Site icon Ultralight Fishing Tips and Tricks For Ultralight Anglers

Utamakan Keselamatan Apabila Memancing

fishing-safety

fishing-safety

Memancing bukanlah sukan yang bahaya akan tetapi anda harus bersiap sedia untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Dengan mudah kita boleh melakukan kesilapan yang boleh menyusahkan orang lain. Dengan itu anda harus bersiap sedia untuk perkara yang tidak diingini seperti cuaca yang buruk, gigitan serangga, haiwan liar yang bahaya dan berbisa, cuaca yang panas atau lebih dramatik jika mata hook yang tersangkut di badan anda.

fishing-safely
fishing-safely

Pakaian

Memakai pakaian yang sesuai boleh membantu dalam melindungi anda dari tercedera. Ia juga membantu menjaga badan anda dari kesejukan atau kepanasan yang boleh mengeringkan kulit. Pastikan setiap kali memancing bawa pakaian yang berlebihan untuk tujuan backup jika pakaian kotor atau terkoyak. Dan yang paling penting pastikan sentiasa berkasut kerana ia akan membantu mengelakkan tercedera akibat tercucuk benda tajam. Jangan sesekali memancing menggunakan selipar.

fishing-clothes

Jika boleh pakailah cermin mata yang polarized untuk mengelakkan cuaca yang panas dan juga perkara lain seperti tercucuk mata atau gewang yang terkena mata. Cermin mata polarized juga membantu anda melihat ikan dan objek yang lain dengan lebih terang.

Memakai topi juga membantu mengelakkan kepanasan yang amat sangat. Bukan itu sahaja ia juga memberi perlindungan dari terkena gewang pada kepala kerana topi yang dipakai akan memberi perlindungan lapisan pertama.

Keselamatan Di Sekitar Air

Sebagai pemancing anda harus tahu berenang. Ini adalah wajib untuk tujuan keselamatan apabila berada didalam air. Paling tidak mampu menyelamatkan diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain. Amat penting anda memahami “buddy system” dimana ada rakan mancing berdekatan supaya dapat membuat keputusan bijak jika terjadi perkara yang tidak diingini.

Jika anda memancing menggunakan boat pastikan life-jacket sentiasa dipakai. Ia mampu menyelamatkan anda. Pastikan apabila memancing menggunakan boat anda tidak membuat perkara-perkara yang membahayakan diri. Elakkan berdiri secara mengejut atau tergesa-gesa untuk memancing. Sabar adalah perkara yang paling penting apabila boating.

Keselamatan Dengan Peralatan Memancing

Pastikan sentiasa membawa forceps ataupun playar muncung tirus. Ia amat penting apabila menangani gewang yang masih berada dimulut ikan. Jangan sesekali mengambil risiko memegang ikan apabila gewang masih dimulut ikan kerana peratus pemancing tercedera adalah kerana isu sebegini. Jika mata tersangkut jauh kedalam mulut ikan jangan sesekali mengambil risiko cuba mengeluarkannya.

fishing-accident
fishing_pliers

Pastikan anda menangani peralatan mancing anda dengan bertanggungjawap. Perhatikan sekeliling sebelum casting untuk mengelakkan tersangkut pokok atau orang. Pastikan juga tidak sesekali membiarkan mata kail atau gewang tersangkut pada rod apabila bergerak. Ini boleh mengakibatkan kecederaan jika tersilap langkah.

Berenang

Jika anda memancing anda harus tahu berenang paling tidak dapat menyelamatkan diri sendiri. Kebanyakkan pemancing gemar masuk kedalam air apabila memancing lagi-lagi jika memancing dikawasan jeram atau air terjun. Jika boleh jangan sesekali mengambil risiko masuk kedalam air jika anda sendiri tidak pasti akan kebolehan anda berenang. Jangan sesekali berenang dikawasan yang anda tidak tahu atau selepas kekenyangan. Dan yang pasti, anda harus memastikan anda berada bersama kawan yang mahir berenang dan berpengalaman jika ingin memasuki kedalam air.

