Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Teknik penggunaan pelampung dalam pancingan Ultralight

Selain kaedah casting dan bottom, kaedah menggunakan pelampung juga merupakan salah satu teknik yang boleh kita gunakan dalam pancingan ultralight. Sebagai contoh, teknik penggunaan pelampung merupakan kaedah yang paling berkesan untuk memancing ikan tamok/belanak.

Tapi, pelampung jenis apa yang sesuai digunakan untuk pancingan ultralight? Pelampung pada gambar di atas tidak sesuai digunakan kerana saiznya yang besar dan berat. Rod ultralight yang kita gunakan tidak dapat menampung beban berlebihan dan kemungkinan besar balingan akan terganggu, dan ada kemungkinan juga rod akan patah. Ingat, dalam dunia pancingan ultralight, segalanya tentang matching dan balancing.

Jadi, pelampung yang kita gunakan juga perlulah matching dengan setup kita yang ultralight. Pelampung pada gambar di atas amat sesuai digunakan kerana saiznya yang kecil, dan ringan(beratnya lebih kurang 1 gram sahaja). Tapi, untuk penggunaan pelampung jenis slip bobber ini, kita perlulah juga menggunakan batu ladung kecil dan stopper. Teknik penggunaan pelampung jenis ini boleh dilaras mengikut kehendak kita. Cara melarasnya ialah dengan menaikkan atau menurunkan stopper yang dipasang pada tali.

Jenis dan saiz batu ladung yang sesuai
Stopper yang diperbuat dari getah

Ini pula gambar setup pelampung boleh laras yang telah siap dipasang. Stopper pertama perlu dipasang terlebih dahulu, dan diikuti dengan memasukkan pelampung dan batu ladung, dan kemudiannya dipasang stopper kedua. Bahagian hujung tali perambut akan diakhiri dengan ikatan mata kail.

Contoh setup pelampung boleh laras

Mudah kan? Selalunya saya akan menjarakkan stopper kedua dengan mata kail dalam ukuran sejengkal, dan stopper pertama pula mengikut kedalaman air dan keadaan dasar yang berbatu atau tidak. Ini akan memudahkan proses balingan kerana pelampung dan batu ladung berada hampir pada hujung perambut. Apabila mencecah air, pelampung akan menggelungsur ke atas dan ditahan oleh stopper pertama. Teknik ini amat mujarab untuk memancing ikan tamok/belanak.

Selamat mencuba! Semoga bertemu lagi di artikel yang akan datang, InsyaAllah.

Exit mobile version