Perkara-perkara remeh yang perlu diberi perhatian ketika memancing

Dalam memancing, ada kalanya kita sudah terbiasa dengan beberapa perkara penting yang dianggap remeh. Tetapi. perkara-perkara remeh inilah yang menentukan sama ada kita dapat mendaratkan ikan atau memastikan peralatan memancing kita, dan diri kita sendiri selamat.

https://www.youtube.com/watch?v=ccj5kxXbDPs

1. Periksa tali perambut untuk sebarang kerosakan
Tali perambut tidak akan putus melainkan tali itu ada luka, ataupun drag reel terlalu ketat. Jadi, selepas mendaratkan ikan yang mempunyai gigi yang tajam seperti siakap atau tarpon, periksa dahulu tali perambut anda. Kebiasaannya, bahagian hujung perambut akan menjadi koyak sedikit akibat geseran gigi ikan, atau pun reba kayu dan batu. Jadi, potong bahagian yang rosak dan ikat semula snap supaya ikan yang akan kita daratkan seterusnya tidak memutuskan tali perambut kita dengan mudah.

2. Pastikan snap ditutup
Ya, perkara remeh seperti ini pun kadang-kadang kita terbuat. Saya sendiri pernah kehilangan beberapa gewang dan softplastics kerana terlupa menutup snap.

3. Pastikan joint rod dipasang ketat
Pastikan joint rod dipasang dengan kemas supaya rod kita tidak patah dua ketika melawan asakan ikan besar. Satu lagi, akan terjadi kes tip rod kita terbang mengikut gewang yang kita baling ke dalam air. Jadi, elakkan perkara sebegini dengan memasang joint rod dengan ketat.

4. Periksa drag reel
Ini penting untuk mengelakkan rod kita patah atau tali terputus ketika melawan asakan ikan besar. Tarik dahulu tali utama pada spool untuk memastikan yang drag reel kita tidak terlalu ketat. Ada kalanya, reel yang disimpan terlalu lama tanpa digunakan, akan menjadikan drag disc menjadi keras dan secara automatik, drag akan tersekat.

5. Mata kail tumpul
Sentiasalah periksa ketajaman mata kail kita dari masa ke semasa. Ketajaman mata kail akan berkurang sekiranya ada karat pada mata kail, terkena reba kayu atau batu, dan selepas mendaratkan ikan dalam jumlah yang banyak. Cara memeriksa ketajaman mata kail ialah dengan meletakkan hujung mata kail di atas kuku, dan cuba tarik secara perlahan dan lihat sama ada mata kail itu melekat atau sekadar mencalarkan sahaja kuku. Mata kail yang tajam akan melekat pada kuku ketika ditarik. Anda boleh membawa batu pengasah kecil untuk menajamkan semula mata kail yang tumpul.

6. Ikat tali pada rod sekiranya kita memancing secara dasar(bottom)
Sekiranya kita hendak memancing dengan kaedah bottom dan ingin meninggalkan pancing kita, ikat dahulu rod dengan tali pada pancang besi atau kayu. Saya sudah beberapa kali nyaris kehilangan joran kesayangan saya kerana tidak mengikat tali pada rod. Sekiranya kita ingin meletakkan sekejap sahaja pun kerana ingin makan/minum, lupakanlah niat tersebut dan gulung tali anda terlebih dahulu.

7. Gunakan Lip Grip atau sauk ikan
Laburkan sedikit duit anda untuk membeli lip grip atau sauk ikan. Sudah banyak kali saya lihat dan lalui sendiri pengalaman yang menyayat hati apabila ikan bersaiz mega terlepas ketika kita ingin mengangkat ikan keluar dari air. Jangan sesekali mengangkat ikan dengan menarik tali perambut atau menggunakan kekuatan rod ultralight yang sudah tentu tidak sesuai untuk lift ikan besar. Akibatnya ikan akan terlepas, atau rod anda akan patah.

8. Faktor keselamatan
Faktor keselamatan adalah faktor yang paling penting yang sering dipandang remeh oleh sesetengah pemancing. Ingat, nyawa lebih penting dari segalanya. Anda boleh rujuk artikel tentang faktor keselamatan ketika memancing yang telah ditulis oleh abam Kanicen.

Itu sahaja perkongsian dari saya kali ini. Semoga bertemu lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.

Check Also

Fishing Safety Tips: Jacket Keselamatan

PFD ialah personal flotation devices ia membuatkan ada terapung apabila di dalam air. Terdapat sejumlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.