Tidak kira anda dari jenis pancingan yang mana, apa yang penting kita sebagai pemancing harus belajar serba sedikit teknik pancingan yang lain supaya tidak ketinggalan dari segi ilmu. Ilmu ada dimana-mana jika kita berusaha memperbaiki diri setiap masa. Jangan hanya bergantung kepada ego atau taksub kepada sesuatu jenis pancingan dan tidak menikmati jenis pancingan lain yang lebih efektif dan sesuai dengan keadaan.
Adakah rigging bottom sesuai dengan game ultralight fishing?
Seperti yang selalu saya katakan pada semua kawan-kawan lain. Saya pemancing all-rounder dan saya akan menggunakan pelbagai teknik untuk memikat ikan. Tidak kira apa jenis pancingan sekalipun ia sesuai jika caranya diperkemaskan mengikut kesesuaian maka tidak apa yang mustahil dan semuanya adalah sesuai. Apa yang perlu adalah imaginasi dan sedikit kreativiti. Masih ingatkah anda artikel awal mengenai “Matching dan Balancing”? Di sini ia tetap mengamalkan asas yang sama. Anda harus adjust setiap aksesori yang anda ingin gunakan untuk disesuaikan dengan setup ultralight anda.
Kebiasaannya kaki bottom dipandang rendah oleh caster-caster. Percayalah bahawa kaki bottom mempunyai ilmu yang tiada tolok tandingan dalam skils membuat rigging. Mereka harus dihormati kerana sabar mencari cara yang terbaik untuk memujuk ikan dengan pelbagai teknik rigging. Terdapat pelbagai cara membuat rigging untuk kaki bottom. Apa yang penting ialah imaginasi untuk memikat ikan yang dicari. Tidak semestinya kita mengikut cara orang lain namun cara orang lain ini adalah yang biasa digunakan sekian lama dan telah terbukti memberi result.
Dibawah ini adalah contoh-contoh teknik asas rigging bottom yang diambil dari pelbagai sources untuk tujuan memberi sedikit panduan. Selamat mencuba dan jangan lupa share ilmu anda jika anda arif dengan ilmu membottom.
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.