Teknik mengarau/menarik merupakan salah satu teknik yang penting untuk kita mendaratkan ikan melalui kaedah casting. Kali ini kita akan lihat beberapa teknik mengarau dengan menggunakan softplastics. Amat penting untuk kita mempelbagaikan teknik mengarau softplastics mengikut spesis ikan target yang ingin dicari, keadaan air, jenis rigging yang digunakan, dan jenis softplastics yang kita pakai.
Kenapa penting? Ada kalanya ikan menjadi pasif dan tidak akan mengejar softplastics yang dikarau secara laju. Ada kalanya keadaan air terlalu jernih hingga karauan perlahan menampakkan softplastics itu bukan seperti ikan sebenar(Ikan pun pandai memilih umpan, itulah salah satu sebabnya kenapa ikan tidak mengejar dan menyambar softplastics yang lalu di depan mata). Ada kalanya juga, kita memerlukan karauan yang diselang seli dengan rod jerk dan twitch, dan kombinasi pause untuk casting ikan bulan.
Itulah sebabnya kenapa kita perlu tahu pelbagai teknik karauan softplastics supaya kita dapat mendaratkan ikan. Lihat beberapa video pilihan saya di bawah untuk teknik-teknik yang boleh kita pelajari. Selamat menonton!
Semoga berjumpa lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.
Pemancing biasa yang baru terjebak dalam dunia Ultralight Fishing. Oh indahnya~