Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Pernahkah Anda Lalui Situasi Set Pancing Sendiri Jadi Harta Member?

Pernahkah anda melalui situasi dimana set pancing anda dijadikan harta oleh member anda? Jika pernah jangan malu-malu bagi mereka baca artikel ini.

Hobi kadang-kadang murah untuk anda tetapi tidak murah untuk rakan anda.

Apa yang pasti dikalangan kita mesti ada seorang dua yang berperangai seperti ini. Setiap kali memancing mereka tetap ingin meminjam set kita dengan memberi pelbagai alasan yang manis sehingga kita pun rasa serba-salah untuk tidak meminjamkannya. Set yang kadang-kadang berharga ratusan atau ribuan ringgit diberi pada rakan yang kita kadang-kadang tidak tahu perangai sebenar.

Ada jenis pemancing yang tidak akan membeli set pancing. Setiap kali ada trip mereka cukup bersemangat dan mula mencari mangsa. Set yang kita labur hasil dari simpanan berbulan-bulan dengan mengikat perut dipinjam dengan janji manis “jangan risau aku jaga set ko ni macam aku jaga bini” atau “aku bagi ko hasil nanti bro, dengar cite banyak ikan port ni” dan pelbagai taktik lain yang membuatkan kita sebagai pemilik sukar untuk menolak. Tak dibagi tunjuk muka, merajuk bagai bila dibagi takut dapat balik set pancing takda rupa set pancing lagi. Pelbagai perkara bermain dikepala. Akhirnya nak taknak terpaksa akur dengan permintaannya.

Hendak dijadikan cerita lepas bagi lesap entah kemana. Awal janji pinjam beberapa hari sahaja tapi kini terus menjadi beberapa minggu, bulan dan ada yang bertahun-tahun. Bila ditanya kita pula yang dimarahi sampai terasa bersalah seperti kita yang meminjam barang dia. Lepas dipaksa sampai ke pintu rumah dia barulah dia mahu memulangkannya. Sakit jiwa tengok kondisi set yang cantik, yang selalu di servis dan dijaga rapi kini serupa macam penyapu sampah diluar rumah. Berlumpur, berlumut, kotor, calar dan macam-macam lagi. Bila dikarau bunyi reel macam bunyi basikal tua. Teringat kembali ratusan duit yang keluar untuk upgrade bearing, aksesori dan menggunakan minyak dan grease yang mahal semasa servis. Sakit hati tidak tertahan.

Bila ditanya ko buat apa dengan set pancing aku? Ko sapu sampah ke?” Di jawapnya “eh macam mana ko bagi aku camtu la aku bagi ko balik dengan nada yang keras”. Rasa yang bagi je terajang setepek kat muka sekali.

Ada pula kes patah riuk rod dibuatnya. Bila di tanya macam mana boleh patah. Di jawapnya “ntah bro aku cast pastu tetibe patah”. Cara dia jawap hendak salahkan rod sememangnya ada problem dan niat sebenarnya mengelak untuk bertanggungjawap.

Banyak pemancing yang langsung tidak bertanggungjawap apabila meminjam barang orang lain. Lagi satu contoh yang menyakitkan hati ialah depan mata kita mereka tidak langsung menyayangi set yang dipinjamnya itu. Sangkut di pokok di sentap-sentap umpama menarik lembu tanpa merasakan ia adalah cara yang salah dan boleh mematahkan rod atau merosakkan reel pancing.

Ada yang lagi teruk set pancing sudah rosak tapi apabila memulangkannya dia langsung tidak ada rasa bersalah untuk memberitahu kita. Kita pula ingat semua okay tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Tiba time mancing baru perasan ada yang tidak kena pada setup pancing itu. Bearing rosak, guide rod bengkok, tali pun dah berbulu teruk…

Sakitnya hanya kita yang faham kerana penat menabung duit untuk membeli satu set yang kena pada jiwa bukan satu proses yang mudah. Ada yang menabung sehingga bertahun lamanya untuk membeli setup yang sesuai dengan teknik pancingannya. Pelbagai pelaburan telah dibuat untuk mendapatkan setup yang betul-betul memuaskan hati tetapi adanya manusia yang suka meminjam tanpa memikirkan rasa ingin bertanggungjawap merosakkan suasana pancingan yang sepatutnya merapatkan kita sebagai pemancing. Jika anda diantara pemancing yang suka meminjam barang orang lain pastikan anda bersedia untuk bertanggungjawap jika terjadinya perkara yang tidak diingini. Hobi kadang-kadang murah untuk anda tetapi tidak murah untuk rakan anda.

Hendak meminta ganti rugi difikirkan sahabat tapi inikah sahabat? Apabila terjadi perkara-perkara begini kita mula serik untuk memberi sesiapa pun meminjam barang kita lagi walaupun rakan yang rapat kerana emosi kita terganggu sebagai peminjam. Bukan kedekut tapi sakit hati yang tidak tertanggung sebenarnya.

Apapun bukan niat kami untuk melarang anda meminjamkan set pancing anda tetapi hargailah rakan anda yang murah hati memberi anda meminjam set yang dibelinya itu. Bukan isu murah atau mahal tetapi sentimental value pada setup pancing itu tiada nilainya. Jika anda benar seorang rakan pancing yang bagus bertanggungjawaplah jika terjadi perkara yang tidak diingini. Hargai pengorbanan rakan anda bukannya mementingkan diri. Jangan rosakkan hubungan kerana set pancing sehingga hilang kepercayaan.

Biar putus tali jangan sesekali putus sahabat. Etika pemancing harus dijaga.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version