Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Mengorak Langkah Kepada Pancingan Ultralight

Pancingan Ultralight kini menuju kearah yang lebih positif. Ini adalah kerana perubahan yang berlaku di dunia kita dengan kurangnya lokasi pancingan yang dahulunya dikatakan fish heaven. Kini dunia dipenuhi dengan hutan batu dimana semua sungai dan tasik telah dikambus untuk tujuan pembangunan.

Pancingan Ultralight: Lebih Faedah Dari Bebanan

Membuat peralihan dari pancingan biasa ke pancingan ultralight memberikan cabaran yang sering dapat melemahkan pemancing untuk berhenti sebelum mereka telah benar-benar dapat bermula mempelajari konsep pancingan ultralight. Bagi mereka yang bersedia untuk melalui kesukaran ini akan mengalami pengalaman unik dalam pancingan yang boleh dikatakan masih baru untuk mereka. Ramai pemancing putus asa kerana mereka tidak melalui proses pembelajaran yang sepatutnya dan tidak meluang masa memahami konsep sebenar pancingan ultralight. Ramai menyangkakan lebih banyak bebanan dari kebaikan. Ternyata ini adalah fahaman yang kurang tepat.

Akan tetapi dengan wujudnya pelbagai info dan bimbingan kini lebih ramai pemancing mula mengorak langkah menjadikan  setup ultralight salah satu pilihan untuk pancingan mereka. Ini adalah kerana salah satu faktor yang membuatkan mereka bertukar angin ialah saiz ikan kita yang makin kecil dan untuk merasakan keseronokan menarik ikan sekecil ini setup yang digunakan haruslah sesuai iaitu Ultralight.

Amalkan Teknik Casting Anda

Langkah pertama dalam menguasai pancingan ultralight adalah pemahaman bagaimana untuk membuat lontaran yang betul. Jika anda pemancing BC yang tegar dan ingin menggunakan setup spinning untuk pancingan ultralight; kebiasaannya majoriti akan melalui kesukaran untuk mengawal lontaran dimana setiap lontaran akan melambung ke udara dan tidak tepat pada sasaran. Untuk menguasai penggunaan setup spinning anda mungkin mahu memperbetulkan dan meneguhkan kedudukan bahu untuk memastikan sasaran anda adalah tepat. Apabila anda mula merasakan lebih selesa, anda akan mula memahami segala perkara mengenai kelajuan tip-rod dan cara yang terbaik untuk melepaskannya. Dan di sini anda boleh cuba menurunkan tip-rod anda ke arah ruang yang sempit di mana pancingan ultralight begitu mencabar, tetapi untuk permulaan cuba untuk memulakan suatu di tempat yang lebih luas. Sebaik-baiknya, anda mahu memastikan umpan di lontar dalam keadaan yang selesa dan mendarat hampir senyap di dalam air berhampiran sasaran anda.

Memahami Arah Angin

Mungkin cabaran paling besar yang anda mungkin hadapi dengan pancingan ultralight adalah angin. Tali anda akan berada pada 2-6 pound, dan umpan ideal anda akan berada pada berat umpan dari 1/16 ke 1/32 auns. Jika anda mempunyai pilihan untuk berbuat demikian, cara yang paling mudah untuk menghadapi angin adalah untuk menggunakannya untuk keuntungan anda dimana mengubah tempat anda berdiri supaya anda membelakangkan angin dan ini untuk akan membantu memberikan jarak tambahan cast anda. Jika anda tidak boleh menukar kedudukan anda, anda mungkin perlu menukar umpan anda untuk sesuatu yang lebih sesuai akan tetapi ingat bahawa ini akan mengubah tindak balas rod anda. Berhati-hati untuk tidak melebihi muatan rod anda untuk mengimbangi angin atau cuba untuk membuat lontaran lebih jauh. Pastikan umpan anda sesuai dengan setup anda supaya tidak mengalamai isu patah rod.

Meraih Manfaat

Sebaik sahaja anda mengatasi halangan baru dalam pancingan ultralight, anda akan dapat mula menikmati peluang untuk benar-benar merasa asakan ikan kerana anda berusaha untuk memastikan tali anda tidak putus. Yang pasti, anda akan mendapat pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai apabila mampu menguasai segala kesukaran. Di sinilah anda akan mula memahami sukan ultralight dengan lebih mendalam. Dahulu anda takut tali 20lb atau yang lebih kasar akan putus akibat asakan ikan; kini perasaan itu telah dapat dibendung kerana pancingan ultralight mengajar anda memahami setup anda dengan lebih tepat. Bukan itu sahaja, ia juga mengajar anda apa itu erti kesabaran dan kepekaan dalam menangani segala kesukaran dan cabaran apabila bertarung dengan ikan. Ilmu dapat; kepuasan pun dapat menjadikan hobi kita lebih bermakna.

Anda masih baru dalam sukan ultralight? Pelajarilah asas-asas dengan pengenalan kami untuk pancingan ultralight.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version