TAK KENAL MAKA TAK CINTA: IKAN HARUAN @ CHANNA STRIATA

Bagi kalangan pemancing di Malaysia khususnya, sudah begitu sinonim dengan ikan haruan dan boleh dikatakan rata-rata pemancing terjebak dengan arena casting disebabkan ikan jenis karnivor ini. Ikan haruan atau nama saintifiknya, Channa striata merupakan ikan air tawar yang mudah ditemui di seluruh kawasan sawah, saliran air, parit, tasik, paya dan kawasan berair di kebanyakan negeri-negeri di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Maka tidak hairanlah, ianya menjadi pilihan kebanyakan pemancing kerana rata-rata di negara kita mempunyai banyak saliran air, parit, tasik, paya, kawasan sawit dan sawah.

1.      SIFAT IKAN HARUAN

Ikan haruan mempunyai saiz mulut yang agak besar dan rangka insang yang membolehkan ianya menelan mangsa dengan sedutan padu seperti vacuum. Berbadan panjang dan mempunyai banyak sirip(atas, pertengahan badan bawah,ekor dan sirip kecil kiri kanan dan dua sirip kecil bahagian bawah hadapan) membolehkan ikan ini bergerak laju untuk menyerang. Ikan ini akan timbul ke permukaan air untuk mengambil udara dan kemudiannya kembali menyelam ke petengahan dan dasar.

 

SUMBER PHOTO : GOOGLE

Sikap agresif dan menjaga wilayah menjadikannya sebagai ikan pemangsa yang gemar menyerang hendap apabila kawasannya dicerobohi, dan lebih menjadi agresif sekiranya sedang membawa anak-anak. Disebabkan itu apabila gewang top water digunakan dan menganggu anak-anak yang selalunya diatas permukaan air, sang ibu akan membaham umpan, bukan kerana sang ibu lapar tetapi dia cuba melindungi anak-anaknya. Disebabkan itu, ikan ini menjadi pilihan pemancing yang gemarkan top water game dan semestinya menjadikan jantung dan andrenaline pemancing berdebar-debar apabila gewang mereka disambar haruan ini.

Secara peribadi, boleh dikatakan ikan ini lebih gemar memilih kawasan yang teduh dan cuba elakkan berada di kawasan yang terdedah secara terus cahaya matahari. Oleh yang demikian, waktu yang terbaik untuk memancing adalah waktu pagi dan petang, suasana yang redup akan memberikan sedikit kelebihan.

Selain itu, pemacing perlu memastikan umpan didaratkan dengan tidak terlalu kuat sehingga berlaku kocakan air kerana ikan haruan berkemungkinan akan mendiamkan diri dan kebarangkalian tidak membaham umpan anda. Kadangkala apabila air tinggi, ikan ini bersifat culas dan kurang selera dengan permainan topwater. Oleh itu, pemancing juga harus/perlu bijak membuat pemilihan gewang, sekiranya top water tidak memberi kesan maka cuba tukar dengan gewang selaman dalam.

2.     GEWANG MEMIKAT HARUAN

Terdapat pelbagai gewang yang boleh anda cuba untuk memikat haruan, ikan haruan bukanlah spesis ikan yang begitu cerewet dengan rupa dan bentuk gewang. Disini saya kongsikan pelbagai jenis umpan selain umpan hidup seperti katak, cicak dan cengkerik:-

(I) SOFT FROG

Merupakan umpan tiruan yang dihasilkan melalui getah lateks, coating bersama cat yang sesuai dan berbentuk seperti katak sebenar. Selalunya softfrog yang menjadi pilihan saya adalah bersaiz 4cm kebawah dan berat 7g untuk topwater dan 9g atau 10g ke atas untuk selaman bawah. Komponen softfrog adalah terdiri daripada body, kail, timah, blade dan kelili kecil.

(II) JUMP FROG (JF)

Umpan yang dihasilkan melalui kayu, mempunyai sedikit skirt (rambu) yang diletakkan di depan kail dan selalunya bahagian depan jump frog (JF) akan menghasilkan kocakan air untuk menarik perhatian si haruan. Ada beberapa jenis jumpa frog di pasaran dan memerlukan pelbagai teknik untuk menggayakannnya. Ada yang perlu kayuhan laju untuk JF hasilkan kocakan air dan setengah JF perlu kayuhan santai untuk hasilkan kocakan air. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri.

