Untuk artikel kali ini kami akan membuat review fluorocarbon leader dari brand Okawa Steel. Penggunaan fluorocarbon leader sebagai short/shock leader amat penting bagi kaki caster yang ingin memikat ikan-ikan yang culas dan juga yang memancing di kawasan yang agak mencabar seperti reba-reba kayu atau pun batu kerana ia akan membantu dalam menahan asakan ikan yang membawa lari umpan ke kawasan yang mencabar.
Info yang kami share adalah berdasarkan pengalaman yang kami lalui sendiri semasa menggunakannya. Jadi jika ada kekurangan atau kesilapan ia mungkin ada perkara yang tidak kami sedar. Namun kami berharap ia dapat memberi sedikit panduan yang dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak semasa membeli fluorocarbon leader di masa akan datang.
Kelebihan:
- Lembut – Memudahkan aktiviti casting.
- Knot Mudah – Memudahkan proses mengikat knot.
- Tiada Bunyi Geseran Kasar – Tidak kasar/keras semasa ia keluar dari guide / cincin rod.
- Tiada Tekanan – Kurang memberi tekanan pada guide / cincin.
- Murah – Kerana ia bukan fluorocarbon material shock leader.
- Aksi Gewang / Umpan tidak terganggu kerana materialsnya lembut.
Kekurangan
- Luka – Senang luka kerana talinya lembut.
- Bukan Shock Leader – Ia fluorocarbon leader materials sebab itu ia lembut dan murah. Leader materials biasanya lembut dan kelihatan seperti tali mono. Ia seperti tali campuran dengan materials leader.
- Perlu sentiasa check untuk pastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Mungkin kami jenis mancing daily jadi leader rosak akibat guna pelbagai lokasi semasa membuat ujian lapangan. Tetapi ada yang mengatakan ia senang luka walaupun tidak kena sebarang ikan.
- Tidak sesuai digunakan pada kawasan yang berbatu tajam / teritip / reba yang ekstrem untuk game UL.
Harga dan Poundage
Harga biasanya dijual sekitar RM8-RM12 bergantung pada kedai. Poundage bermula dari 4lb dengan diameter 0.17mm sepanjang 20 meter sehingga poundage yang sebesar 100lb (yang pernah jumpa). Jika anda berada sekitar Kuala Lumpur atau Selangor anda boleh dapatkan Okawa Steel ini di kedai Fisher Tackles, Seksyen 15, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Ah Seng (Loh Mun Seng di Facebook).
Testimoni
Short leader utk main set UL ni sy hanya guna fireline vanish. Brand yg biasa sy takut nk pkai, sy lbh mempercayai jenama yg dh terkenal dan ramai anglers yg pkai… Rupanya angapan sy selama ini meleset… Mulanya sy ingt brand Okawa ni x setanding dgn fireline… Tp bila sy cuba mmg mengejutkn. Kualitinya mmg setanding dgn brand yg berjenama…. Ikatan FG knot bila melalui ring guide pun xde yg sangkut, smooth je keluar…. Ketahanan dr segi melalui batu2 dan reba2, short leader okawa ini mmg Lasak…. Jgn pandang pd brand yg berjenama sahaja… Belum cuba blm tau… – Zack
Kadang-kadang tak land ikan tali da rosak. Miss call kaw kaw. – Rasyid
Ratings
Price: Very Good
Length: Very Good
Sensitivity: Good
Diameter: Good
Abrasion: Fair
Visibility: NA
Strength: Fair
Kesimpulan
Harga fluorocarbon shock leader amat mahal sebenarnya. Ia bukan murah dan ia tidak lembut. Biasanya ia keras dan warnanya agak pudar seperti tali lama.
Walaupun Okawa Steel ini fluorocarbon leader materials bagi kami ia cukup untuk peminat sukan ultralight fishing kerana ia serve the purpose (memenuhi tujuan ia dibuat). Lagi pun kita bukan mencari ikan yang besar atau pun ikan yang sangat culas seperti sesetengah negara luar. Yang pasti dari segi kualiti ia kena pada harganya. Jadi nak demand lebih pun rasanya tidak perlu. Sesuaikan dengan budget anda.
Kami telah cuba dipelbagai kawasan pancingan seperti batu-batu di jeram, berpasir, kayu-kayu, air masin, air payau, air berkeladak dan kami dapati fluorocarbon Okawa Steel ini sesuai dan memenuhi keperluan pada standard harga ia dijual dan disesuaikan dengan target ikan kecil yang kami cari.
Jika anda ada pandangan dan mahu tambah lebih tips sila share dan komen diruangan komen dibawah.
Terima kasih.
Nota:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.