas. Mengapakah ini semua terjadi?
Mudah sahaja jawapannya:
1. Pemancing Kurang Membaca
Ini adalah faktor utama pemancing kita “MALAS MEMBACA” dan bulat-bulat percaya pada “CERITA” sesetengah orang yang bercakap 8lbs atau 10 lbs (dan sebagainya) itu adalah dalam kelas pancingan ultralight. Ternyata mereka ini tidak faham apa itu line/rod classification.
Perkara pertama yang anda harus tahu ialah sila click link dibawah ini FAKTA tentang classification ultralight rod bukan saya yang cakap tapi WIKIPEDIA. Sekarang tanya soalan ini “SIAPA KITA UNTUK SANGKAL WIKIPEDIA?”
https://en.wikipedia.org/wiki/Fishing_rod#Ultra-light_rods
Di mana ia mengatakan:
Ultra-light spinning and casting rods are generally shorter (4 to 5.5 feet (1.2 to 1.7 m) is common) lighter, and more limber than normal rods. Tip actions vary from slow to fast, depending upon intended use. These rods usually carry 1 to 6 pound (4.5 to 27 N) test fishing line. Some ultra-light rods are capable of casting lures as light as 1/64th of an ounce (0.4 g) – typically small spinners, wet flies, crappie jigs, tubes, or bait such as trout worms. Originally produced to bring more excitement to the sport, ultra-light spin fishing is now widely used for crappie, trout, bass, bluegill ,Roach, Perch, Bream,Pumpkin-seed, Tench and other types of pan fish.
Atas ini FAKTA ya bukan AUTA!
2. Wujudnya Otai Segera
Ini adalah fakta kedua dimana ramai yang teringin menjadi OTAI SEGERA (teringin menjadi SIFU, MASTER, dan macam-macam lagi gelaran) yang suka “CLAIM” akan sesuatu perkara tanpa membuat sebarang penyelidikan. Ilmu baru sedikit tapi bercerita umpama sudah memahami segala-galanya mengenai dunia pancingan. Umpama mereka ini engineer bertauliah yang mempunyai pengalaman 20 tahun. Dan info yang kunun-kunun fakta ini menjadi cerita dan bahan sebaran oleh pemancing-pemancing yang terpengaruh dan malas membaca.
Jika anda terjumpa otai-otai macam ni tanya 2 soalan ini pada mereka.
- Apa mereka sudah buat untuk pembangunan sukan memancing dinegara kita selain dari mengutuk dan menunjuk hebat?
- Apa bukti nya yang perkara yang mereka cakap itu betul? Tunjuk bukti boleh?
3. Puak Benci-Membenci
Selagi kita masih berpuak inilah yang akan terjadi pada industri pancingan kita. Selagi kita anggap diri betul dan hebat selagi itulah kita akan ada puak-puak dan hanya bertujuan benci-membenci antara satu sama lain. Ada beberapa group yang sanggup menggunakan perkataan “BOIKOT Kanicen Nix”, “BOIKOT Ultralight Anglers” dan bermacam-macam virus lain turut disebarkan. Sedangkan mereka ini tidak pernah sekali pun bersua muka mahupun duduk berborak semeja.
Masalah orang kita ialah “tiada orang lain boleh lebih dari mereka” dan “mereka sahaja yang betul orang lain salah”.
Perlukah kita hidup benci-membenci? Adakah agama kita mengajar kita supaya membenci orang lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu?
Apa faedahnya?
MEMAHAMI KLASIFIKASI TALI UTAMA / KLASIFIKASI ROD (Line or Rod Classification)
Perkara pertama untuk memahami apa itu line classification (klasifikasi tali utama) ialah memahami apa itu Power Line Rating. Pernahkah anda tahu line rating di bawah ini? Power line rating adalah poundage pada sesuatu rod seperti dibawah ini. Rod keluaran US/Europe biasanya menggunakan lure weight namun rating ini biasanya digunakan pada masa dahulu sebelum wujudnya tehnologi seperti sekarang dimana poundage rod kini dijadikan sebagai panduan yang lebih mudah.
1) Ultralight (UL)
– Tidak melebihi 6lbs.
– Contoh: 1-3,1-4,1-5,1-6,2-4,2-5,2-6, 3-6,4-6
2) Light (L)
– Tidak melebihi 12lbs.
– Contoh: 2-8,2-12,3-8,4-8,4-12,6-12,4-10,1-7,1-8 dan sebagainya
3) Medium (M)
– Tidak melebihi 18lbs.
– Contoh: 6-15,8-14,8-16,8-17,10-18 dan sebagainya
4) Medium-Heavy (MH)
– Tidak melebihi 25lbs.
– Contoh: 8-20,10-25,10-20,15-25 dan sebagainya
5) Heavy (H)
– Tidak melebihi 30lbs.
– Contoh: 10-30,15-30,18-30,20-30 dan sebagainya
6) Extra-Heavy (XH) 25-50lbs
– Tidak melebihi 50lbs.
– Contoh: 25-50,30-50,20-50 dan sebagainya
7) Ultra-Heavy (UH) above 50lbs
– Melebihi 50lbs dan sebagainya
Tidak percaya?