SUMBER PHOTO : GOOGLE

TEKNIK PENGGUNAAN SOFT FROG & JUMP FROG

Baling softfrog dan jumpfrog ini sehingga ke kaki tali air (tebing) dan pastikan umpan ini didaratkan dengan kocakan air yang sedikit, kemudian karau secara perlahan-lahan hingga anda merasakan umpan anda disedut (VACUM) oleh sang haruan, diarkan dalam 3-5 saat dan sentak untuk dapatkan hookup yg solid.

Bagi penggemar Ultralight (UL), pastikan saiz soft frog dan jump frog yang sesuai dengan setup anda supaya tidak mengganggu fokus balingan anda.

Kedua-dua gewang ini sangat sesuai untuk digunakan di kawasan heavy cover.

(III) SOFTPLASTIC

Gewang yang diperbuat daripada getah lembut, beraksi seolah-olah ikan dan dipadankan dengan hook yang sesuai. Penjelasan panjang boleh dirujuk di ruangan Apa Kata Pemancing: Mengapa Saya Suka Soft Plastik? Yang telah dikarang oleh Saudara Zamisma Abu.

(IV)SPINNERBAIT

Gewang ini boleh dikatakan antara gewang killer untuk selaman dalam bagi memikat ikan jenis channa terutamanya haruan. Gewang ini akan mempunyai bilah kipas yang akan mengeluarkan bunyi bising ketika dalam air dan mempunyai skirt yang berwarna warni. Terdapat dua jenis kipas yang selalu digunakan iaitu jenis Colorado” dan Willow”,dimana selalunya colorado berbentuk seperti kerang dan menghasilkan getaran yang lebih kuat manakala willow pula lebih baik dalam menghasilkan kilauan di dalam air. Bagi penggemar UL, pastikan saiz “Spinnerbait” yang sesuai dengan setup anda supaya tidak menganggu lontaran anda ke spot idaman. Pemilihan dan penjelasan ringkas boleh dirujuk pada ruangan saya yang lalu iaitu Pemilihan Gewang “SPINNERBAIT” Mengikut Keadaan Air.

(IV) RUBBER JIG

Seterusnya ialah “Rubber Jig”, merupakan satu lagi gewang selaman dalam, gewang ini adalah gabungan daripada jighead, skirt dan softplastic. Sekilas pandang, gewang ini kelihatan seperti spinnerbait tetapi tidak mempunyai blade/spinner. Gewang ini mempunyai tiga kriteria utama yang menarik perhatian haruan apabila di dalam air iaitu skirt akan mengembang dan menampakkan gewang lebih besar, dan apabila skirt mengembang ianya akan turut menonjol action renangan softplastic yang dipadankan bersama serta yang terakhir semasa ikan datang menghampiri, daya tolakan ikan akan menyebabkan skirt bergerak seolah-olah melambai-lambai memanggil ikan hehe.

Disini saya kongsikan beberapa gambar hasil rubber jig ciptaan saudara Mohd Huzairy Mohd Rezuan. Menggunakan setup ultralight (UL) dalam memikat haruan pastinya membuatkan jantung berdegup lebih kencang dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada anda.

SUMBER FOTO: HUZAIRY WORKS

(V) BLADE

Rekabentuk blade ini berbentuk seperti anak ikan dimana rangka badan terdiri daripada kepingan besi yg nipis Dan disalut dengan sticker yg beri kilauan semasa Dalam air.

Memandangkan beratnya Dalam 11@12g, pemancing dapat melakukan lontaran yang jauh ke spot idaman. Semasa karauan, blade ini Akan menghasilkan aksi “GELEK” Dan menghasilkan getaran yg kuat didalamnya air. Badan yg memantul kilauan disertakan dengan bunyi getaran yg kuat sudah semestinya akan memikat Dan menarik perhatian ikan ikan Yang culas atau ikan Yang suka berada didasar air.

Blade ini sesuai digunakan untuk kawasan yang mempunyai paras air Yang tinggi Dan Dalam, namun perlu berhati hati jika kawasan yang banyak Reba atau samai disebabkan kebanyakan blade ini didatangkan bersama treble hook. 

SUMBER PHOTO: MOHD HAFEDZ

v) SPOON

Merupakan salah satu gewang selaman dalaman yang berkesan ketika cuaca terik dan air keruh. Merupakan kepingan besi yang dibentuk memanjang, dipadankan dengan single hook atau treble hook serta mempunyai aksi renangan “S” apabila dikarau. Secara peribadi saya lebih gemar memastikan spoon berada di pertengahan air (tidak terlalu ke bawah dasar dan tidak terlalu tinggi dari paras air), lontar dan pastikan spoon tenggelam di pertengahan air, karau dan jerk ke atas, biarkan ianya tenggelam semula. Ulang langkah ini sehingga spoon disentap pemangsa.

