Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Memahami Ultralight Fishing Vs Finesse Fishing

Dua terma yang selalu di salah gunakan oleh pemancing di negara kita. Ramai yang suka menganggap Finesse fishing adalah ultralight. Ternyata fahaman ini membawa pelbagai isu seperti tidak puas hati di kalangan pemancing ultralight yang mengemari bait casting (BC) sebagai game mereka.

Mengapakah ini terjadi?

Sejak fenomena ultralight fishing (UL) yang lebih menggunakan spinning sebagai setup pancingan pelbagai fahaman telah di sebarkan. Ada yang bercakap finesse adalah ultralight dan ada yang sanggup bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan fahaman masing-masing. Masing-masing ego. Adakah mereka ini salah?

Pada pendapat saya kedua-duanya tidak salah. Finesse bermaksud RINGAN dan ia bukan sahaja untuk BC tetapi spinning juga. Finesse fishing boleh disesuaikan untuk game ultralight jika anda mengikuti line/rod klasifikasi yang telah di buat iaitu 6lbs dan kebawah. Namun anda harus faham bahawa jika setup 4-10 atau 6-12 dan sebagainya juga dikatakan Finesse untuk bait casting (BC) kerana BC adalah lebih kepada penggayaan gewang, teknik pancingan mengikut kesesuaian target ikan, proses meringankan setup untuk tujuan penyesuaian. Ia lebih kepada down-sizing sesuatu jenis umpan dan pengubahsuaian kepada spool dan accessories lain.

Dalam semua jenis pancingan, Finesse fishing adalah pancingan yang terlalu banyak kekeliruan kerana ia sangat luas maksudnya. Finesse fishing secara amnya bermaksud menggunakan rod yang rendah poundage nya, tali yang lebih rendah poundage nya, dan gewang yang lebih kecil tidak kira spinning atau pun BC. Namun ia tidak berhenti disini sahaja kerana dalam finesse fishing ia sebenarnya lebih mendalam lagi dari itu.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan finesse untuk crankbait besar, spinnerbait, jerkbait dan sebagainya. Anda boleh menggunakan tali 20 pound dan sinker besar untuk teknik seperti drop shot. Ini juga dikatakan finesse fishing kerana anda sesuaikan setup anda mengikut target ikan dan kesesuaian lokasi pancingan.

Bagi saya, teknik finesse fishing adalah lebih kepada persembahan. Ia adalah berkenaan perkara yang anda lakukan apabila ikan tidak makan seperti biasa dimana ia mungkin disebabkan oleh cuaca, tekanan memancing, keadaan air dan seribu sebab-sebab lain yang kita tidak mungkin akan faham secara keseluruhannya. Pendek kata, sebagai pemancing saya sentiasa bersedia untuk pancingan finesse apabila perlu.

Kebanyakan pemancing berfikiran tidak terbuka dan selalunya mempunyai fahaman pada reel atau rod yang di label finesse sahaja. Ini adalah pandangan yang belum memahami keseluruahan maksud finesse fishing. Penggunaan gewang yang kecil atau ringan ia sudah boleh di ambil kira sebagai finesse atau ringan, tetapi salah satu kunci untuk menyedari maksud finesse fishing sebenarnya melibatkan lebih daripada saiz umpan sahaja. Apabila saya rigging untuk finesse fishing, saya juga mengambil kira warna dan bunyi umpan untuk disesuaikan dengan warna air dan ini membolehkan saya mengetahui dalamnya lokasi pancingan. Jika tasik yang di diami oleh toman maka saya akan menggunakan (menyesuaikan mengikut cabaran yang saya hendak) tali yang lebih kasar dan di sini mungkin akan menjejaskan pemilihan rod. Jadi, anda lihat, istilah ” finesse fishing” merangkumi banyak variasi dimana banyak pemancing tidak memahami atau pernah mengetahuinya.

Sesuaikah Bait Casting Untuk Ultralight Game?

Ini adalah amat subjektif. Terpulang pada individu yang ingin menggunakan BC untuk ultralight fishing. Apa yang pasti anda harus bersedia untuk mengeluarkan modal yang banyak untuk memperolehi reel yang benar-benar direka khas untuk ultralight game. Jika anda menggunakan reel jenama X yang mempunyai drag lebih dari 6lbs (2.7kg ke atas) tetapi mampu membuat lontaran gewang seringan 4g; tidak bermaksud ini adalah ultralight; ia adalah lebih kepada finesse game kerana drag anda sudah melebihi 6lbs untuk game ultralight.

Jika anda meminati BC maka anda harus bersedia untuk beberapa perkara dibawah:

Kesimpulan

Usah cepat panik dan confuse dengan terma Ultralight (UL) dan Finesse. Kedua-duanya adalah berbeza. Finesse adalah terma yang digunakan untuk Bait Casting (BC) dan spinning yang bermaksud RINGAN cuma pembawakan terma oleh rakan-rakan kadang-kadang mengelirukan dimana Jepun membuat BFS (Bait Finesse System) untuk game BC supaya game lebih spesifik yang lebih memerlukan skills kearah game yang lebih ringan.

UL adalah terma yang digunakan untuk game ultralight fishing spinning. Ultralight game tetap 6lbs dan ke bawah tidak kira spinning atau pun BC. Fahami apa itu line/rod classification dahulu sebelum anda ingin menceburi ultralight fishing.

Sila baca info ini untuk memahaminya:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

Bukti Wikipedia yang menyatakan UL adalah 1-6:

https://en.wikipedia.org/wiki/Fishing_rod#Ultra-light_rods

Untuk artikel berkenaan ultralight:

https://www.ultralightanglers.com/category/ultralight-fishing/

Bagi saya, jika anda peminat BC untuk game ultralight maka titik permulaan dalam persediaan untuk finesse fishing ialah memahaminya terlebih dahulu perbezaan antara ultralight dan finesse. Ini termasuk memahami line/rod klasifikasi untuk ultralight tetap 6lbs tidak kira spinning atau BC. Tidak ada istilah “untuk BC 4-8 tu sebenarnya UL atau rod yang di label UL walau pun berpoundage tinggi dari 6lbs”. Ini adalah pemahaman orang yang “BUTA” apa itu klasifikasi line dan rod. Mudah dipermainkan oleh pengeluar yang hanya mengutamakan sales.

Tidak kira apa game kegemaran anda sama ada BC atau spinning carilah ilmu yang betul dari membuat andaian sendiri atau mendengar pendapat mereka yang tidak pernah mencuba akan sesuatu fahaman. BC atau spinning adalah sama sahaja jika anda cuma mengejar kepuasan semata-mata. Kita hanya mancing untuk keseronokan jadi enjoy lah sebaik yang boleh sambil menyumbang serba-sedikit ilmu yang betul kepada perkembangan sukan memancing di negara kita.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version