Spesifikasi Ringkas Shimano Sienna 500FG
ITEM CODE: SN500FG
MONO: 2/190, 4/100, 6/60
BRAID: 5/135, 8/105,10/65
WEIGHT: 180G
BEARINGS: 3+1
GEAR RATIO: 5.6:1
RETRIVE PER CRANK(IN): 27
MAX DRAG: 4LB
Setelah beberapa lama mengkaji dan meneliti part-part saya ambil keputusan untuk upgrade reel Shimano Sienna 500 FG yang biasa supaya menjadi lebih dari luar biasa.
Project upgrade ini menelan kos lebih dari harga reel kerana menggunakan part original shimano.. Namun oleh kerana minat dan passion terhadap reel Sienna 500 FG yang mempunyai max drag 2kg yang paling rendah dalam keluarga SHIMANO maka di teruskan juga tanpa mengambil kira kos dan hanya untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI.
Apa yang saya suka tentang reel ini adalah kerana kelancaran (smooth) dia walaupun murah dan body dia yang tidak flex seperti reel yang beharga lebih kurang sama dengannya. Reel ini datang dengan warna hitam merah seakan akan mid end model seperti Stardic ci4+ dan terbaru ialah Shimano Vanford. Walau apa pun model ini tetap model reel budjet murah yang terbaik dari SHIMANO untuk game Ultralight.
Antara 8 Kelemahan Model Sienna 500 FG:
1. Handle sub yang berat dan panjang 45mm. Tidak boleh tukar knob kerana rivet (perlu tebuk lubang dengan drill untuk tukar knob).
2. Material gear biasa (tukar kepada gear Hagane dari Soare bb 500 s untuk prestasi lebih baik).
3. Tiada getah seal untuk drag knob dan bunyi click kurang enak.
4. Bibir spool yang tebal menyebabkan banyak geseran dan mengurangkan kelancaran tali keluar yang mempengaruhi jarak casting. Spool kosong tiada corak yang menarik.
5. Tiada bunyi clicker di bail arm.
6. Tiada Friction ring. Kadang-kadang bail arm tertutup dengan sendri. Itu adalah kelemahan sienna secara umumnya. Kegunaannya apabila bail arm di buka ia mengelakkan dari bail arm bergerak bebas dan tertutup sendiri supaya dapat mengelakkan dari line snap jika bail arm tertutup sendiri semasa casting.
7. Hanya menggunakan bearing biasa. Boleh upgrade bearing SARB jika mahu.
8. Hanya 3+1 bearing sahaja. Bearing drive gear kiri kanan, pinion dan one way.
Walaupun begitu kelemahan kelemahan itu adalah disebabkan oleh faktor harga reel tersebut. Padan dengan harga dan quality lah orang kata.
Oleh kerana nak improvekan performance dari standard (biasa) saya melakukan beberapa upgrade dengan menggunakan parts dari Soare BB dan Shimano Nasci. Kebanyakkan parts adalah plug n play. Handle dan screw cap handle di pinjam dari reel Stradic Ci4+ 1000 FA yang ada dalam koleski saya. Nanti ada modal kita beli lain pula. Sikit-sikit dulu walaupon nampak macam major upgrade. Line roller original jika hanya masukkan line roller busing sudah boleh guna bearing cuma ianya terlalu rapat dengan bail takut nanti makan tali dan perlu di tukar sekali line roller.
9 parts yang di gunakan untuk upgrade adalah seperti di bawah:
1. Drive gear 18 soare bb 500 s
2. Handle assembly 40mm Stradic ci4+ 1000 FA
3. Handle screw cap Stradic ci4+ 1000 FA
4. Oscilating guide B 13 Nasci 500 HG
5. Click pin & click spring 18 nasci 500 FB
6. Line roller 18 nasci 500 FB
7. Line roller bushing 18 nasci 500 FB
8. Bearing line roller (4×7×2.5)
9. Friction ring 18 nasci 500 FB
Total Bearings: 6 + 1 (one way)
Handle 2: 4x7x2.5
Line Roller 1: 4x7x2.5
Pinion Gear 1: 7x13x4
Drive Gear 2: 7x11x3
Berat Sebelum dan Selepas
Weight Before 181.4g
Weight After: 164.6g
Weight Loss: 16.8g
Ingat orang jer nak turun berat badan reel pon nak juga hahahahahaha 😛
Part reel yang di beli:
1. 03108 13 Nasci 500 HG
2. 59 Oscilating guide B
3. 03815 18 Nasci 500 FB
4. 15 line roller bushing
5. 16 line roller
6. 19 Click spring
7. 20 Click Pin
8. 40 Friction ring
9. 03936 18 Soare BB 500s
10. 47 Drive gear
Model lain yg boleh di upgrade ke screw in handle adalah:
1. Sedona 500 FI (drive gear, handle assembly, handle screw cap, bearing line roller set, friction ring).
2. Sahara 500 FI (drive gear, handle assembly, handle screw cap, bearing line roller set).
3. Nasci 500 FB (drive gear, handle assembly, handle screw cap, bearing line roller).
4. Oscilating guide B hanya alternatif jika nak upgrade supaya lebih stabil semasa karaw handle main shaft kurang goyang.
Model ini hanya memerlukan screw in handle, drive gear dan handle screw cap. Part lain kebanyakkan seperti Nasci sudah ada seperti click pin, click spring, friction ring (Sedona tiada) untuk line roller (Sedona, Sahara kecuali Nasci tambah bearing sahaja) masih menggunakan bushing plastic sama seperti Sienna.
P/S: Jangan upgrade carbontex kerana skru bail arm dekat line roller tidak tahan jika drag di lock maximum treet bleh loose. Jika nak upgrade carbontex rotor perlu di tukar menggunakan MGL rotor dari Shimano Soare BB 500s. Gunakan felt drag washer original sudah memadai.
Sila lihat gambarajah perbezaan asal dah setelah di upgrade.
Moga memberi manfaat.
Kredit: Rosli Othman
Nota:
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.