Tips Memancing Ikan Tengas Dengan Setup Ultralight

Memancing ikan Tengas adalah amat mudah bagi otai-otai yang biasa masuk ke hutan membottom. Mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk memujuk ikan ini memakan umpan yang mereka bawa.

tengas-daun

Spesis

Terdapat 2 jenis ikan tengas iaitu Neolissochilus soroides & Neolissochilus hendersoni. Gambar dibawah ialah jenis yang dikenali sebagai tengas daun or Poropuntius smedleyi. Manakala spesis Neolissochilus hexagonolepis sebenarnya sukar ditemui di Malaysia. Struktur badan ikan ini biasanya berdasarkan tempat yang di diami, kelajuan air dan diet persekitaran.

Namun bagaimanakah jika ia melibatkan pancingan ultralight?

Satu ketiga dahulu semasa masih aktif masuk hutan sememangnya wajib mencari ikan tengas untuk dijadikan lauk kerana ia adalah ikan yang paling mudah untuk dipancing. Saiz sebesar 2-4 jari menjadi pilihan kerana isinya yang manis memang lazat di goreng atau di buat sup. Dalam hutan semua makanan menjadi sedap walupun tidak sedap. 🙂

Umpan seperti kelapa sawit yang dihiris halus atau menggunakan biskut marie, roti gardenia, lebihan nasi boleh dijadikan umpan. Amat penting mata kail seeloknya bersaiz kecil supaya ia mudah menelan umpan.

Namun apabila ia melibatkan casting mungkin ramai yang akan garu kepala memikirkan cara terbaik untuk memikat ikan jenis yang suka menyorok dicelah-celah batu atau kayu. Bagaimanakah cara terbaik untuk memikat tengas ini?

kawasan-berarus-dan-berbatu-ikan-tengas

Sejujurnya apa yang bakal saya share ialah beberapa tips yang saya sendiri guna untuk memikat tengas dengan kaedah casting.

1. Jarak First Cast Ikan Tengas

First cast adalah amat penting kerana ikan tengas adalah sejenis ikan yang amat sensitif. Nampak sahaja bayang manusia ia akan lari menyorok atau akan mula rasa terancam dan mula menjadi liar ketakutan. Jadi semasa memancing jika anda nampak spot yang menarik cubalah cast dengan jarak yang jauh. Peluang lebih tinggi untuk mendapat strike.

arus-laju-ikan-tengas  kawasan-berbatu-ikan-tengas

2. Umpan Ikan Tengas Yang Sesuai

Asas yang biasa saya guna ialah ikan kecil memerlukan umpan yang logik saiznya supaya ia mampu membuat serangan sebagai pemangsa. Jadi diet ikan tengas yang biasa saya guna ialah bersaiz 5cm dan kebawah seperti micro spoons, gewang minnow dan soft baits. Menggunakan micro spoons yang kecil mampu memikat ikan tengas kerana ia lebih mimik pada anak-anak ikan. Amat penting teknik casting umpan yang dipakai dilakukan dengan betul.

ikan-tengas-dengan-grenti-strike-minnow ikan-tengas-dengan-grenti-strike-trout-spoon

Tengas cukup suka jika ada serangga atau makanan yang jatuh lembut atas permukaan air. Jadi teknik casting dan sambil memegang/menahan tali supaya umpan jatuh lembut adalah amat penting.

3. Target Spot Ikan Tengas

Tidak lupa juga spot casting adalah antara faktor utama. Anda harus mengetahui dimana biasanya tengas akan berada atau menyorok menunggu mangsa. Kebiasaannya tengas suka mengendap di celah-celah kayu/reba, jeram yang laju airnya dan celah-celah batu. Jadi pastikan lontaran anda seharusnya di antara spot tersebut.

kawasan-berarus-kesukaan-ikan-tengas

Kesimpulan

Penggunaan setup yang sesuai mampu memberi kepuasan. Setup ultralight untuk ikan yang bersaiz kecil adalah antara yang sesuai sekali. Rod yang mempunyai action slow, moderate fast atau moderate mampu memberi kepuasan jika umpan yang sesuai di gunakan.

Selamat mencuba.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.