Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Tips Pancing: Rod Lembut vs Rod Keras?

Arguement tentang rod lembut poundage tinggi dengan rod keras poundage rendah memang umpama isu CNR dan tapau. Tidak akan habis selagi kita masih tidak mahu menerima fakta. Kat sini nubis ingin bercerita sikit tentang rod. Jika kita belajar perbezaan tentang rod power vs rod action tentunya tiada arguement tentang rod lembut poundage tinggi dan rod keras berpoundage rendah.

Rod lembut disebabkan oleh action rod tersebut bukan di sebabkan oleh power rod tersebut. Apa beza rod action vs rod power. Itu belum ambil kira lagi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rod blank tersebut seperti carbon, fibre glass, graphite dan lain-lain. Setiap rod menggunakan material yang berbeza dengan kekuatan atau tahap lenturan yang berbeza. Saiz rod blank juga memain peranan. Ketebalan juga memainkan peranan di mana ada rod berjenis hollow dan ada yang solid. Masing-masing direka untuk kegunaan tersendiri. Banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi kekuatan rod dan yang memainkan peranan masing-masing untuk kelembutan atau kekerasan rod blank tersebut.

Action rod adalah mengenai berapa banyak lenturan rod tersebut. Contoh action rod seperti:

Extra fast – Lenturan rod lebih kepada hujung rod tersebut. Dalam 1 atau 2 cincin pertama.
Fast – Lenturan rod lebih kurang 1/3 rod tersebut.
Moderate – Lenturan rod lebih kurang 1/2 rod tersebut.
Slow – Lenturan lebih kurang 3/4 dari rod tersebut.

Rod power adalah line rating yang di rekomen oleh manufacturer. Contoh line rating bagi rod tips kecil diameter 1.0mm manakala butt rod 7.1mm line rating yang sesuai digunakan oleh blank rod tersebut adalah di antara 2-6lb. Bukan atas tips 2lb bawah blank 6lb ini adalah satu pandangan perabadi yang salah. Bayangkan jika kita mengikut pandangan peribadi yang salah sudah tentu kita tidak boleh menggunakan lebih dari 2lb di sebabkan oleh rod tips tidak dapat menahan sehingga 6lb. Itu secara logiknya. Line rating disesuaikan oleh manufacturer rod melalui ujian yang di lakukan oleh manufacturer itu sendiri. Ia lebih computerized dan mempunyai satu standard yang disesuaikan dengan pembuatan rod.

We are user not manufacturer. Sedikit ceritera mengenai rod. Nubis baru nak belajar memancing jika ada salah dan silap mohon tunjuk ajar dari semua.

Kredit: Rosli Othman

Untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan dengan rod sila rujuk artikel-artikel yang lebih lengkap di bawah ini.

Mengapakah Rod Pancing Diberi Rating dan Apakah Tugas Utama Rod Pancing?

Memahami Klasifikasi Line atau Klasifikasi Rod Pancing Anda

Tips Pemilihan Rod Pancing Yang Sesuai Berdasarkan Power, Aksi dan Panjang

Tips on Fishing Rod Selection Based on Power, Action and Length

 

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version