Pada ketika ini, rata-rata pemancing yang gemar memancing ikan dari keluarga “channa” akan memiliki gewang jenis “SpinnerBait”. Gewang ini boleh dikatakan antara gewang killer untuk selaman dalam bagi memikat ikan jenis channa terutamanya haruan. Gewang ini akan mempunyai bilah kipas yang akan mengeluarkan bunyi bising ketika dalam air dan mempunyai skirt yang berwarna warni. Terdapat dua jenis kipas yang selalu digunakan iaitu jenis “Colorado” dan “Willow”, dimana selalunya colorado berbentuk seperti kerang dan menghasilkan getaran yang lebih kuat manakala willow pula lebih baik dalam menghasilkan kilauan di dalam air. Bagi penggemar UL, pastikan saiz “Spinnerbait” yang sesuai dengan setup anda supaya tidak menganggu lontaran anda ke spot idaman.
Jenis blade/kipas, boleh dirujuk dalam gambar di bawah :
Kredit Photo : Google
KEADAAN AIR JERNIH
Selalunya dalam keadaan air yang jernih, digalakkan menggunakan spinnerbait yang mempunyai kipas jenis willow untuk menghasilkan lebih kilauan yang bertujuan menarik perhatian ikan. Manakala bagi pemilihan warna skirt ketika air jenih adalah warna lembut dan tidak terlalu terang. Bilah kipas warna silver atau chrome adalah terbaik sebab bila terkena pantulan cahaya matahari, kilaun yang dihasilkan lebih bersinar.
KEADAAN AIR KERUH
Sekiranya air keruh, sangat digalakkan menggunakan spinnerbait yang mempunyai bilah kipas jenis colorado kerana dalam keadaan keruh dan gelap, visual atau penglihatan ikan adalah terhad dan ikan lebih menumpukan kepada bunyi bising dan getaran dalam air. Pemilihan warna skirt pula adalah warna-warna semulajadi dan paling digalakkan skirt yang mempunyai dua kombinasi warna. Bunyi yang bising dan warna yang betul selalunya akan berjaya memujuk si dia yang berada di dalam air.
KESIMPULAN
Pada kini, boleh dikatakan hampir setiap kedai memancing ada menjual gewang ini, pelbagai jenama, pelbagai corak dan rekabentuk malah sudah ada pemancing tempatan telah memasarkan gewang jenis ini dipasaran kini. Ini menunjukkan betapa banyaknya permintaan dan kesedaran pemancing tempatan mengenai kelebihan gewang ini.
Harga yang ekonomi dan mampu milik serta beri kelebihan untuk selaman dalam, saya berpandangan bahawa SPINNERBAIT ini wajib ada dalam tackle box anda!!
NOTA : Informasi yang dikongsikan adalah berdasarkan pandangan peribadi yang diperolehi secara latihan / pengalaman ketika di lapangan, perkongsan ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain dan juga bacaan dari segala bentuk media. Sekiranya terdapat perbezaan pandangan atau penambaikan pada ruangan ini, bolehlah dikongsikan di bahagian komen agar ilmu yang dikongsikan lebih tepat dan menarik untuk dibaca.