Seringkali kita dengar apabila ada yang share pengalaman rod apabila ring guides berkarat atau bertukar menjadi kehijauan. Dan seperti biasa mereka-mereka ini akan menyalahkan pengeluar rod dan tidak diri sendiri.
Mengapakah dan bagaimanakah ia berlaku?
Mengikut pengalaman kami hanya ada beberapa faktor sahaja dan semuanya adalah berkaitan kesilapan pemancing itu sendiri dan bukannya pengeluar rod tersebut.
Masalah sebenar:
Rod yang di reka untuk fresh water (air tawar) tapi digunakan untuk salt water (air masin). Guides yang diguna tidak mampu menahan hakisan air laut yang amat. Ini akan menyebabkan guides berkarat atau bertukar kehijauan.
Salah siapakah ini?
Salah pemancing itu sendiri. Fakta!
Pemancing seharusnya memahami bahawa tidak semua rod di reka untuk game air masin dan tidak akan ada mana-mana rod yang akan bertahan selamanya walaupun digunakan di air tawar sahaja. Jika still keras kepala anda seharusnya memahami cara penjagaan yang betul jika menggunakannya di air masin.
Solution nya ialah:
Tip 1: Sejurus selepas menggunakannya anda harus menjirus air biasa untuk membilasnya lebih-lebih lagi pada guides kerana itu adalah area yang akan terjejas dahulu. Ini kerana air masin adalah amat menghakis dan akibat cuaca yang amat panas ia akan mula terhakis jika dibiarkan walaupun beberapa minit.
Selain dari basuh dan bilas, is a good idea kalau gosok dengan berus gigi pada celah-celah ring guide supaya garam dan keladak kotoran tu dapat di tanggalkan. Guna air suam bagi membolehkan selaput garam tersebut cepat dissolved.
Tip 2: Guides bertukar kehijauan juga adalah kesilapan pemancing itu sendiri. Tidak bermakna selepas anda membilas kali pertama segala kotoran atau air masin yang melekat pada rod dan guides akan terbuang. Anda seharusnya membilas untuk kali kedua setelah habis memancing dan basuh dengan lebih terperinci setelah apabila sampai di rumah. Sejurus selepas basuh anda SEHARUSNYA meletakkan minyak yang sesuai untuk mengelakkan guides rod itu bertukar menjadi kehijauan ataupun berkarat.
Percayalah, FUJI guides juga akan berkarat dan bertukar kehijauan jika anda tidak menjaganya dengan betul. Usahlah menyalahkan pengeluar kerana silapnya adalah diri sendiri yang cetek pengetahuan.
Bukan air masin sahaja akan memberi isu sedemikian malah air tawar yang kotor, berkeladak, payau, air longkang yang bercampur dengan pelbagai bahan kimia, air kolam yang bercampur dengan pelbagai kimia hasil dari umpan seperti dedak dan air yang hitam juga akan memberi kesan yang sama jika tidak dijaga dengan betul.
Tip 3: Paling mudah. Jangan gunakan rod yang di reka untuk fresh water ke air masin. Mudahkan? Namun ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah ring guides rosak kerana kita tetap perlu menjaganya dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Tidak kira berapa hebat atau mahal mana pun guides ring anda jika ia tidak dijaga dengan cara yang sesuai ia tetap akan bertukar menjadi kehijauan dan yang paling teruk ia akan berkarat. Jika anda sayang rod anda fahamilah setiap aspek rod terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Mengelakkan lebih baik dari terkena.
Kebanyakkan rod graphite, carbon fiber, atau fiberglass adalah begitu kuat dan anda boleh melawan ikan yang besar dengan rod yang berada dalam kategori ultralight, tetapi jika guides (accessories lain) yang tidak dijaga dengan betul ia akan menjadi rapuh yang boleh membawa kepada kerosakan. Jika anda tahu bagaimana untuk mengekalkan rod memancing, anda boleh memanjangkan hayat rod anda, dapat mengelakkan tali pancing daripada putus semasa berjuang dengan ikan dan juga dapat memastikan prestasi rod pada tahap yang optimum.
Diharap dengan informasi di atas anda akan lebih peka dalam penjagaan rod anda.
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.