Tips Memburu Siakap Putih Menggunakan Kanicen Nix – Grenti Strike by Amzar Syazani

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix
Tajuk artikel: Tips memburu siakap putih menggunakan Kanicen Nix Grenti Strike
Nama profile fb:Amzar Syazani
Rod: Kanicen Nix Sengat 1-6lb
Reel: Shimano Ultegra Advance C2000hgs
Mainline: Berkley Fireline 6lb
Species ikan: siakap putih
Lure: Kanicen Nix Grenti Strike series
Hashtag: #KanicenNix #GrentiStrike #LocalBrand #SupportLocal #UltralightAnglers #UltralightAngling #UltralightFishing #MalaysiaFishing
Slogan: saya suka produk kanicen nix kerana memang sudah terbukti produk ini sangat mantap dan sesuai digunakan di perairan Malaysia.

Ikan siakap putih adalah antara spesis buruan pemancing ketika memancing di kawasan muara. Larian padu serta lompatan akrobatiknya memberikan ‘thrill’ yang berbeza kepada pemancing. Memburu siakap liar memerlukan skill dan teknik yang berbeza berbanding siakap di kolam bayar. Penulis ingin berkongsi tips untuk memburu siakap liar melalui pengalaman penulis menggunakan soft plastic (sp) keluaran Kanicen Nix Grenti Strike.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap

Fahami Diet

Ikan siakap putih kebiasannya hidup dikawasan muara bersama dengan ikan lain seperti siakap merah dan ikan bulan. Ikan belanak, ikan kecil dan udang adalah diet utamanya. Jadi pemilihan gewang atau softplastic perlulah seiring dengan diet utamanya. Sp bersaiz 7cm dan kebawah sememangnya mampu menarik perhatian raja muara ini. Sp daripada Kanicen Nix Grenti Strike amatlah sesuai diguna pakai ketika memburu siakap. Grenti Strike Curlee, Elastico dan Candy adalah pilihan utama saya. Model Grenti Strike yang lain juga berkesan tapi melalui pengalaman saya, tiga model ini saya merupakan killer siakap. Tiga sp ini merupakan sp wajib ada didalam tackle box setiap kali memburu siakap. Tips saya? Pilih warna yang terang seperti putih, kuning, hijau fluoresen dan pink. InshaAllah berhasil.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-sengat-white-grub

Fahami Perangai dan Habitat

Lain orang lain ragam, begitu juga dengan ikan. Siakap putih dan siakap merah walaupun kedua duanya adalah siakap, cara mereka memburu mangsa adalah berbeza. Jadi kita perlu fahami perangainya jika ingin mendaratkannya. Kawasan berstruktur seperti reba, kawasan redup seperti bawah pokok adalah spot paling utama saya akan pilih sekiranya memburu siakap. Satu benda paling penting untuk kita tahu tentang siakap putih ini adalah ia kurang aggresif ketika memburu mangsa, berbeza dengan siakap merah yang lebih aggresif. Saya boleh katakan siakap putih ini sebagai ikan yang malas. Ia akan duduk di satu kawasan berlindung seperti reba, bawah pokok ataupun pokok yang tumbang, sekiranya mangsa lalu betul betul dihadapannya baru ia menyerang. Ia juga bersifat menjaga kawasan. Sekiranya ada rasa terancam ia tidak teragak2 untuk menyerang. Kita perlulah kreatif tentang bagaimana cara untuk trigger ikan ini bagi menyambar gewang.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-fluorescent-grub

Teknik Memancing

Disebabkan ikan ini mendiami di bahagian dasar. Sp perlu dimainkan dibahagian dasar. Setelah lontarkan sp di spot yang berpotensi, biarkan ia tenggelam seketika sebelum lakukan karauan yang perlahan diselangi dengan jerk. Jika masih tiada hasil , jerk yang pelahan dan pause juga boleh dicuba. Yang penting disini adalah sp perlu bermain dikawasan dasar. Kerana kebiasaannya siakap ini hanya menyerang sp jika betul betul berada dihadapannya. Lenggokan ekor paddle sp candy dan elastico mampu menggugat keimanan siakap yang melihatnya. Dua sp ini saya suka gunakan jika ingin lakukan karauan perlahan, getaran pada ekor memberikan bonus ketika memburu siakap. Kadang2 karuan perlahan tanpa jerk pun mampu menundukkan siakap! Memang mantap. Jika saya menggunakan teknik slow jerk and pause sp Curlee, Squido dan Flexi Tail lebih sesuai. Semuanya bergantung kepada mood ikan. Sebaiknya sediakan beberapa warna dan yang penting pemancing perlulah kreatif dalam menggayakan sp. Lain tempat lain teknik, tetapi dua teknik yang biasa saya gunakan ini saya telah aplikasikan di muara sungai di negeri selangor dan pahang, sememangnya berkesan.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-fluorescent-curly-tail

Penyediaan Set Pancing

Jika ingin memburu siakap dikawasan muara sungai, penggunaan set ultralight atau light sudah memadai. Saya menggunakan rod ultralight Kanicen Nix Sengat. Poundage 1-6lb dengan panjang 6’7″ memberikan perlawanan yang adil buat saya dan sang siakap. Apa yang saya suka dengan joran Sengat adalah ia sangat sensitive hinggakan getaran kecil pada ekor sp paddle tail pun dapat dirasai pada tip joran. Joran Sengat yang sensitive membantu saya membuat hookup dengan cepat jika ikan menyambar sp. Setelah hookup dilakukan, jarang sekali ikan ini melarikan tali ke kawasan reba. Kebiasaannya ia akan pergi ke kawasan lapang dan melakukan lompatan akrobatik bagi melepaskan gewang yg dimulut atau memutuskan tali pancing. Inilah sebab kenapa ramai kaki pancing begitu tertarik dengan siakap putih ini, kerana lompatan akrobatiknya. Pipinya yang tajam mampu memutuskan tali pancing. Jadi shockleader jenis fluorocarbon adalah lebih sesuai digunakan. Leader jenis fluorocarbon ini lebih tahan lasak kerana materialnya yang membuatkan tali ini lebih keras namun yang paling utama tali fluorocarbon ini adalah ianya invisible ketika dalam air.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-sengat-ultralight-rod

Etika Pemancing

Sambil kita memancing, kita perlu jaga kebersihan kawasan memancing. Jangan akibat perbuatan kita, hidupan akuatik jadi mangsa. Sudah banyak kes kawasan memancing yang dijadikan kawasan larangan memancing oleh pihak berkuasa semuanya akibat sikap pemancing sendiri. Kita terlalu memuja muja setup pemancing luar, tapi kita terlupa satu perkara paling asas, attitude. Lihat bagaimana etika pemancing luar ketika memancing. Selain itu, Berikutan taburan ikan siakap liar kini semakin berkurangan, sebagai pemancing saya amat menyokong aktiviti catch and release untuk menjaga kelangsungan spesis ini agar pemancing generasi selepas kita juga dapat merasai spesis spesis ikan pada hari ini.

amzar-syazani-kanicen-nix-grenti-strike-siakap-catch-and-release

Demikian adalah sebahagian tips melalui pengalaman penulis sendiri ketika memburu siakap putih menggunakan sp daripada Kanicen Nix Grenti Strike. Seperti yang saya tulis didalam artikel saya, lain tempat mungkin lain tekniknya. Yang penting kita sebagai pemancing perlulah kreatif. Fikir diluar kotak dan sentiasa cuba benda yang baru kerana pengalaman merupakan guru terbaik kita.

Saya akan sentiasa support produk Kanicen Nix! Mantap!

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.