Selalunya, apabila kita membeli mesin kekili, jarang kita melihat dan memahami nilai nisbah gear yang digunakan pada mesin tersebut. Perkara yang kita selalu lihat ialah bilangan ball bearings, saiz mesin, rupa kosmetik sahaja. Tapi, itu hanyalah pandangan saya semata-mata kerana saya sendiri dulu tak pandang dan tahu langsung tentang maksud nisbah gear. Bukan niat saya hendak memperkecilkan pemancing yang sudah sedia tahu tentang perkara ini.
https://www.youtube.com/watch?v=MoZELv5Ci4E
Jadi, berbalik pada topik asal kita, mesin kekili sama ada dari jenis spinning atau baitcast mempunyai nisbah gear / gear ratio yang berbeza mengikut saiz, dan versi. Contoh nisbah gear yang terdapat pada mesin kekili Shimano Sienna 500FD, 4.7:1. Jadi, apa yang dimaksudkan dengan nilai tersebut?
Secara mudahnya, nisbah gear pada mesin kekili ialah bilangan putaran rotor(bahagian yang memegang bail arm dan line roller) untuk satu putaran pengayuh.
Untuk kes kekili Shimano Sienna 500FD tadi, bilangan putaran rotor ialah sebanyak 4.7 kali untuk satu putaran pengayuh.
Senang bukan?
Kalau 5.6:1, 5.6 putaran untuk satu putaran pengayuh, dan saya rasa anda sendiri sudah faham sekiranya saya letakkan nisbah gear yang lain.
Tapi, jangan lupa juga untuk melihat secara mendalam lagi tentang nisbah gear. Kita juga perlu lihat berapa panjang tali yang dapat digulung untuk satu putaran pengayuh. Lihat carta di bawah:
Kita dapat lihat dalam carta di atas, untuk setiap kayuhan(Line retrieve per crank), sebanyak 21 inci tali yang dapat digulung ke dalam spool.
Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga berjumpa lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.
Pemancing biasa yang baru terjebak dalam dunia Ultralight Fishing. Oh indahnya~
Bos mau tanyak, mana bagus antara 5.5.1 atau 5.2.1 atau 5.2.1 untuk gear rationya??
Makasih
Lebih kurang ja bro. Ration bergantung pada jenis pancingan. Contoh jika bro banyak main soft plastic maka ratio rendah bagus untuk gayakan aksi soft baits. Jika bro banyak main gewang especially top water maka ratio tinggi lebih sesuai. 🙂
Kalau untuk muara/ ikan GT paling cocok real ukuran berapa? Ratio gear berapa? Makasih
Ratio bergantung pada jenis umpan yang bro pakai… kalau main soft baits pakai gear ratio rendah. Kalau main gewang pakai ratio tinggi 🙂
ratio 8.1.1 kalu main muara ok tak
Okay je bro kalo main top water… 🙂