  

SUMBER PHOTO : ZAMISMA ABU

3.     KAWASAN HABITAT

(a)   Ladang Sawit

Kebanyakan ladang sawit di negara kita akan mempunyai lorong-lorong tali air yang membolehkan pokok-pokok kelapa sawit menyerap air selain menjadi sumber air utama kepada ladang tersebut. Semestinya lorong-lorong ini mempunyai pelbagai jenis ikan yang menghuni disitu dan secara jujurnya, saya paling gemar turun ke ladang sawit apabila musim hujan kerana kebanyakan si mega akan keluar dari kediaman asal dan berkeliaran ke kawasan ladang yang dinaiki air.

 

Secara peribadi, saya acapkali teruja bila dapat peluang untuk memancing dikawasan ladang sawit kerana kebiasaannya, haruan berskala 700g ke atas menanti untuk membaham gewang anda. Selain saiz mega, ikan haruan di sawit juga agak lasak dan tidak mudah berputus asa menyerahkan diri. Berikut adalah antara gambar saya di ladang sawit.

(b) Saliran Air (Tali Air)

Merupakan kawasan terbuka dan adalah saliran utama air daripada empangan, ladang sawit atau sawah yang mengalir ke satu tali air. Banyak ikan-ikan yang terlepas daripada empangan atau saliran utama ke tali air dan berkemungkinan dalam kuantiti yang agak banyak. Selalunya ikan haruan lebih galak ketika saliran air sedang susut.

Dan saya sarankan agar pemancing kerap menukar gewang dan bijak memilih gewang yang sesuai untuk digayakan apabila paras air tinggi, ini kerana kebanyakan ikan haruan akan berada di pertengahan atau bawah ketika air tinggi. Pelbagaikan gewang, pelbagaikan teknik, insyaALLAH akan berhasil memujuk haruan.

(c) Kolam Takungan

Setakat ini, kebanyakan kolam takungan banjir di kawasan-kawasan perumahan juga kerap menjadi spot utama saya dan ada juga memberi hasil yang lumayan. Kawasan ini memerlukan gewang selaman dalam untuk memikat haruan. Paling kerap saya gunakan adalah softplastic dan spinnerbait bagi memujuk ikan pemangsa ini.

4.      KHASIAT IKAN HARUAN

Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa kebanyakan pemancung gemar memancing ikan haruan berbanding ikan lain. Ikan haruan ini selalunya berbau hanyir dan rupa agak mengelikan bagi setengah orang. Selain dari cara sambaran dan aksi semasa fish on, sebenarnya ikan haruan ini mempunyai pelbagai khasiat Yang tidak diketahui ramai.

Pensyarah Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, Universiti Monash, Dr Ahmad Faroukh Musa, dalam kajiannya membuktikan spesies ikan paling menyerlah khasiatnya adalah Channa striatus atau lebih dikenali sebagai haruan di Asia.

Beliau berkata, h

asil pemantauan prestasi dan kadar penyembuhan pesakit yang diberi pil pati haruan berbanding plasebo, cukup menakjubkan. Menurut Dr Ahmad, ekstrak haruan sememangnya mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Channa striatus mengandungi glisin, asid amino penting yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

Ia juga mempunyai asid arakidonit dan asid lemak tak tepu pada tahap tinggi yang menghasilkan kesan antiradang serta menggalakkan sintesis prostaglandi

n, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu.

Paling menarik, ia juga menggalakkan pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka.

Tambah beliau, kaedah terbaik untuk mendapatkan khasiat pemakanan terbaikdaripada haruan adalah dengan menyediakan sup panas atau bubur.

Adakalanya haruan digoreng, namun lebih kerap disediakan sebagai sup. Selain kadar pemulihan yang lebih cepat selepas pembedahan, ekstrak haruan juga menawarkan kelebihan lain dari segi sumber dan manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan.

KESIMPULAN

Ikan haruan ini sebenarnya bukanlah bersifat memilih/cerewat tetapi sebenarnya lebih kepada bagaimana pemancing mempelbagaikan aksi mainan umpan palsu mengikut kesesuaian keadaan/spot.

Sekian itu sahaja yang saya kongsikan pada ruangan kali ini, sebenarnya banyak ikan di negara kita mempunyai pelbagai manfaat jika digunakan sebaiknya, seperti haruan, walaupun rupanya tidak cantik tetapi khasiatnya terlalu baik untuk kita. Oleh itu, jangan sesekali JUDGE BOOK BY ITS COVER

Sesuai dengan yang tajuk saya nyatakan diatas, TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.