Belajar CPR dan keselamatan nyawa adalah amat penting jika anda terlibat dengan sukan air seperti memancing. Elakkan juga makan chewing gum atau makan didalam air untuk mengelakkan tercekik.

Jangan sesekali mengambil risiko terjun kedalam air untuk menyelamatkan rakan anda jika anda tidak tahu berenang. Cara terbaik ialah mengambil langkah bijak seperti meminta pertolongan dari orang lain yang berada berdekatan. Perhatikan kawasan sekeliling untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa seperti kayu panjang, dahan, tiang, tali, tayar spare atau benda lain yang sesuai.

Penyelamat yang bertauliah juga tidak akan mencuba membuat penyelamatan jika tidak mempunyai barang keselamatan yang sesuai.

Cuaca

Elakkan memancing ketika ribut, hujan dan kilat. Ini boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini seperti terkena kilat dan juga kepala air. Jangan mengambil risiko yang anda sendiri tidak pasti. Jika kilat jauhi dari kawasan yang lapang.

Berteduh adalah perkara yang terbaik untuk dibuat. Elakkan sentuhan pada barang-barang elektronik ataupun carbon seperti rod pancing.

Elakkan juga dari pokok, pagar, pencawang dan tiang. Menyangkung adalah lebih bagus untuk menjadikan anda target yang paling kecil. Kurangkan sentuhan pada tanah. Jangan sesekali baring atau duduk diatas tanah. Jika anda berada didalam hutan pastikan anda berteduh dibawah pokok yang rendah.

First Aid

Keperluan menyimpan first aid harus menjadi salah satu kemestian apabila anda memancing. Cuba dapatkan kotak first air dari farmasi atau klinik berdekatan. Ini boleh membantu mengambil langkah awal jika anda terlibat dalam kecederaan.

first-aid-kit

Minuman

Minuman harus dibawa kerana cuaca pada masa kini adalah amat panas. Pastikan anda tidak kehausan kerana ia akan memudaratkan badan yang boleh mengakibatkan dehydrate. Jika anda merancang memancing dikawasan yang amat panas pastikan bawa air yang berlebihan dan juga air manis.

Jangan sesekali mengambil risiko meminum air yang anda tidak tahu kebersihannya. Dan yang paling penting jangan sesekali minum minuman beralkahol atau mengambil dadah semasa memancing memasuki air atau boating.

Kesimpulan

Memancing adalah aktiviti yang sihat lagi menyeronokan namun untuk menikmatinya anda perlu berhati-hati dan sentiasa berasa selamat jika bersama kanak-kanak. Pastikan anda mengutamankan keselamatan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Ikuti tips ini untuk memastikan pengalaman memancing yang selamat:

1. Jika anda menggunakan bot untuk memancing, pakailah jaket keselamatan dan pastikan setiap seorang memakai satu.
2. Periksalah lokasi pancingan anda selalu sebelum memancing. Persekitaran semulajadi bertukar tanpa pengetahuan anda lagi-lagi selepas musim banjir atau hujan.
3. Jangan memancing ikan di kawasan yang tidak dibenarkan. Kawasan-kawasan ini telah diisytiharkan “tidak dibenarkan” atau tujuan sesuatu untuk keselamatan anda.
4. Apabila memancing, sentiasa berjaga-jaga dengan faktor-faktor keselamatan kerana macam-macam boleh berlaku tanpa disedari.
5. Bawa bersama barangan keselamatan tambahan seperti air, lampu suluh, peta, dan telefon bimbit atau walkie-talkie.
6. Sentiasa memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan.
7. Pastikan sentiasa kering dan memakai pelindung matahari.
8. Gunakan agen-agen perlindungan serangga yang sesuai termasuk pakaian yang betul dan penghalau serangga.
9. Simpan pisau tajam menangkap ikan dan tutup mata pisau apabila tidak digunakan.
10. Kendalikan ikan dengan teliti dan cara yang betul.
11. Berhati-hati membuang mata kail atau gewang.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Exit mobile version