Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Memori Manis Memancing Waktu Kanak-Kanak Tidak Boleh Dilupakan

Zaman seawal 80an tidak ada smartphone dan sudah tentu pada masa itu kita tidak mampu untuk memiliki walaupun kamera biasa. Segala memori terpahat diminda dan dihati. Segala kenangan walaupun samar tetap menjadi satu titik permulaan perjalanan hidup kita.

memancing-zaman-kanak-kanak
memancing-zaman-kanak-kanak

Masih ingat lagi batang buluh sepanjang dan selurus yang boleh menjadi pilihan. Yang penting lagi panjang lagi best. Tali bewarna-warni nelayan menjadi pilihan. Segulung baru RM0.05 sen ke RM0.10 sen sahaja pada ketika itu dan beli segala peralatan mancing pun share dengan kawan-kawan yang lain.

tali-pancing-nelayan

Sejurus lepas beli mesti kami tuju kearah pokok buluh atau sebagai pilihan lain batang bemban. Selagi tak dapat yang lurus selagi tu cari sampai dapat.Tak dapat semua nie tin susu menjadi mangsa. Kebiasaannya kalau takda pilihan dan kesuntukan masa tin susu menjadi pilihan terpantas.

batang-buluh-pancing
pokok-bemban
pancing-guna-tin-susu
pancing-guna-bekas-air

Pada masa yang sama seorang yang lain akan start korek cacing. Sekitar pokok buluh dan kawasan pokok getah menjadi tempat yang paling sesuai untuk dicari cacing. Selagi tak penuh satu tin susu selagi tu tak puas hati. Bila da penuh apa lagi port kolam orang menjadi pilihan atau sungai yang berpotensi akan kami redah. Tak dapat cacing, cengkerik, cicak dan katak juga kami belasah.

pancing-guna-cacing
pancing-guna-cengkerik
pancing-guna-cicak
pancing-guna-katak

Takda istilah ikatan FG Knot la, blood knot la atau pape ikatan yang biasa orang sekarang pakai. Yang kami tahu masa tu IKAT MATI! Hahaha…

Apa yang pasti masa kanak-kanak kita tidak pernah bergaduh port siapa. Kita tidak pernah bergaduh isu-isu seperti tapau ikan. Yang pasti siapa nak ikan amik la bawak balik. Paling tidak pun salah seorang akan bawak balik lepas tu ramai-ramai datang time makan. Keriuhaan siapa dapat paling besar menjadi isu masa makan. “Ikan ni aku yang dapat… bukan ko la…” Gelak tawa yang tiada henti membuatkan suasana menjadi lebih menyeronokkan.

Segala memori ini tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Segala memori ini terpahat dijiwa dan dihati walaupun samar-samar namun tetap manis tetap membuatkan hati jadi hiba apabila teringat saat-saat ini. Kadang-kadang boleh buat kita menangis jika bersendirian. Sambil berfikir “andaikata dapat kembali zaman itu kan bagus”.

Saya percaya jika kita semua mengimbas kembali zaman kanak-kanak kita akan merasa malu dengan apa yang terjadi dengan pemancing-pemancing masa sekarang. Perlukah kita bergaduh-gaduh atas dasar mancing? Perlukan kita berniat buruk atas dasar mancing? Atau lebih baik kita lupakan yang tidak baik dan mulakan hidup baru sebagai seorang pemancing yang seperti zaman kanak-kanak.

Senyum-senyum. Ketawa-ketawa. Mandi-manda. Dan dengan wujudnya smartphone kita simpan kenangan dalam bentuk gambar yang boleh disimpan hingga ke akhir hayat.

Bagaimana pula pengalaman anda masa zaman kanak-kanak? Share lah… 🙂

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version