Sila rujuk St. Croix yang telah berada di market ratusan tahun dalam pembuatan rod. Lagi sekali siapa kita untuk sangkal mereka mereka yang bertaraf dunia?
Sila refer for more info:
http://www.stcroixrods.com/products/freshwater/avid-series-spinning/
Dan rujuklah mana-mana pengeluar yang besar seperti G-Loomis, Megabass, atau brand yang biasa kita guna seperti Majorcraft mereka juga menggunakan power rating yang sama. Bukan rating orang yang kunun-kunun hebat setahun jagung dalam market berkata di US “2-8, 3-8, 4-10” dan sebagainya adalah UL. Sejak bila wujud perbezaan antara line rating US dan Malaysia?
Dan banyak pemancing menerima info tahyul ini bulat-bulat gara-gara rod itu dilabel “UL” oleh pengeluar. Begitu mudah kita dikaburkan oleh penjual yang mengejar duit. Ternyata mereka ini tidak memahami apa itu line/rod classification. Main hentam saja kunun-kunun mereka betul. Lagi bijak ada yang berkata di US 3-8lbs atau 4-8lbs adalah dikategorikan sebagai ultralight. Bila suruh tunjuk bukti diam. Sejak bila ada istilah perbezaan mancing UL di US, Malaysia dan Jepun?
Ikut logik dari wikipedia pun sudah memadai. Ia telah melebihi class ultralight dan juga melebihi line rating.
Kepada pemancing-pemancing yang baru mahupun lama bukalah hati sedikit dan cuba buat sedikit research (kajian) sebelum membuat sebarang cerita yang kunun-kunun fakta. Anda harus faham apa itu Rod/Line Classification. Contoh di atas adalah hanya untuk reference sahaja. Zaman sekarang kita sudah diberi Internet 24 jam. Rajinkanlah diri buat sedikit kajian. Bukan susah pun. Jangan percaya pada pengeluar yang mengaburkan mata anda semata-mata untuk melariskan jualan rod mereka yang sudah lama tersimpan dalam gudang mereka akibat tidak terjual.
Maaf jika ada terkasar bahasa. Tapi ini sahaja cara yang terbaik untuk membuat pemancing yang terpesong faham fakta sebenar dan tahyul. Ingat ya kawan-kawan konteks artikel ini adalah lebih pada klasifikasi line atau rod bukan tujuan menembak pemancing-pemancing yang menggunakan untuk game heavy atau sebagainya. Usah memesongkan tujuan artikel ini dengan cerita lain. Kita hendak faham apa itu classification dalam tali dan rod. Itu sahaja.
KESIMPULAN
Sepatutnya kita berbangga ada rakyat Malaysia yang berusaha menaikkan nama Malaysia di persada yang lebih mencabar setanding dengan pemancing luar. Kini Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand dan banyak negara lain sudah mula mengikuti trend kita. Ya masih jauh kita dari negara-negara lain yang lebih maju seperti US, Europe dan Jepun namun kita telah buat satu trend yang boleh diikuti oleh semua pemancing di luar negara. Kita yang set trend dan kita yang set rules. Ini yang lebih penting bukan agenda sendiri yang tidak membawa apa-apa faedah. Bukankah lebih bagus untuk kita ada rules yang boleh diikuti untuk tujuan memancing lebih extreme mencari kepuasan maxima? Dari mancing cacamarba dalam pancingan ultralight (maaf bukan menghina sesiapa) tanpa hala tujuan.
Yer betul saya setuju dengan pendapat “Duit aku suka hati aku lah. Aku nak macam mana dengan setup pancing aku, suka hati akulah”. Kami tidak pernah cakap tidak boleh.
Rules ini kami buat sebab kita (Malaysia) menjadi Trend Setter untuk pancingan yang berkonsepkan rules 6lbs dan bertujuan untuk mereka yang hendak mencari pengalaman yang extreme untuk kepuasan yang maxima. Itu sahaja. Jika anda tidak suka itu hak anda. Teruskan cara anda. Kami tidak ada masalah. Tetapi jika anda ingin memahami apa itu ultralight fishing sila fahami dulu apa itu line classification / rod classification iaitu klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod atau lebih dikenali sebagai POWER LINE RATING. Ini adalah sama tidak kira spinning atau bait casting dan yang paling penting TIDAK KIRA di US, EUROPE, JEPUN atau mana-mana pelosok di dunia ini. Jika asas pun anda tidak faham maka tiada guna kita bercerita panjang lebar.
Saya berbangga kerana saya berusaha sedaya upaya untuk memajukan sukan ini di Malaysia dengan bantuan rakan-rakan yang kebanyakkannya tidak pernah bersua muka. INI TREND KITA dan saya berbangga kerana menjadi Trend Setter (pencetus trend) dan yang paling penting SAYA ANAK MALAYSIA! Lebih baik bergabung dan bekerjasama menaikkan martabat Malaysia di dunia dari berpolitik seperti OTAI SEGERA yang tujuan mencari nama tanpa fakta yang sebenar.
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.