Tips Pancing: Cara Menetapkan Spool Tension Untuk Baitcasting Reel

Lain pemancing lain cara. Apa yang bakal saya share untuk kawan-kawan adalah perkara biasa yang saya sendiri gunakan untuk adjust spool tension bagi reel bait casting. Cara ini dapat mempercepatkan penggunaan reel bait casting dengan cara yang mudah dan cepat lebih-lebih lagi pada mereka yang sentiasa mengalami kesukaran dalam menggunakan reel bait casting. Pada penggemar pancingan ultralight membuat lontaran gewang ringan boleh menyebabkan kemurungan kerana bukan mudah jika anda tidak belajar cara yang betul.

Cara ini juga membolehkan anda dapat mengurangkan isu-isu seperti birdnest (meehun) dan mempercepatkan pemahaman dalam membuat pemilihan gewang yang bersesuaian dengan setup anda.

Cara-caranya ialah:

1. Sila tengok minima berat lure dekat rating rod anda. Contoh lure weight rod ultralight anda ialah 2-6g, jadi minima berat lure untuk rod tersebut adalah 2g. Sila gunakan rating mainline yang di rekomenkan oleh rod untuk memastikan setup balance dan memudahkan anda dalam mendapatkan performance yang di inginkan.

2. Ambik berat lure yang paling rendah di rekemen oleh rod iaitu 2g (contoh).

3. Ambil rod, reel yang siap dengan tali dan pasangkan lure.

4. Ketatkan spool tension tekan spool released button (thumb bar) sehingga lure tidak turun.

5. Kemudian longgarkan spool tension sehingga lure turun ke bawah tanpa spool over run (tali tidak tersembur keluar).

6. Setting spool tension hanya sekali untuk lure yang paling ringan. Jika anda menukar lure yang lebih berat tidak perlu lg setting spool tension.

7. Cuba cast dengan on kan (membuka) semua brake dan mula kurangkan brake untuk mencari distance tanpa birdnest.

Selamat mencuba buat beginner seperti nubis. We know we share. Learning will never end.

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

apa-itu-drag

Apa Itu Drag Reel?

Pemilihan drag yg terbaik bergantung kpd ikan, set, situasi dan skil pemancing itu sendiri. Keputusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.